contract note
| | |

Cara Kira & Baca Contract Note

Pernah baca tentang ‘contract note’? Blur?? Tak faham? Jom kita kupas bersama untuk menghilangkan kekeliruan itu.

Apa Itu Contract Note ?

Contract Note adalah tempat dimana kita sebagai trader atau pelabur boleh tengok transaksi yang telah selesai. Contoh kalau anda ada beli saham, anda boleh tengok untung rugi melalui portfolio yang biasa orang screenshot selagi mana saham itu belum dijual.

Tetapi selepas sudah jual, kita tidak boleh lagi tengok dari portfolio kerana saham tersebut bukan lagi dikira sebagai portfolio kita.

Jadi contract note inilah tempatnya untuk kita tahu transaksi jual beli kita yang sudah selesai.

Melalui contract note inilah anda boleh tahu berapa caj brokerage yang dikenakan untuk jual beli saham tersebut.

Disini lah bukti pembelian dan penjualan saham yang telah berjaya.

Maksudnya bila kita beli, kita tahu kita dah beli sekian harga. Dan bila jual pula pada sekian harga. Semuanya kita boleh rujuk dalam contract note ini.

Ibarat macam resit, kalau kita pergi kedai, lepas bayar harga barang. Kemudian cashier tu bagi resit pembelian kita. Apa-apa kita boleh rujuk pada resit tersebut.

 

Kat mana nak tengok contract note?

 

 

Ini adalah gambaran jika platform anda menggunakan handphone.

Bagi newbie anda boleh download app Mplus di IOS atau Play Store. Kemudian login akaun Mplus anda. Selepas login anda akan nampak paparan seperti dalam gambar.

Jadi kat mana nak tengok contract note?

Anda klik pada contract note. Contract note ini akan keluar selepas anda beli atau jual mana-mana saham. Anda boleh tengok details tarikh beli dan jual semuanya ada.

 

 

Berdasarkan gambar ini kita ambil contoh pada 2 Jun.

Selepas anda jual atau beli biasanya selepas pukul 12 pagi baru Contract Note akan keluar. Contohnya kalau hari ni kita jual beli, dia tak terus keluar sebab sistem akan update dahulu.

Pada pukul 12 pagi nanti baru Mplus akan keluarkan Contract Note kita.

Jadi klik pada Download. Contract note tersebut adalah dalam bentuk pdf. Pastikan anda ada app WPS Office atau Adobe Reader untuk buka.

Pdf ini ada security, anda kena masukkan nombor ic anda tanpa tanda ‘-‘.

 

Cara Baca Contract Note

Selepas berjaya buka contract note anda kena tahu cara baca pula. Dalam contract note tersebut semua details ada.

Contohnya boleh tengok nombor akaun CDS, Client Code anda, Code Remisier, Status CDS Shariah atau Konvensional dan lain-lain.

 

Perkara perlu tahu dalam contract note

1. Stock name: Nama kaunter yang di beli atau jual.
2. Price: Harga yang dibeli atau jual.
3. Quantity: Jumlah unit saham yang dibeli atau jual. Perlu tahu 1 lot = 100 unit.
4. Proceed: Nilai harga beli atau jual x Quantity. Harga Proceed ini adalah belum termasuk caj-caj brokerage lagi.
5. Warna: Biru – Beli & Merah – Jual

 

Perkara Tentang Brokerage

1. Brk. Amt: Caj Brokerage yang dikenakan minimum RM8 atau 0.08%. Tetapi untuk Intraday anda akan dikenakan caj 0.05% sahaja. Selain dari Intraday caj adalah 0.08%. Contoh kalau anda hold, anda akan dicaj 0.08%.

2. Brk ST: Caj SST iaitu 6% dari Brokerage Amount (Brk. Amt).
Contohnya 0.06 x RM8 (Brk Amt) = RM0.48

3. Brk. Rate %: 0.05% untuk Intraday dan 0.08% untuk selain dari Intraday.

4. Stamp Duty: Nilai yang Bursa perlu bayar kepada LHDN. Jika kosong bermaksud tidak dikenakan caj. Ada saham yang terkecualikan dari dikenakan Stamp duty. Anda boleh semak di website Bursa www.bursamalaysia.com

Biasanya caj Stamp Duty RM1 untuk setiap pembelian atau penjualan RM1000. Contohnya kalau beli saham RM5000. Jadi caj Stamp Duty yang dikenakan adalah RM5.

5. Clr. Fee: Caj Clearance Fee adalah 0.03% daripada nilai Proceed.
Contoh nilai proceed beli RM5000. Jadi RM5000 x 0.03% = RM1.50

6. Total Amt: Jumlah harga sebenar yang anda beli atau jual selepas ambil kira caj brokerage.
Proceed + Brk. Amt + Brk ST + Stamp Duty + Clr. Fee = Total Amount

 

Cara Kira Net Profit

Total Amount Sell – Total Amount Buy = Net profit

 

Contoh Scenario

Ini contract note saya pada 2 jun 2020.

Saya beli kaunter LIONIND dan NOTION. Jom kira sama-sama caj-caj yang saya kena dan jumlah harga saya beli dan jual kaunter saham ini.

Kita ambil kira untuk kaunter LIONIND. Saya akan tunjukkan satu per satu setiap caj yang tertera.

 

1. Proceed

= RM0.24 x 4700 unit = RM1128. Ini adalah jumlah beli sebelum campur caj brokerage lagi.

2. Caj Brokerage:

i) Brk. Amt = RM8 kerana caj broker Mplus minima RM8 seperti yang sudah diterangkan.

ii) Brk. ST = 6% x RM8 (Brk. Amt) = RM0.48

iii) Brk. Rate % = 0.08% kerana kaunter ini saya hold selama 2 hari kemudian baru jual. Jadi caj selain Intraday adalah 0.08%. Untuk caj Intraday adalah 0.05% seperti yang sudah diterangkan.

iv) Stamp Duty = RM0. Maksudnya tidak dikenakan caj. Kalau ikutkan setiap RM1000 akan dikenakan Stamp Duty RM1 iaitu RM 1.13 kerana RM1128/RM1000 = RM1.128 ~ RM 1.13.

Tetapi Stamp Duty untuk kaunter LIONIND tidak ada kerana di Bursa Malaysia ada beberapa kaunter yang di kecualikan daripada Stamp Duty.

Jadi dapatlah jimat!

v) Clr. Fee = RM0.34 kerana 0.03% x nilai Proceed RM 1128

vi) Total Amt = RM1136.82 (Proceed + Brk. Amt + Brk ST + Stamp Duty + Clr. Fee).
RM1128 + RM8 + RM0.48 + RM0.34 = RM1136.82

Jadi jumlah saya beli kaunter LIONIND ini adalah RM 1136.82

 

Baik kemudian kira pula caj yang saya kena semasa jual kaunter LIONIND ini pada 4 Jun 2020. Jom kira sama-sama.

 

1. Proceed

= RM0.28 x 4700 unit = RM1316. Ini jumlah jual sebelum tolak caj brokerage lagi.

2. Caj Brokerage:

i) Brk. Amt = RM8. Sama kerana caj broker Mplus minima RM8 seperti yang sudah diterangkan.

ii) Brk. ST = 6% x RM8 (Brk. Amt) = RM0.48

iii) Brk. Rate % = 0.08% kerana kaunter ni BUKAN Intarday iaitu beli dan jual pada hari yang sama. Jadi caj selain Intraday adalah 0.08%.

iv) Stamp Duty = RM0. Maksudnya tidak dikenakan caj. Kalau ikutkan setiap RM1000 akan dikenakan Stamp Duty RM1 iaitu RM 1.32 kerana RM1316/RM1000 = RM1.316 ~ RM 1.32.

Tetapi Stamp Duty untuk kaunter LIONIND tidak ada kerana di Bursa Malaysia terdapat beberapa kaunter yang dikecualikan daripada Stamp Duty seperti yang sudah diterangkan.

Jadi dapatlah saya jimat!

v) Clr. Fee = RM0.4 kerana 0.03% x nilai Proceed, RM 1316

vi) Total Amt = RM1307.12 [Proceed – (Brk. Amt + Brk ST + Stamp Duty + Clr. Fee)].
RM1316 – (RM8 + RM0.48 + RM0.4) = RM1307.12

Kalau tengok sini, jumlah untuk caj brokerage semua adalah sebanyak RM8.88 (RM8 + RM0.48 + RM0.4) sahaja.

Jadi jumlah saya jual kaunter LIONIND ini adalah pada harga RM1307.12.

Maka untung bersih (net profit) yang saya dapat adalah RM 1307.12 – RM1136.82 = RM170.30

 

Perbezaan Kos Transaksi Jual Beli Saham Antara Broker-broker Saham Yang Lain

 

Jika anda rujuk pada gambar rajah di atas, contoh perbandingan kos adalah antara broker Mplus dan juga 3 broker yang lain tetapi saya tidak nyatakan nama broker tersebut.

Contoh yang telah ditunjukkan di atas adalah apabila anda membeli saham sebanyak RM20 000 dan berapakah total brokerage cost yang perlu anda bayar?

Mengikut pengiraan yang telah disediakan dalam rajah di atas, total brokerage cost bagi broker Mplus adalah yang paling murah iaitu RM 36.60 bagi intraday dan RM 42.96 bagi swing.

Namun sekiranya anda menggunakan khidmat broker M, broker C dan broker P maka total brokerage cost yang perlu anda bayar adalah masing-masing sebanyak RM 47.20, RM 51.44 dan rm 70.52 .

Di mana total brokerage cost yang perlu anda bayar sangat berbeza antara broker-broker yang ada.

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Kesimpulan

Jadi selepas ini anda boleh rujuk Contract Note anda kalau nak tahu berapa untung bersih yang diperoleh selepas ambil kira caj yang dikenakan.

Berdasarkan kesemua caj yang kita kira ini, boleh dikatakan jumlah caj Mplus adalah sekitar RM8-RM15 untuk setiap transaksi beli atau jual.

Maka setiap kali beli jual saham, anda dah boleh anggarkan jumlah kesemua caj transaksi beli dan jual adalah sekitar RM16-RM30 sahaja.

Mungkin Broker lain ada yang caj lagi tinggi dari Mplus. Jadi kita dapat nampak di sini caj broker Mplus boleh dikatakan murah berbanding Broker lain.

Semoga bermanfaat!

Anda juga boleh tonton video cara kira guna Contract Note yang telah Mahersaham sediakan di bawah.


Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !

Similar Posts