Analisis Fundamental Dalam Saham
Artikel kali ini saya akan mengupas cara teknik untuk untung dalam saham guna analisis fundamental, juga berserta contoh analisis fundamental saham. Sejauh mana ianya boleh digunapakai dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia ataupun peringkat global?
Ini adalah bahagian dalam topik analisis saham. Sebelum hendak memulakan analisis saham, adalah lebih baik jika anda sudah pun mempunyai akaun cds. Jika masih belum ada akaun cds atau akaun saham, boleh ke Apa Itu Akaun CDS Dan Cara Buka Akaun CDS Mplus Online.
Di bawah ini pula senarai link artikel berkaitan analisis fundamental. Anda digalakkan untuk bookmark page ini bagi memudahkan pencarian berkaitan topik analisis fundamental.
Analisa Fundamental VS Analisa Teknikal
2 Jenis Analisa Saham – Fundamental dan Teknikal
4 Kriteria Analisis Fundamental
CARA ANALISA SAHAM GUNA MALAYSIASTOCK.BIZ
TEKNIK CANSLIM-CARA CARI SAHAM BAGUS
Catalyst dalam Saham
Cara Buat Kajian Fundamental Analisis Mudah & Cepat
Saham Undervalued dan Cara Kenal Pasti
Saham Fairvalued dan Cara Kenal Pasti
Saham Overvalued dan Cara Kenal Pasti
Strategi Dan Teknik
Cara Setup Saham Superstock
“Value Investing Strategy”
Magic Formula Investing
Saham Dan Dividen
Cara Dapatkan Dividen-5 Perkara Wajib Tahu!
Perkara Wajib Tahu Tentang Dividen
Tarikh-tarikh penting pemberian dividen supaya layak dapat
Pembayaran Dividen Syarikat Boleh Dilaburkan Semula
Apakah Tujuan Atau Objektif Bagi Analisis Fundamental?
Analisis Fundamental dalam saham adalah usaha untuk mengenalpasti nilai sebenar atau ‘intrinsic value’ sesebuah syarikat.
Ada banyak cara, banyak mazhab untuk mengira nilai sebenar sebuah syarikat. Di sini hendak saya tekankan, pelaburan saham adalah art (seni) dan juga science (sains). Ada yang kita boleh kira, namun wujud juga faktor diluar apa yang kita dapat lihat dengan mudah.
Analisis Fundamental paling kerap digunakan oleh pelabur-pelabur saham jangka masa panjang.
Pelabur yang memilih analisis fundamental, mereka henda membeli pada harga di bawah paras nilai sebenar – keadaan yang mereka panggil harga diskaun atau undervalued.
Mereka percaya, diberikan masa, harga saham akan naik semula ke harga yang sama seperti nilai sebenar atau ‘intrinsic value’ syarikat – satu keadaan yang juga dipanggil sebagai ‘Fair Value’.
Soalan-soalan Yang Perlu Diselesaikan Oleh Analisis Fundamental
- Adakah syarikat untung atau rugi?
- Adakah keuntungan syarikat boleh bertahan untuk jangka masa yang Panjang?
- Jika rugi, apa sebab kerugian? Adakah kerana syarikat masih berada pada fasa startup atau pun sebab kerugian adalah disebabkan kurangnya permintaan produk ataupun servis?
- Wujudkah sebarang manipulasi dalam menghasilkan laporan kewangan?
- Berapakah nilai sebenar syarikat?
- Berapa banyak duit atau cashflow akan kita perolehi jika melabur dalam syarikat ini?
Dua Aspek Penting Dalam Analisis Fundamental
- Quantitative
- Qualitative
Aspek Quantitative adalah aspek yang mengambil kira perkiraan. Berdasarkan nombor.
Jadi sumber yang utama adalah Financial Statements. Antara financial statements yang kerap kita jumpa adalah Balance Sheet, Income Statement dan Statement of Cash Flow.
Aspek Qualitative pula adalah lebih subjektif.
Hal ini kerana ianya disandarkan kepada ciri-ciri yang sukar diukur seperti kecekapan dan kewibawaan CEO atau sesebuah pengurusan syarikat.
Brand atau nama yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat.
Mencari Saham Yang ‘Undervalued’
Dalam kesemua analisis saham, matlamat analisis adalah mencari harga yang sesuai untuk ‘entry’.
Dalam analisis fundamental, harga yang sesuai untuk pembelian saham adalah harga diskaun.
Bagaimana hendak tahu harga itu diskaun atau tidak?
Diskaun berdasarkan apa?
Tak ramai yang akan mendedahkan berkaitan analisis fundamental dan cara mencari saham yang ‘undervalue’ dalam kelas-kelas peringkat beginner seperti kelas asas saham.
Hal ini mungkin menjadi antara salah satu sebab kenapa komuniti kita lebih terdedah dengan analisis teknikal sahaja.
Dua Aliran Besar Dalam Analisis Fundamental
Secara ringkasnya, mereka yang menggunakan analisis saham terdiri daripada dua aliran :
- Growth
- Value
Hakikatnya value dan growth adalah sesuatu yang perlu disekalikan – valuegrowth investing.
Hal ini kerap ditekankan oleh pelabur hebat dan terkenal Warren Buffett.
Warren Buffett dalam salah satu suratnya kepada pemegang saham menceritakan,
But how, you will ask, does one decide what’s “attractive?” In answering this question, most analysts feel they must choose between two approaches customarily thought to be in opposition: “value” and “growth.” Indeed, many investment professionals see any mixing of the two terms as a form of intellectual cross-dressing.
We view that as fuzzy thinking (in which, it must be confessed, I myself engaged some years ago). In our opinion, the two approaches are joined at the hip: Growth isalways a component in the calculation of value, constituting a variable whoseimportance can range from negligible to enormous and whose impact can be negative as well as positive.
In addition, we think the very term “value investing” is redundant. What is “investing” if it is not the act of seeking value at least sufficient to justify the amount paid? Consciously paying more for a stock than its calculated value – in the hope that it can soon be sold for a still-higher price – should be labeled speculation (which is neither illegal, immoral nor – in our view – financially fattening)
Antara ringkasannya adalah :
- Dua pendekatan itu sebenarnya bertemu pada satu titik persamaan.
- Growth sentiasa digunakan dalam pengiraan Value yang mana kesannya boleh jadi signifikan atau tidak, positif atau negatif
- Istilah ‘value investing’ adalah satu bentuk pengulangan. Pelaburan sendiri adalah usaha mencari nilai atau value.
Risiko Yang Perlu Diambil Kira
- Fundamental Analysis masih bergantung kepada jangkaan. Sekiranya data yang diambil untuk menganalisa saham tidak mencukupi, atau kita ‘biased’ terhadap saham-saham tertentu, ia akan menjejaskan ketepatan jangkaan kita.
- Walaupun kita telah membeli saham yang kita yakin adalah ‘undervalue’, namun harga mungkin tidak akan bergerak dengan cepat. Pasaran saham mungkin ambil masa bertahun-tahun untuk menyedari nilai sebenar harga sesebuah syarikat sebelum wujudnya demand yang kemudiannya dapat menaikkan harga saham.
Besar Ke Modal Yang Diperlukan Untuk Melabur Saham?
Modal itu hakikatnya bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah faktor masa, personaliti pelabur itu sendiri, kemampuan menanggung risiko.
Tuan/puan boleh membaca artikel-artikel berkaitan modal dalam artikel berikut Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil
Namun saya cadangkan anda habiskan senarai penuh tutorial di Panduan Pelaburan Saham Secara Komprehensif.
Apa Teknik Yang Menguntungkan?
Dalam Bursa Malaysia banyak sebenarnya teknik kita boleh guna tetapi ia perlu melalui proses yang banyak untuk kita dapat best entry dengan teknik tersebut.
Jadi kali ini saya ajar anda untuk untung di Bursa Malaysia dengan teknik Analisis Fundamental.
Dalam teknik ini ia agak selamat kerana kita mencari kaunter-kaunter yang Analisis Fundamental sudah kukuh.
Dalam teknik ini, kita fokus kepada beberapa term yang penting. Dari term-term ini yang menjadi satu teknik yang kebabooom

Earnings – Keuntungan Syarikat
Earnings bermaksud keuntungan yang diperoleh syarikat.
Setiap suku tahun (quarter) dan setiap tahun (annual) syarikat perlu mengumumkan laporan kewangan mereka, dan dalam laporan kewangan tersebut kita boleh melihat earnings syarikat.
Apa yang perlu kita tahu? Kita kena tahu dalam syarikat itu berapa keuntungannya. Nak tahu earnings kita tengok 2 benda penting iaitu :
- QUARTERT REPORT
Kena pastikan QR antara meningkat kerana ia pertanda syarikat tersebut mengukuh.Contoh LAYHONG QR UNTUK FINANCIAL YEAR 2019 untuk suku pertama kita boleh lihat berakhir pada 30 JUN 2018. Kalau kita tengok ia tidak memberangsang untuk QR suku 1 pertama ini berbanding QR untuk FINANCIAL Year 2017.
Contoh lain adalah ELSOFT, yang QR lebih baik untuk FINANCIAL YEAR 2018 untuk 2 suku.So dari QR ini sebenarnya kita perhatikan QR antara QR setiap suku untuk teknik kita cari yang QR selalu meningkat dan tiada penurunan langsung.
- REVENUE & PROFIT TRENDRevenue merujuk kepada sales ataupun jualan yang berjaya diperoleh syarikat.
Ianya bergantung kepada syarikat, sales boleh datang daripada produk ataupun servis.Selain dari QR, kita perlu lihat juga REVENUE & PROFIT TREND dalam teknik untung fundamental analysis ini. Ciri yang kita cari adalah chart menaik je setiap tahun.
Contoh ELSOFT kalau kita tengok dari tahun 2014 ke 2015 ia meningkat, kemudian turun sedikit sehingga 2017 dan untuk 2018 walaupun baru 2 quarter ia telah tinggi sedikit dari tahun 2016. Jadi 2018 ia mungkin akan meningkat lagi. Agak menarik walaupun ada pengurang sedikit pada tahun 2016 dan 2017. Ia membuktikan syarikat ini masih berdaya saing.Contoh lain CCK (KAUNTER TELUR), kita tengok dari 2014 sehingga 2018 walaupun 2018 baru 2 quarter ia meningkat je. Bagi saya sendiri minat dengan kaunter macam ini.
Financial Information
Dalam bahagian Financial Information ada beberapa term kita kena WAJIB ambil tahu. Antaranya adalah :
- ROE
Return on equity salah satu term dalam teknik untung guna fundamental analysis ini. Ciri yang kita pilih adalah ROE lebih daripada 10%. Nak lagi cun jika ia melebih 15%. Contoh CCK kalau tengok ROEnya adalah 14.44%, NESTLE yang harganya memang mahal pula ROEnya 88.37% - MARKET CAPITAL
Untuk Market Cap pulak, kita tengok market CAP yang rangenya adalah 300JUTA sehingga 1 Billion.Contoh kaunter CCK ini, kita boleh lihat kaunter ini menepati kriteria FINANCIAL information.
Tools Untuk Gunakan Teknik Analisis Fundamental
Mesti ramai tertanya cara nak kajikan? Teknik ini paling mudah dan tidak perlukan software yang power-power pun. Hanya menggunakan malaysiastock.biz sahaja.
Kita akan dapat semua benda yang saya share diatas dari website ini. Bila dah dapat kajian cuba listkan kajian. Baru kita nampak detail.
Contoh macam gambar di bawah. Ia hanya contoh cara nak list bukan BUY CALL SIGNAL ye!

Dah siap list baru kita rasa yakin. Baru betul apa keputusan yang kita ingin buat. Orang pun akan pandang kita adalah salah seorang trader yang berilmu.
Merancang Trade Anda

Dah siap kajian baru kita masuk planning. Planning ini adalah untuk kita set GOAL kita.
Berapa lama ingin masuk dan berapa keuntungan kita akan dapat.
Contoh anda target masuk harga RM0.910 dan keluar bila capai RM1.00.
Jadi ini adalah matlamat utama anda!
Jadi apa-apa yang berlaku pun, fokus anda adalah RM1!
Mungkin boleh capai TP ini dalam masa 1 hari, mungkin 7 hari or mungkin 2 minggu.
Itu semua boleh berlaku tetapi kerana anda sudah ada planning so anda tidak perlu risau lagi.
Anda juga wajib setkan berapa cutloss.
Waktu planning ini anda yang sendiri decide anda ingin jadi trader macam mana.
Ada orang short term, ada yang mid term dan ada yang long term.
Itu semua mengikut emosi anda. Jika anda tidak boleh tunggu sehingga setahun jadi anda tidak boleh LONG TERM INVESTOR.
Mungkin layak sekadar mid term.
Kesimpulan
Bila anda telah siap semua apa yang saya kupaskan tadi anda telah memilikki satu kajian yang anda sendiri yakin dan ia sangat berguna.
Jadi anda tidak perlu lagi follow buy call sesiapa.
Teknik saya ceritakan ini lebih fokus kepada mid term dan long term trader.
Nampak macam mudah tetapi ramai yang abaikan teknik saham mudah yang boleh memberikan anda KEUNTUNGAN mungkin lebih 50% dalam masa 3 bulan.
Selain itu dengan teknik ini juga ia mengurangkan risiko untuk anda MELEBUR dalam saham kerana anda telah membuat kajian terperinci malahan hanya membeli syarikat yang kukuh sahaja dari segi fundamental.
5
4
5
0.5