Continuation Chart Pattern- Bullish
Chart Pattern
- •Reversal
- •Continuation
- •Bilateral
Continuation Chart Pattern Bullish
Continuation chart pattern bullish bermaksud sesuatu pattern yang akan meneruskan trend bullish atau meneruskan pergerakan ke atas.
Terdapat 3 chart pattern iaitu:
- Falling Wedge
- Bullish Rectangle
- Bullish Pennant
Falling Wedge
Pergerakkan saham masih lagi dalam keadaan uptrend kemudian ada sedikit kejatuhan namun kejatuhan tersebut tidak mendadak.
Ada juga yang mengelar kejatuhan tersebut sebagai sideway.
Kenapa?
Kerana selepas ini ia akan breakout untuk meneruskan uptrend.
Macam mana nak detect falling edge?
Syarat falling wedge adalah:
- Ada dua garis lurus selari yang meyerong ke bawah
- Dalam wedge ada candle (tak kisah candle warna apa) dalam keadaan sideways (sideways yang agak meyerong ke bawah).
Boleh rujuk gambar rajah di bawah.
Bagi sesiapa yang telah belajar teknik Elliot wave,dalam teknik tersebut ada menceritakan tentang falling edge dan ia digelar sebagai diagonal.
Falling wedge salah satu pattern yang memang padu
Kenapa?
Bila berlaku falling wedge, kesannya adalah berlaku uptrend dengan lebih laju.

Macam mana nak tahu pattern tu masih dalam keadaan uptrend?
Selagi mana harga saham tak pecah support sebelumnya.
Support terpulang kepada anda yang letak di bahagian mana.
Ada orang letak support yang terdekat (sebelum ini) ada pula yang letak bawah sikit ikut trading plan masing-masing.

Gambar rajah di atas merupakan contoh falling wedge continuation chart pattern.
Kalau korang tengok contoh di atas, memang padu la, sebatang candle morubozu panjang setelah breakout.
Bullish Pennant
Mengikut kamus pennant adalah bendera segitiga panjang dan sempit.

Macam mana bentuk bullish penannt ni?
Bentuk bullish pennant hanya kecil sahaja dan candle dalam pennant hanya sedikit tak banyak. Berbeza dengan falling wedge.
Selain itu, ia juga berbentuk seperti symmetrical triangle atau semi triangle.

Berdasarkan gambar di atas korang boleh tengok yang bullish pennant ni dua trendline dia straight dan tidak selari.
Di dalam dia ada candle yang membentuk garis kecil 1,2,3,4 dan 5.
Berbeza dengan falling wedge yang di atas tadi kalau korang tengok dia punya garisan dua dua selari.
Adakah pada wave 3 ia akan tembus jadi breakout dalam Bullish pennant ni?
Haaa…biasanya dia akan breakout selepas 1,2,3,4 dan 5 ia akan zappp terus naik ke atas.
Boleh rujuk contoh di bawah.

Bullish Rectangle
Ini adalah antara pattern yang mudah untuk di cari.
Ia dalam keadaan sideway.
Awalnya ia telah membuat uptrend kemudian ia sideways seketika sebelum meneruskan lagi uptrend.

Kenapa sideway berlaku?
Biasanya sideway berlaku kerana ia nak mencari momentum untuk naik lebih jauh.
Bila sideways dah complete ia akan breakout.
Berapa lama?
Tiada siapa yang pasti.
Ada sideways yang lama, ada juga yang sekejap.

Korang boleh rujuk gambar rajah di atas untuk contoh bullish rectangle.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.