Memahami My Account : Apa Yang Perlu Anda Tahu
Hari ini saya nak share mengenai cara untuk memahami Client Statement dan Daily Business Done
Bagi anda yang selalu buka platform Mplus di laptop mahupun di PC sudah pasti anda pernah lihat ruangan ini kan?
Tapi apa kegunaannya?
Pentingkah untuk kita sebagai trader mengetahuinya?
Teruskan scroll ke bawah sekiranya anda nak tahu lebih lanjut.
My Account
Pertama sekali anda perlu log in akaun CDS Mplus anda di Laptop atau PC.
Bagi anda yang pertama kali log in ke akaun CDS Mplus anda, anda boleh rujuk artikel ini : Cara Log In Pertama Kali Ke Akaun Mplus
Di bahagian atas, anda akan melihat beberapa tab, dan salah satunya adalah My Account.

Apabila anda tekan tab My Account, anda akan dapat lihat beberapa tab lagi dibawahnya iaitu:
- My profile
- Account Summary
- Outstanding Purchases
- Outstanding Sales
- Contra Gains
- Contra Losses
- Daily Business Done
- Client Statement
- Cash Movement Statement
- Contract Note
Semua segmen ini ada kegunaannya.
Kegunaannya adalah untuk keep on track anda punya transaction dalam jual beli saham.
Kadang-kadang ada juga yang bertanya, kenapa catitan trading journal mereka tak sama dengan duit yang tinggal dalam trust account.
Jadi anda boleh semak semula segala transaksi beserta caj yang terlibat melalui segmen ini.
Diingatkan panduan ini hanya untuk broker Mplus sahaja, platform lain mungkin ada perbezaan.
Daripada 10 segmen yang terdapat dibawah tab My Account ini, saya akan fokuskan kepada beberapa tab yang paling penting untuk artikel pada kali ini iaitu: Account Summary, Contract Note, Daily Business Done, Client Statement dan Cash Movement Statement.
Account Summary & Contract Note
Bagi mengetahui cara baca Account Summary, anda boleh rujuk video dan artikel yang pernah ditulis sebelum ini : Cara Mudah Baca Account Summary
Begitu juga dengan Contract Note anda boleh baca disini : Cara Kira & Baca Contract Note
Daily Business Done
Daily Business Done akan menunjukkan transaksi saham-saham yang anda telah beli. Untuk akses kepada segmen ini anda perlu klik My Account kemudian cari Daily Business Done.
Setelah klik Daily Business Done, akan keluar 1 pop-up window yang akan memaparkan semua transaksi yang pernah anda lakukan sebelum ini. ‘
Maklumat yang dipaparkan adalah:
- tarikh pembelian atau penjualan
- kod dan nama saham
- kuantiti beli/jual
- harga beli/jual
- caj-caj yang dikenakan semasa transaksi seperti brokerage fee, stamp duty, clearing fee dan SST (Maklumat tentang caj boleh rujuk disini : Caj Terlibat Dalam Saham-Ada 4 Caj)
- Jumlah sebenar transaksi

Anda juga boleh tapis carian mengikut tarikh, nama atau code saham dan jenis transaksi sama ada semua transaksi, jual atau beli sahaja.
Transaksi yang dipaparkan adalah tertakluk dalam tempoh masa 1 tahun terkemudian.
Jadi, rajinkan diri anda dalam 6 bulan sekali untuk periksa segmen Daily Business Done ini.
Anda juga boleh simpan maklumat transaksi yang dipaparkan di halaman ini dengan tekan butang print.
Client Statement
Client Statement akan memaparkan segala pergerakan duit dalam trust account dan transaksi secara lebih terperinci.
Untuk akses kepada segmen ini anda perlu klik My Account kemudian cari Client Statement.
Setelah klik Client Statement, akan keluar 1 pop-up window yang akan memaparkan senarai client statement mengikut bulan.

Klik mana-mana statement untuk download client statement dalam bentuk pdf.
Dibawah ini adalah contoh client statement sekiranya tiada apa-apa transaksi berlaku pada bulan tersebut :

Client Statement juga boleh dodownload terus melalui mobile app Mplus :

Tekan “Client Statement” dan senarai Client Statement mengikut bulan akan dipaparkan. Klik mana-mana client statement untuk download dalam bentuk pdf.

Client Statement ini juga hanya boleh di akses untuk 12 bulan terakhir sahaja.
cash movement statement
Cash Movement Statement merupakan salah satu statement yang trader juga perlu perhatikan.
Cash Movement Statement akan memaparkan pergerakan duit dalam trust account anda.
klik My Account dan klik pada Cash Movement Statement.
Gambar rajah seperti di bawah akan terpampang di skrin anda.

Untuk Cash Movement Statement ini anda juga boleh tapis mengikut bulan.
Statement yang boleh dipaparkan hanyalah untuk 2 bulan terakhir dan bulan semasa sahaja.
Dalam kotak merah bertanda 1 di gambar di atas adalah nilai yang di carry forward daripada bulan sebelumnya.
Item bertanda 2 pula adalah deposit yang dibuat kedalam trust account. Jika dilihat dalam item tersebut terdapat kod FPXD yang membawa maksud deposit dibuat melalui FPX atau online transfer.
Item 3 iaitu bahagian debit menunjukkan nilai yang keluar daripada trust account anda. Ada 2 sebab duit keluar, samada digunakan untuk membuat transaksi pembelian saham atau anda withdraw duit daripada trust account.
Manakala nilai yang ada di bahagian cash receipt pula adalah nilai yang masuk kedalam trust account setelah berlaku transaksi penjualan saham.
Item 4 iaitu cash balance pula menunjukkan baki nilai yang masih ada dalam dalam trust account anda.
Jadi anda boleh keep track la berapa jumlah duit yang masih ada dalam trust account.
Selain itu ada juga item kredit. Kredit bermakna duit yang masuk. Perasan tak dalam kotak kredit tu ada nilai duit ?
Itu adalah hibah bagi duit dalam account trust yang anda tak gunakan. Ingat, cash movement statement tersebut adalah untuk setiap bulan.
Jadi anda boleh la check secara details untuk setiap bulan. Paling penting, anda simpan data tersebut sekiranya anda aktif membuat transaksi saham.
Seperti saranan saya di atas, dalam sebulan sekali atau juga 3 bulan atau 6 bulan sekali untuk periksa, copy dan save data tersebut dalam excel.
Kesimpulan
Setiap statement mempunyai info dan fungsi masing-masing.
Sebagai seorang trader yang berjaya, kita hendaklah mengambil tahu mengenai statement-statement yang ada.
Kenapa?
Sudah pasti untuk keep on track segala transaction dalam jual beli saham.
Semoga bermanfaat!
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.