9 Ciri Ringkas Aplikasi M+ Online Yang Mudah Untuk Anda Mula Trade Saham

Selain dari trading platform yang boleh diakses melalui komputer, M+ turut memperkenalkan aplikasi telefon bimbit yang dikenali sebagai M+ Online.

Perlu diingatkan aplikasi ini hanya boleh diguna pakai jika anda mendaftar akaun CDS bersama M+ sahaja. Mplus Online Menawarkan Antara Brokerage Fee Terendah berbanding syarikat yang lain. Jika anda belum mendapatkannya, boleh download di Google Play Store atau Apple App Store.

DAFTAR AKAUN CDS ONLINE SEKARANG!

Diingatkan bahawa kos untuk buka akaun CDS adalah RM11

Memiliki akaun CDS melalui saya, Muhammad Maherilham bin Alias – Remisier M+ Wangsa Maju adalah salah satu syarat WAJIB sekiranya kemudian tuan-tuan/puan-puan berhasrat untuk belajar saham dengan saya.

Paparan muka aplikasi M+ Online ini telah dirombak sejak 1 Oktober 2017 untuk memberikan kesegaran dan membuatkannya user-friendly. Ciri-ciri ringkas yang terdapat dalam aplikasi ini termasuklah:

– Real-Time market data

Maklumat keseluruhan papan FBM KLCI utama iaitu Main Market, ACE Market dan LEAP Market akan dikemaskini secara real time basis sepanjang waktu pasaran dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

– Buy & Sell Stocks

Kini anda boleh membuat jual beli saham menggunakan aplikasi telefon sahaja. Cari kaunter yang anda kehendaki, buat pilihan  sama ada buy atau sell kemudian masukkan harga pilihan, bilangan kuantiti saham yang ingin dibeli atau yang ingin dijual serta tempoh validity.

– Customizable widget

Dibahagian setting anda boleh membuat pilihan menu styles sama ada classic atau floating untuk kemudahan navigasi.

– Company announcement in App

Sebarang berita semasa atau pengumuman berkaitan syarikat akan turut dikemaskini dalam app. Rujuk dibahagian ‘news

– Candlestick chart

Jika anda berada diluar dan tidak mempunyai komputer untuk melihat chart platform, aplikasi ini turut mempunyai kemudahan candlestick chart untuk anda melihat  pergerakan harga saham dengan pilihan time frame 1m, 3m, 6m dan 12m.

– Easy view portfolio

Diruang portfolio, ia akan memaparkan pegangan saham semasa anda (jika ada). Melalui kemudahan ini, ia dapat memberitahu prestasi semasa saham sama untung atau rugi.

– Favorites settings

 

Kemudahan favourites memudahkan anda untuk menanda kaunter pilihan dalam senarai watchlist supaya anda dapat memantau harga saham dengan mudah. Pilih kaunter yang anda suka, tanda check dan kemudian add to favourites. 

– Top counters

Top 30 Counters akan menunjukkan kesemua 30 kaunter teratas untuk hari tersebut dari sudut active, gainers, gainers%, losers dan losers %. Sebelum ini ia hanya memaparkan to 10 kaunter sahaja.

– Account summary view

Akaun Summary akan menunjukkan maklumat mengenai jumlah modal wang ada dalam akaun trading anda dan berapa amaun maksima yang anda boleh gunakan untuk pembelian saham.


Belum ada akaun CDS? Jangan risau,

pembukaan akaun CDS secara online untuk anda, terus klik di sini.

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.