|

Circle of Competence Dalam Dunia Pelaburan

Dalam usaha menjadi seorang pelabur yang berjaya, adalah amat penting untuk kita memahami konsep Circle of Competence.

Circle of Competence bermaksud kita perlu mengenali dan menguasai satu aspek atau bidang yang kita mempunyai pengetahuan mendalam tentangnya.

Dengan pengetahuan yang mendalam ini, kita akan dapat membuat keputusan pelaburan dengan lebih yakin dan selamat.

Konsep ini diperkenalkan oleh Warren Buffett, seorang pelabur terkenal yang sering menekankan betapa pentingnya memahami sepenuhnya bidang atau industri yang kita ceburi.

Buffett berkata, “Risiko datang daripada tidak mengetahui apa yang anda lakukan.”

Dengan kata lain, apabila kita melabur dalam bidang yang kita benar-benar faham, kita dapat mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang untuk berjaya dengan memilih saham yang betul dan menguntungkan.

Peter Lynch, seorang lagi pelabur terkenal, juga berkongsi pandangan yang sama. Beliau pernah menceritakan tentang bagaimana beliau mendapat salah satu cadangan saham terbaik daripada perbualannya dengan anaknya.

Anak beliau memberitahu tentang donut yang sedang trending, Dunkin’ Donuts (boikot) dan Lynch pun memutuskan untuk membeli saham syarikat tersebut. Ini menunjukkan betapa pentingnya mengenali dan memahami persekitaran kita untuk membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Berjumpa senior

Beberapa hari yang lepas, saya berpeluang bertemu dengan seorang rakan lama yang juga seorang doktor senior semasa di Russia, yang kini mengusahakan Klinik Angkasa.

Beliau baru sahaja pulang dari perjalanan dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru, dan mengambil kesempatan untuk singgah sebentar di Ayer Keroh.

Menariknya, beliau memilih untuk bermalam di sana termasuk dengan sarapan. Jadi, saya juga berkesempatan untuk menikmati sarapan bersama beliau di Ames Hotel.

Dalam perbualan kami, banyak topik menarik yang dibincangkan, termasuk trend terkini untuk GP (General Practitioner) di Malaysia.

Beliau berkongsi pandangan tentang kemungkinan badan-badan besar atau organisasi yang akan cuba membeli klinik-klinik swasta dan menyatukan mereka di bawah satu jenama.

Ini pastinya akan menjadi cabaran besar kepada GP swasta yang diuruskan kecil-kecilan.

Jika hanya fokus kepada kerja sendiri di satu klinik tanpa ada unique selling point – USP, kemungkinan besar akan ketinggalan dan tidak mampu bersaing.

Dalam kes ni ada juga sebut tentang klinik seorang rakan lain, contohnya Klinik Sumayyah yang memang berkembang maju sekarang ni.

Beliau juga menceritakan tentang bagaimana sebuah pusat hemodialisis, (pusat cuci buah pinggang) berfungsi; kebaikan serta kelemahan rangkaian tersebut.

Ini adalah perkara yang menarik dan memberikan saya kefahaman yang lebih mendalam tentang institusi perubatan di Malaysia.

Kadang-kadang kita ada kenalan yang bekerja atau terlibat dalam sektor yang berbeza daripada sektor kita.

Dengan bertemu dan mempunyai sesi bersama mereka, ini sedikit sebanyak dapat meluaskan pandangan dan meningkatkan lagi keupayaan kita dalam memahami saham-saham yang disenaraikan dalam pasaran saham.

Sebagai seorang pelabur atau pedagang, antara perkara yang kita perlu sentiasa ambil tahu adalah berita semasa dan perkembangan dunia sekeliling.

Akhir sekali, dah orang tu pun memang datang dari jauh,siap belanja makan lagi, saya pun memberikan perkongsian saham bagaimana nak akses app Mahersaham, cara scan kaunter guna telegram bot untuk beli.

Doktor senior pun tak nak lepaskan peluang buka akaun cds dan belajar saham. Bagi yang nak buat benda yang sama, daftar di akauncds.com

Similar Posts