Check Permohonan MITI

Cara Check Permohonan MITI

Check Permohonan MITI – IPO anda sekarang ikut cara yang telah disediakan dalam artikel ini. Semoga bermanfaat!

Ramai mula tahu tentang IPO dan ramai mula Mohon IPO . Bagi yang belum tahu Apa itu IPO boleh tonton video di bawah ini:

Untuk Mohon IPO terdapat 2 tempat iaitu:

  1. MITI
  2. Online Banking

Jadi kali ini saya ingin berkongsi cara check permohonan MITI bagi yang memohon IPO.

Pergi ke Website MITI

Contoh website miti. Disini anda akan nampak ada pengumuman atau makluman terkini. Dalam gambar ini makluman adalah semakan status IPO SWIFT HAULAGE BERHAD 

Login website MITI

Bagi yang dah mohon sila login di website MITI. Jika belum daftar kena daftar dahulu iaitu Cara Mohon IPO di MITI

Bila dah login akan keluar gambar seperti di bawah ini:

Disini anda boleh lihat senarai IPO yang anda mohon dan status permohonan anda. Jadi disinilah anda akan check permohonan MITI anda.

Jika dalam proses ia bermaksud keputusan belum keluar lagi.

Jika berjaya atau tidak berjaya bermaksud keputusan IPO tersebut sudah keluar.

Status berjaya bermakna anda dapat IPO tersebut dan seterusnya perlu pilih di bahagian Terima/Tolak dan klik hantar.

Klik Terima

Bila anda klik terima akan keluar senarai dokumen yang anda perlu sediakan dan pembayaran yang perlu dilakukan.

Dokumen yang anda perlu sediakan. Sila cetak dan isi.

Surat Peruntukan Khas Bumiputra

Check Permohonan MITI

Ini adalah surat peruntukan khas bumiputra.

Dalam surat ini akan ada harga saham IPO anda mohon itu berapa seunit, bila last pembayaran boleh di buat dan juga last perlu di hantar ke MITI.

Sila baca dengan teliti satu persatu.

Surat Aku Terima

Check Permohonan MITI

Surat ini perlu diisi yang mengesahkan anda terima IPO ini. Selain itu anda perlu isi satu lagi borang tentang maklumat diri anda.

Check Permohonan MITI

Nombor Akaun CDS Mplus

Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.

Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini:

012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

Check Permohonan MITI

Jika belum ada akaun cds boleh daftar di MOHON AKAUN CDS

Surat Arahan Pembayaran Bank

Anda boleh bayar melalui 2 cara

  1. Bank Draft
  2. Electronic Transfer

Dalam jadual ini diberikan no akaun yang anda perlu buat pembayaran dan cara isi reference dan other payment details bagi mode online transfer.

Kesimpulan

Dah siap semua ini sila pos ke alamat yang dinyatakan dalam surat anda print tersebut untuk permohonan anda ini diproses dan di masukkan unit yang anda berjaya ke CDS anda.  

Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.

Nak belajar tentang IPO ada di ajar dalam kelas supertrader.

Tetapi kelas kami sediakan adalah percuma dengan syarat buka akaun cds bersama kami. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.

Anda juga dapat Download Ebook Percuma ini dari Mahersaham untuk mula belajar saham!  

Belajar IPO Dari A Sampai Z

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.

Similar Posts