Catalyst dalam Saham
Catalyst ialah suatu sentimen pasaran yang akan mempengaruhi naik turun harga saham bagi pasaran saham akibat daripada faktor ketidaktentuan dan ketidakpastian dalam ekonomi.
Bagi seorang trader atau investor, indikator ini sangat penting untuk diketahui dan mereka perlu peka dan cakna terhadap keadaan isu semasa. Hal ini kerana indikator ini boleh membantu para trader dan investor untuk melakukan dan merancang trading plan bagi kajian saham mereka.
Mengenalpasti secara baik sentimen pasaran saham, ini akan menjamin keuntungan dan meminimumkan kerugian bagi para trader dan investor dalam pelaburan pasaran saham.
Kaedah CANSLIM
Di sini saya ingin kongsikan sebuah buku yang bertajuk How to Make Money in Stocks penulisnya adalah Willim J. O’neil.

Secara ringkasnya, dalam buku ini beliau ada menulis berkaitan gabungan teknik fundamental analisis dan teknikal analisis. Dan apa yang menarik tentang buku ini, beliau telah memperkenalkan CANSLIM.
C | Current Earnings |
A | Annual Earnings |
N | New Product, New Service, New Management |
S | Supply & Demand |
L | Leaders |
I | Institutional Support |
M | Market Direction |
Dan perkara yang lebih menarik News dan New yang diperkenalkan dalam buku ini dikenali sebagai catalyst. Willim J. O’neil ada menerangkan kepentingan news dan new dalam memilih sesuatu saham.
Catalyst juga merupakan booster untuk harga sesuatu saham bergerak dengan lebih cepat. Hal ini ingin membandingkan harga saham yang lebih agresif berbanding harga saham yang side way.
Contoh jika harga saham biasa. Kenaikan harga saham dari 90 sen naik kepada RM 1.00 dan ke RM 1.10 (harga saham tidak meningkat dengan banyak).
Berbanding jika harga saham yang booster. Kenaikan harga saham dari 50 sen naik kepada RM 1.00 dan ke RM 1.50 (harga saham meningkat dengan banyak). Pergerakan harga akan jadi lebih volatile kerana tumpuan pedagang pada saham tersebut.
Pasaran akan bertindak terhadap sesuatu info atau isu semasa yang berlaku terhadap catalyst. Pergerakan harga adalah tindak balas atas sesuatu info atau rumours. Untuk mendapat profit yang maksimum, kita perlu cari saham yang ada catalyst.
Catalyst boleh bersifat positif dan negatif
Sekiranya sentimen pasaran adalah positif, ianya akan meransang kenaikan harga saham dan meningkatkan permintaan pegangan saham untuk sesuatu kaunter.
Dan sekiranya sentimen pasaran adalah negatif, ianya akan menyebabkan harga saham jatuh dan permintaan pegangan saham berkurangan kerana berlakunya penjualan saham akibat daripada sesuatu spekulasi atau khabar berita tidak baik yang berlaku.
Terdapat beberapa catalyst semasa yang boleh dikaji oleh para trader dan investor:
Jenis Catalyst | Contoh Sentimen |
Projek baru | Bandar Malaysia, PPR, Lebuhraya Pan Borneo, ECRL, MRT |
Produk baru | Produk kesihatan dan kecantikan |
Management baru | Pertukaran ahli lembaga pengarah, jawatan pihak pengurusan. |
Quarter report | Annual report, Report BNM, |
Corporate exercise | Bonus issue, warrant issue, share split, dividen |
Dasar kerajaan | Program Vaksinasi, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), Pakej Rangsangan Ekonomi PENJANA, PRIHATIN, KITA PRIHATIN |
Sentimen global | Covid-19, Trade war US-China, Nasdaq |
Komoditi | Harga logam emas, Harga minyak sawit, Harga minyak mentah |
Currency | RM susut nilai berbanding dollar AS |
Kesimpulan
Kita perlu cakna tentang keadaan isu semasa yang berlaku selain menguasai kemahiran fundamental analisis dan teknikal analisis. Di samping itu, kita perlu menanam semangat yang tinggi untuk belajar dan membaca lebih tentang ilmu saham untuk celik dalam bidang literasi kewangan.
Anda Newbies dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.