Cara Cari Nombor Akaun CDS
Dalam pasaran saham, akaun CDS (Central Depository System) adalah penting bagi pelabur untuk membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia.
Namun, tiada siapa yang hafal nombor tersebut dan tidak rasa nombor itu penting, sehinggalah anda ingin memohon IPO. Ini kerana, untuk memohon IPO pemohon perlu mengisi nombor akaun CDS dalam form online yang diberikan.
Terdapat juga persoalan yang ramai client tanya iaitu, akaun CDS hanya mempunyai 9 angka. Tapi untuk mengisi borang permohonan IPO memerlukan 15 digit.
Jadi dalam tulisan kali ini, saya akan menerangkan beberapa cara yang boleh digunakan untuk mendapat nombor akaun CDS.
Cara 1 : Aplikasi Mplus
- Login aplikasi Mplus
- Sekiranya anda pernah membuat sebarang transaksi, boleh pergi ke ‘contract note’.
- Buka contract note.
- Di bahagian atas kanan terletak nombor akaun CDS.
Apabila mengisi nombor akaun CDS ketika memohon IPO, perlu ditambah ‘012-001’ dihadapan nombor akaun CDS yang tertera di platform untuk menjadikannya 15 digit seperti yang diminta. Ini khas untuk akaun Mplus sahaja.
Cara 2 : Dapatkan di Platform Mplus
- Login ke platform Mplus.
- Pergi ke ‘My Account’.
- Kemudian tekan ‘My Profile’.
- Nombor akaun CDS ada di bahagian bawah
Seperti tadi, apabila mengisi nombor akaun CDS ketika memohon IPO, perlu ditambah ‘012-001’ dihadapan nombor akaun CDS yang tertera di platform.
Cara 3 : Bursa Anywhere
- Login Bursa Anywhere
- Akan terpapar semua akaun CDS yang dimiliki
- Buka ‘Bursa Statement’
- Masukkan password. Caranya adalah seperti yang diberitahu.
- Nombor akaun CDS terletak di bahagian atas kanan.
Kesimpulan
Selapas mengetahui cara untuk mendapatkan nombor akaun CDS, mudahlah untuk kita memohon IPO yang ada di online banking.
Tak tahu macam mana nak mohon IPO? Boleh baca artikel Beli IPO di Maybank – Guna Maybank2u