Log In Ke Akaun Mplus

Cara Withdraw Daripada Akaun Mplus

Mplus menawarkan cara yang sangat mudah untuk anda withdraw duit anda. Berikut adalah langkah-langkah untuk withdraw duit anda.

Amount boleh Withdraw

Withdrawal request adalah bergantung kepada berapa banyak amount duit anda ada dalam trust anda. Namun demikian, sekiranya anda baru sahaja membeli saham lain, boleh jadi duit untuk beli saham tersebut belum lagi ditolak daripada akaun trust anda.

Dalam keadaan tersebut, amount yang boleh dikeluarkan daripada akaun trust akan berbeza seperti yang dipaparkan dalam platform Mplus.

Waktu Duit Akan Masuk Ke Bank

Sekiranya anda membuat withdrawal sebelum 9am hari tersebut, sekiranya tidak ramai, anda akan dapat duit tersebut selewat-lewatnya 10malam hari tersebut. Jika tidak, anda akan dapat pada keesokan hari bekerja.

Pada withdrawal status, status akan tulis ‘Updated’ sekiranya Mplus sudah memproses request anda dan sekarang sedang menunggu bank proses transfer tersebut. Jika ada masalah, status akan tulis ‘Rejected’.

Sebab-sebab Tak Berjaya Withdraw

Antara sebab-sebab kenapa withdrawal request anda ditolak adalah

  • Transfer ke akaun orang lain
  • Transfer ke akaun anda tetapi bukan yang didaftarkan sewaktu buka akaun cds

Untuk semak akaun bank mana yang di ‘link’ kan dengan Mplus, boleh rujuk dalam aplikasi Bursa Anywhere.

Similar Posts