Cara Guna M+ Wiz Lite
Pernah dengar tentang M+ Wiz Lite?? Kalau tak pernah lagi, jom baca artikel di bawah ini.
Apa Itu M+ Wiz Lite?
Dalam saham terdapat banyak cara dan teknik untuk buat kajian saham.
Contohnya ada orang buat kajian guna indicator Support Resistance, Moving Average, Stochastic RSI dan banyak lagi. Biasanya Mahersaham akan ajar guna Trading View.
Dan salah satu kelebihan yang disediakan dalam platform Mplus adalah M+ Wiz Lite.
M+ Wiz Lite membantu pelabur membuat kajian berdasarkan pilihan indicator pelabur itu sendiri mengikut tahap risiko masing-masing.
Anda berpeluang untuk trade daripada senarai alert kaunter-kaunter yang telah ditetapkan indicator/rules nya dalam M+ Wiz Lite anda.
Senarai alert kaunter yang keluar ini adalah secara live market. Justeru itu,Wiz Lite ini boleh dijadikan sebagai salah satu real-time screener anda juga.
Cara run M+ Wiz Lite
Login ke platform mplus anda. Kemudian right klik sahaja pada mana-mana saham.
Kemudian klik pada M+ Wiz Lite, kemudian akan keluar popup window.
Seterusnya, klik pada ‘maximize’ button untuk paparan penuh M+ Wiz Lite.
Secara Default, anda akan nampak ‘comment chart’ dan ‘support resistance’ pada paparan. Anda boleh tutup atau on kan features ini bergantung pada keselesaan anda.
Favourite List
Jika ingin melihat Tading Alert sila klik pada ‘Alerts’ tab
Pada pilihan KLSE menunjukkan kesemua senarai kaunter saham dalam pasaran KLSE Bursa Malaysia.
Jika anda ingin melihat kesemua favourite list sila klik pada dropdown KLSE. Dalam M+ Wiz Lite, favourite list yang pertama adalah available untuk digunakan.
Cara Masukkan Kaunter dalam Favourite List
Anda boleh klik pada ‘Add to Watchlist’ untuk masukkan saham-saham pilihan anda ke dalam Favourite List.
Boleh klik pada favourite list yang pertama untuk tambahkan saham pilihan anda ke ‘watchlist’.
Selepas masukkan pilihan saham ke dalam favourite list, pastikan anda pilih nama favourite list yang betul yang telah dimasukan tadi pada bahagian trading Alert seperti contoh dibawah.
Kemudian jika saham yang dimasukkan tadi tiada sebarang signal buy pada hari trading, ia akan menunjukkan tanda dash ‘-‘ pada ruangan ‘Time’ dan ‘Rule’.
Sebaliknya jika saham tersebut menunjukkan Signal/Alert, ia akan terpapar pada bahagian ‘Time’ dan ‘Rule’ seperti pada contoh berikut.
Sebagai info tambahan, alert yang berwarna HIJAU menunjukkan BULLISH SIGNAL. Manakala alert berwarna MERAH menunjukkan BEARISH SIGNAL.
Cara Edit Favourite List
Andaikata, anda ingin mengubah atau edit favourite list anda, klik pada simbol watchlist button seperti pada rajah.
Pada pop up yang keluar, anda boleh lakukan seperti berikut:
1. Namakan semula favourite list.
2. Cari kaunter dan tambah saham dalam favourite list.
3. Tick dan buang mana-mana senarai kaunter daripada favourite list.
Rules & Indicator
Untuk filter senarai kaunter yang keluar pada trading alert, klik pada button ‘Option’ seperti pada rajah dibawah.
Kemudian anda boleh memilih untuk filter harga kaunter saham seperti pada paparan berikut.
Sebagai contoh, target anda hanyalah mahu monitor kaunter yang sekitar harga RM0.50 hingga RM1 katakan.
Jadi masukkan range harga yang anda mahukan pada ruangan harga minimum dan maksimum. Kemudian klik ‘Apply’.
1. Min. Price – Harga minima saham yang akan keluar pada trading alert jika terdapat signal/alert
2. Max. Price – Harga maksimum saham yang akan keluar pada trading alert jika terdapat signal/alert
Skrol ke bawah untuk filter bahagian Rules. Semua available Rules ada disenaraikan seperti dalam gambar.
Hanya perlu tick atau untick mana-mana rules atau indicator yang anda mahukan.
Berikut adalah default sistem bagi indicator untuk timeframe daily (harian)
1. Resistance – Breakout dengan Volume besar
2. Support – Pecah Support dengan Volume yang Besar
3. Bullish MACD Crossover
4. Bullish MACD Centerline Crossover
5. Bearish MACD Crossover
6. Bearish MACD Centerline Crossover
Bagi M+ Wiz 30 minit pula adalah seperti berikut, tetapi tidak terhad kepada:
1. [Non-Trend] Bottom_Fishing
2. [Non-Trend] Into_Uptrend
3. [Trend] Buyers_Intact
4. [Trend] Pullback_Rebound
5. [Trend] Support_Rebound
Selain itu, anda juga boleh memilih untuk paparan 30 minit, Daily atau kedua-duanya sekali dengan tick/untick pada timeframe yang disediakan.
Kesimpulan Cara Guna M+ Wiz Lite
Ada dua pilihan cara untuk menggunakan M+ Wiz ini sama ada pilihan 1 atau 2.
Pilihan 1: Gabungkan Favourite List + Rules Alert
Pertama: Masukkan saham pilihan anda ke dalam favourite list – Watchlist
Kedua: Klik pada signal/Bullish Alert yang terpapar pada trading Alert sama ada bersetuju untuk beli kaunter tersebut atau sebaliknya.
Pilihan 2: Gabungan Filter Harga + Rules Alert ([Trend] Buyers_Intact)
Pertama: Klik pada ‘Option’
Kedua: Pilih range harga saham yang mahu anda monitor dan klik ‘Apply’
Ketiga: Tick pada timeframe 30-min, Rules Alert ([Trend] Buyers_Intact) Sahaja dan Untick pada daily
Keempat: Kemudian klik pada signal/Bullish Alert yang terpapar pada trading Alert sama ada bersetuju untuk beli kaunter tersebut atau sebaliknya.
Perlu ingat! Features M+ Wiz Lite ini hanya untuk pengguna Mplus sahaja. Maksudnya hanya boleh di akses kepada pelanggan yang buka CDS dengan Broker Mplus sahaja.
Sekiranya anda buka CDS dengan Broker lain, Maaf. Tidak ada M+ Wiz Lite ini di platform trading anda.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.