Cara Tukar Waran Hampir Expired Kepada Mothershare
Waran Hampir Expired
Anda dah baca artikel mengenai apa itu waran? dah faham mengenai 5 perkara wajib tahu sebelum membeli waran dan risiko-risiko waran yang anda bakal hadapi?
Kalau belum saya cadangkan agar anda membaca artikel tersebut dahulu agar lagi mudah untuk anda fahami artikel kali ini.
Seperti yang anda tahu, waran mempunyai maturity date, iaitu tarikh waran akan expired.
Apabila waran hampir expired anda mempunyai dua pilihan sama ada tukar waran kepada mothershare ataupun biarkan waran anda burn.
Ya burn macam tu sahaja, rugi x?? Terpulang kepada anda, sama ada rasa rugi atau tak . Mungkin anda tak rasa rugi kerana anda seorang yang kaya-raya atau jutawan, mungkin.
Bila sentuh tentang nak tukar waran hampir expired kepada mothershare, ada satu perkara penting yang perlu kita ketahui. Iaitu kos untuk menukar waran kepada mothershare.
Perkara ini akan saya bincangkan secara details sebentar lagi. Sekarang ini kita fokus kepada langkah-langkah untuk tukar waran kepada mothershare.
Langkah-langkah Tukar Waran Kepada Mothershare
Saya ambil contoh case study daripada waran Pohuat – WB. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk details waran tersebut.

Pertama:
Anda kena ada saham POHUAT-WB. Kalau tiada saham waran tersebut macam mana anda nak tukar ke mothershare kan?

Average price: 0.766
Kedua:
Anda akan dapat peringatan untuk tukar waran. Pada masa sekarang ini anda akan dapat melalui emel. Jika dahulu anda akan dapat melalui surat ke alamat yang anda telah daftarkan.

Ketiga:
Sila lihat dan fahamkan announcement. Anda boleh baca announcement di bursamalaysia.com .
Keempat:
Hubungi Registrar jika keliru. Nak dapat mana alamat dan nombor telefon registrar? Jangan risau, anda boleh dapatkan dalam annual report di Malaysiastock.biz.
Kelima:
Isi form yang telah disediakan


Keenam:
Kos dan bank draf.
Inilah kos yang saya maksudkan sebentar tadi, merujuk gambar rajah POHUAT-WB overview, nilai exercise price adalah sebanyak RM 1.00 manakala bilangan unit yang ingin ditukar adalah sebanyak 12 700 unit.
Kos = Exercise price x Bilangan unit
Kos = Exercise price x Bilangan unit
= RM 1.00 x 12 700
= RM 12 700
Setelah pengiraan kos, anda teruskan dengan bank draf.

Ketujuh:
Hantar ke registrar melalui pos setelah anda buat langkah keenam
Kelapan:
Pastikan anda sentiasa follow up, macam mana tu? Mudah sahaja, anda telepon registrar dan tanya sama ada dokumen (form dan bank draf) dah sampai atau belum dan update tentang dokumen anda.
Bagaimana pula jika dokumen anda sampai lewat? Ikutkan case study expired date pada 21 Oktober 2020, sekiranya dokumen anda sampai pada registrar selepas tarikh itu sebenarnya okay ja selagi mana bank draf anda bertarikh sebelum expired date waran tersebut.
Akan masuk dalam portfolio akaun CDS anda lebih kurang 8 hari selepas sampai atau borang convert warrant itu diterima oleh registrar (mungkin juga ambil masa 1-2minggu).
Kesembilan:
Semak Portfolio dan ubah average price jika perlu.
Semoga bermanfaat!
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.