cara tukar kwsp konvensional ke syariah
| | |

CARA TUKAR KWSP KONVENSIONAL KE SYARIAH SECARA ONLINE

Dividen KWSP 2019

KWSP telah pun mengumumkan Dividen tahun 2019 sebanyak 5.45% bagi Konvensional dan 5.00% bagi Syariah.

Setiap ahli pula boleh memilih sama ada mahu mengekalkan akuan di bawah Simpanan Konvensional atau menukar ke Simpanan Syariah.

 

Apa Beza Konvensional dan Syariah?

Bezanya adalah untuk akaun Simpanan Konvensional diuruskan secara konvensional iaitu bercampur-campur sumber keuntungan yang dilaburkan.

Sebaliknya Simpanan Syariah pula dijamin keuntungannya daripada sumber Halal kerana diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip-prinsip syariah.

 

Kenapa Wajib Tukar Konvensional ke Syariah?

Sebagai muslim wajib tahu bahawa pendapatan konvensional perlu disucikan sebanyak 71% berdasarkan info rasmi dari KWSP

Daripada 71% ini, menyebabkan jumlah dividen yang tinggal sebenarnya hanyalah 1.59% sahaja dimana jauh lebih rendah daripada Simpanan Syariah, 5.00% yang diberikan.

Maka lebih berbaloi jika terus bertukar kepada Simpanan Syariah!

 

Macam Mana Cara Tukar KWSP Konvensional ke Syariah?

Senang je. Zaman sekarang semua boleh buat Online tak perlu susah-susah lagi. Benda boleh Online buat apa nak pergi kaunter bos ku.

Jadi cara ini adalah bagi yang masih menggunakan Simpanan Konvensional. Ikut langkah-langkah berikut:

 

Langkah 1:

Login ke akaun KWSP

Langkah 2:

Klik ‘REGISTER’ untuk daftar dan bertukar kepada Simpanan Syariah

 

Langkah 3:

Seterusnya Klik ‘REGISTER’

 

Langkah 4:

Pastikan semua maklumat diri anda betul untuk pengesahan ahli. Kemudian klik ‘NEXT’.

 

Langkah 5:

Baca dan faham akad yang tertera seperti yang dinyatakan. Kemudian klik ‘AGREE’ sebagai tanda setuju.

 

Langkah 6:

Anda telah berjaya bertukar kepada Syariah!

 

Maklumat Tambahan Wajib Tahu

Apabila anda bersetuju bertukar Konvensional ke Syariah dan telah berkuat kuasa, anda tidak boleh sama sekali kembali ke Simpanan Konvensional.

Dividen Simpanan Syariah juga adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah.

Tiada jaminan dividen minima 2.5% lagi seperti Simpanan Konvensional.

 

Kesimpulan

Kepada yang muslim bertukarlah segera kepada Simpanan Syariah sekarang kerana pelaburan Syariah dapat mengelakkan kita daripada sebarang sektor yang menghasilkan atau mempromosikan arak, judi, dan perkara haram yang lain.

Simpanan Syariah merangkumi saringan yang menyingkirkan elemen tidak patuh syariah seperti riba (faedah), gharar (ketidakpastian), maysir (perjudian) dan lain-lain yang terlarang seperti barangan atau perkhidmatan tidak patuh Syariah.

Jangan terlepas juga tonton video Cara Tukar KWSP Konvensional ke Syariah ini.


Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !

Jika anda nak belajar teknik ‘copy & trade’ menggunakan platform Bursa Marketplace, boleh ke sini.

Similar Posts