Cara Terima/Tolak IPO MITI Selepas Berjaya
Sekarang ramai yang sudah tahu tawaran IPO boleh dipohon di 2 tempat iaitu MITI dan Online Banking.
Bagi permohonan di MITI pemohon wajib daftar dahulu akaun MITI di sahamonline.miti.gov.my/portal/login. Boleh baca langkah-langkah daftar akaun MITI bagi Bumiputera.
Kemudian selepas status pendaftaran MITI anda diterima, anda sudah boleh mula memohon IPO MITI secara online.
Saya yakin pasti ramai yang sudah pernah mohon IPO di MITI. Tetapi masih ramai yang belum tahu apa perlu dibuat jika berjaya mendapat IPO di MITI.
Maka artikel kali ini akan tunjukkan cara terima/tolak IPO MITI selepas berjaya mendapat IPO melalui MITI.
Cara Terima/Tolak IPO MITI Selepas Berjaya
Pertama Login ke website MITI.

Selepas login klik bahagian ‘MySaham’ untuk semak status Permohonan IPO yang dimohon.

Anda boleh lihat bahagian status permohonan untuk tahu sama ada berjaya dapat IPO MITI atau sebaliknya.

Bagi permohonan yang berjaya, anda perlu kemaskini untuk terima/tolak IPO MITI ini. Masukkan jumlah unit yang anda setuju terima dan klik simpan.

Kemudian jumlah unit yang anda terima akan ditunjukkan pada paparan.

Klik semula pada ‘tindakan’ untuk tahu proses cara pembayaran IPO MITI yang sudah diterima. Maklumat proses cara pembayaran IPO MITI ini anda baca pada dokumen pdf Arahan Pembayaran yang disediakan.

Sebagai contoh, bagi IPO Senheng ini cara pembayaran perlu dibuat melalui website Tricor (Syarikat Issuing House) – TIIH Online. Jadi Login website Tricor TIIH Online.
Sekiranya anda belum ada akaun TIIH Online anda perlu daftar dahulu. Jika sudah ada akaun TIIH boleh Login seperti biasa.

Pilih nama Syarikat IPO tersebut untuk tindakan seterusnya.

Klik Next

Tandakan tick pada Agreement & Condition sebagai tanda anda setuju.

Masukkan maklumat nombor akaun CDS anda, bilangan jumlah unit yang diterima dan pekerjaan anda.

Semak semua maklumat yang tertera sebelum membuat pembayaran.

Pilih cara pembayaran yang anda mahukan sama ada maybank2u atau fpx.

Terus kepada pembayaran.

Selesai bayaran IPO MITI anda.

Kelebihan Mohon IPO di MITI
- Pemohon MITI bersaing semasa bumiputera sahaja berbanding di Online Banking terbuka kepada Public.
- Tidak perlu keluarkan apa-apa modal semasa memohon di MITI. Selepas berjaya barulah perlu buat bayaran kepada Issuing House. Berbeza dengan Online Banking perlu terus bayar semasa memohon.
- Boleh pilih berapa jumlah unit saham yang mahu diterima. Jika mahu tolak IPO MITI selepas berjaya pun tiada masalah.
Kesimpulan
Untuk membeli IPO anda perlu tahu latar belakang syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Untuk memohon IPO MITI, anda wajib ada akaun CDS terlebih dahulu.
Jika belum ada akaun CDS daftar dulu Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mulakan dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.
Belajar IPO Dari A Sampai Z
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.