simpan-emas

Cara Simpan Emas Serendah RM10 di Maybank

Pastinya ramai sudah tahu tentang simpanan emas. Jika dilihat harga emas hari ini pun sudah mencecah sehingga RM273 segram berbanding 3-4 tahun lepas diniagakan pada harga RM170-RM190 sahaja segram.

Ini menunjukkan emas adalah kalis inflasi dan harga emas akan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

 

Pelaburan Emas GOLDETF

Untuk pengetahuan di Bursa juga ada saham emas untuk anda rujuk harga semasa emas, iaitu GOLDETF.

Sumber: Platform Mplus

Harga saham dari tahun 2018 hingga 2022.

simpan-emas
Sumber: Tradingview GOLDETF

Kini anda sudah mempunyai pelbagai cara untuk mula menyimpan emas. Antaranya anda boleh mula menyimpan dengan mudah melalui Maybank2u.

Macam mana? Jom saya tunjukkan.

 

Cara Simpan Emas di Maybank

Pertama login ke akaun Maybank2u anda

Kemudian klik apply dan klik bahagian Investment

simpan-emas
simpan-emas

Pilih product Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) dan klik Apply Now

Jawab kesemua 4 bahagian maklumat diri anda. Selepas selesai klik confirm.

Sekarang akaun emas MIGA-i anda sudah berjaya activate. Anda sudah boleh mula melabur emas, klik Invest Now.

Anda boleh mula simpan emas dengan rm100. Jadi pastikan dalam akaun anda ada duit sekurangnya RM100 untuk mula simpan emas.

Apabila cukup 1 gram, 5 gram emas dan lain-lain di akaun Maybank ini, anda boleh tebus emas fizikal di cawangan Maybank ya. Best kan!

Campaign Maybank ini hanya sah hingga 31 Mac 2022 sahaja.

Kemudian jika akan datang anda mahu tambah lagi simpanan emas, login semula di Maybank2u.

Klik pada wealth

simpan-emas

Pilih akaun Maybank Islamic Gold Account-i

simpan-emas

Klik Buy Now, masukkan jumlah yang anda nak topup dalam simpanan emas.

Minimum simpanan adalah serendah rm10.

simpan-emas

Selepas selesai buat bayaran, kini anda boleh semak jumlah simpanan emas yang telah berjaya kumpul.

simpan-emas

Selesai!

 

Kesimpulan

Mulai hari ini anda sudah boleh rancang kewangan anda dengan simpanan emas di Maybank.

Dan setiap bulan juga anda boleh simpan rm100 sikit demi sedikit. Lama kelamaan simpanan emas di akaun anda akan berkembang.

Belum ada akaun CDS, anda boleh daftar sekarang Akaun CDS bersama saya.

Nak belajar asas saham boleh mula dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga bermanfaat. 

 

Similar Posts