Cara Semak Wang Yang Tak Dituntut
https://www.youtube.com/watch?v=AWq1GeIPqGc
WANG TAK DITUNTUT SEBANYAK RM5.96 BILLION
Tahukah anda bahawa lebih RM5 Billion wang yang tak dituntut direkodkan pada tahun 2017.
Itu 3 tahun yang lepas. Sekarang dah 2020. Mesti lagi tinggi dari itu.
SEBAB APA SAMPAI RM5.96 BILLION WANG TAK DITUNTUT
Kerana kita tidak tahu cara dan tidak dapat info yang tepat tentang wang yang tak dituntut
KENAPA WUJUDNYA WANG TAK DITUNTUT
Ada 3 kategori WANG YANG TAK DITUNTUT iaitu:
- Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
contoh gaji, bonus, komisen, dividen, keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan, tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran ,draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput; - Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.
Contohnya akaun simpanan,akaun semasa, simpanan tetap - Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
Contohnya akaun pemiutang dagangan dan akaun penghutang dagangan berbaki kredit
BERBARIS PANJANG-PANJANG SEMATA-MATA NAK CHECK WANG YANG TAK DITUNTUT TETAPI HASILNYA MENGECEWAKAN
BERITA BAIK! Jangan kecewa lagi, nak check wang yang tak dituntut tidak perlu beratur panjang dan habiskan masa seharian di pejabat akauntan negara lagi
BOLEH CHECK ONLINE WANG YANG TAK DITUNTUT
Yahoooooooo. Yabeda bedu.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK CHECK WANG TAK DITUNTUT
- Pergi ke https://egumis.anm.gov.my/
- Bagi yang kerja kerajaan biasanya dah ada akaun dgn EGUMIS ini. Bagi yang lain kita memang tak pernah berurusan dengan jabatan akauntan negara ini. Jadi kena daftar dulu gais. Jangan risau saya ajar satu persatu. Step kedua lepas dah pergi ke website, tengok sebelah kanan atas. Ada English, Log masuk dan Pendaftaran. Jadi klik PENDAFTARAN
- Isi maklumat yang di minta
Isi nama mengikut ic,Jenis pengenalan pilih nombor kp baruIsi no ic andaIsi email anda.Nama pengguna ini untuk login so boleh je nak letak sama mcm email or yang ada rasa mudah ingat.Kata laluan or password ni buat lar 8 huruf or angka. Yang susah sikit. Jangan buat hari jadi or no tel. Contoh Abc@123 . maksudnya gabungkan ada huruf , symbol dan angka.Klik atas saya mengakui
Kemudian klik saya bukan robot then klik daftar
- Pendaftaran berjaya
- Dah Berjaya, langkah seterusnya pergi ke SEMAKAN then klik LOG MASUK.
- Bila klik log masuk akan keluar satu website yang anda perlu masukkan nama pengguna anda buat tadi bersama password. So isi je dan klik log masuk.
- Bila dah berjaya masuk, anda perlu isi alamat dan no tel terlebih dahulu. Ini untuk Update terkini jabatan akauntan mengenai profil anda. Dah isi klik simpan je
- Bila dah berjaya klik simpan , akan keluar seperti dalam gambar ini. Jadi anda boleh klik kotak purple itu untuk buat carian. So anda perlu masukkan no ic anda. Then klik cari. Jika ada wang yang tak dituntut akan keluar kat bawah tersebut.
- Contoh macam gambar ini. Wang yang tak dituntut ada 2 iaitu MAXIS DAN BSN. Siap diberitahu lagi JENIS WANG TAK DITUNTUT apa.
KESIMPULAN
Sekarang semuanya boleh buat online sahaja. Sebagai contoh, kalau nak daftar atau semak akaun asb atau tabung haji pun semuanya sudah dihujung jari.
Jadi saya sudah ajar anda cara-cara untuk semak. Semoga ia memberi manfaat.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Ebook setebal 100 muka surat yang bernilai RM299 secara percuma!
Bagi yang serius mahu belajar download sekarang!