semak nombor cds

CARA SEMAK NOMBOR CDS ANDA

Kegunaan Nombor CDS

Apabila seseorang mohon Akaun CDS untuk mula melabur dan siap sahaja Akaun CDS diproses, perkara WAJIB perlu tahu tentang CDS anda adalah:

  1. Client Code
  2. User ID
  3. Siapa Remisier
  4. Nombor CDS
  5. Trading Pin

Sila Ambil Perhatian 5 Perkara penting ini dalam CDS anda kerana anda akan gunakan maklumat-maklumat ini untuk Login ke Platform, mohon IPO, hubungi Remisier untuk sebarang pertanyaan, hantar order buy/sell dan tujuan pengesahan lain-lain lagi.

Kebiasaannya, maklumat nombor CDS digunakan semasa anda nak mohon IPO di Online Banking.

Ia akan menjadi masalah apabila anda tidak tahu mana nak dapat maklumat nombor CDS ini.

Jadi dalam artikel ini akan tunjukkan cara untuk anda semak nombor CDS terutamanya bagi pengguna Platform Mplus.

Cara Semak Nombor CDS

  1. Melalui Platform Mplus:


    Semak Nombor CDS
    Pertama sekali Login Platform Mplus. Kemudian klik bahagian My Account > My Profile.Jadi disitu akan keluar paparan details maklumat Akaun CDS termasuk Nombor CDS anda.Cuma untuk makluman, nombor CDS anda hanya 9 digit yang terakhir. 6 digit pertama yang tertera (012-001) adalah kod broker dan cawangan.Sekiranya anda nak mohon IPO melalui online banking nanti anda kena masukkan kesemua 15 digit ini tanpa simbol ‘-‘Sebagai contoh, 012001123456789.

     

    Pastikan cukup 15 digit semasa mohon IPO untuk elak permohonan IPO anda di reject disebabkan digit nombor CDS tidak cukup.

  2. Contract Note:

    semak nombor cds
    Kedua, boleh semak nombor CDS di Contract Note anda. Contoh boleh rujuk pada gambar.Contract Note ini anda akan dapat selepas transaksi beli/jual saham dibuat sebagai rujukan transaksi anda.Berbeza sedikit jika di contract note 9 digit nombor CDS anda sahaja yang ditunjukkan. 6 digit pertama tadi hanya boleh semak di Platform Mplus sahaja.

Kesimpulan:

Inilah 2 cara boleh semak untuk tahu nombor akaun CDS anda. Untuk tahu Client code anda boleh rujuk Cara Semak Client Code.

Jadi selepas ini dah tiada masalah untuk anda mohon IPO melalui Online Banking Maybank, CIMB, Public Bank dan bank lain-lain.

Anda belum ada akaun CDS? Terus buka Akaun CDS di Akaun CDS Mplus.

Semoga Bermanfaat.

Jika anda nak belajar teknik ‘copy & trade’ menggunakan platform Bursa Marketplace, boleh ke sini.

Similar Posts