Cara Semak CCRIS Online Dengan Mudah
Pada 18 Februari 2022, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan kenyaataan baharu berkaitan pendaftaran akaun baru eCCRIS kini sudah boleh dibuat dengan mudah dari rumah sahaja!
Dengan sistem baharu ini individu tidak perlu lagi pergi ke BNM atau AKPK untuk daftar CCRIS.
Menurut BNM lagi, laporan CCRIS anda boleh didapati di laman web: bnm.gov.my/ccris
Apa Itu CCRIS?
CCRIS atau nama panjangnya Central Credit Reference Information System adalah rekod maklumat kredit bagi mengetahui tahap kewangan seseorang.
Sebagai contoh, bayaran komitmen bulanan seperti ansuran kereta, kad kredit, ptptn tiada tunggakan dan dibayar tepat pada masa setiap bulan, maka laporan CCRIS akan menunjukkan skor kredit ‘0’ bermaksud rekod kewangan yang baik.
Namun jika sebaliknya, rekod CCRIS akan menunjukkan kredit yang kurang baik.
Laporan ini dikawal selia dan dijana oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Kebiasaannya jika seseorang itu hendak memohon pinjaman bank, bank akan rujuk laporan CCRIS ini bagi menilai tahap dan prestasi kewangan peminjam.
Sebelum ini untuk mendapatkan laporan CCRIS, perlu ke kiosk Bank Negara, tetapi hari ini sudah ada cara yang lebih mudah dan cepat iaitu boleh dimohon secara Online sahaja.
Cara Daftar CCRIS
Pertama pergi ke link bnm – eccris.bnm.gov.my
Untuk pertama kali perlu daftar dahulu. Klik ‘Register Now‘

Pastikan anda mempunyai Online Banking sendiri untuk bayaran RM1 pengesahan maklumat. Untuk makluman juga, RM1 ini akan dipulangkan semula ke akaun anda dalam masa 2 hari waktu bekerja selepas pendaftaran berjaya.
Klik pada kotak ‘Yes, I understand’ dan Proceed.

Isikan maklumat diri anda seperti pada ruangan yang disediakan.
Masukkan Nama Penuh, email yang sah, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang boleh dihubungi. Kemudian ‘Slide To Verify‘ dan ‘Submit‘.

Seterusnya pilih akaun bank Online Banking anda dan buat pembayarn RM1 hingga selesai.

Selepas berjaya buat bayaran RM1, klik ‘Proceed To eCCRIS‘ dan ‘Proceed to First Time Login‘


Langkah seterusnya, masukkan no pin yang dihantar melalui email anda. Kemudian set kan User ID dan Password.


Pilih Security Image dan 3 soalan Security anda mahu beserta jawapan.

Selepas selesai bahagian security, back to home dan Login. Masukkan User ID, Password dan OTP. OTP akan dihantar di nombor telefon anda. Kemudian klik verify.


Done login! Jadi untuk semak laporan CCRIS anda, klik ‘Enquiry‘

Klik pada kotak kecil ‘I Agree’ dan ‘Report Enquiry’

Report CCRIS anda akan keluar seperti paparan berikut.
Jika laporan anda menunjukkan ‘0’ bermakna laporan kewangan anda adalah baik. Tahniah!

Kesimpulan
Mudah kan semuanya boleh buat Online sahaja.
Oh ya bukan CCRIS je tau boleh semak online, nak buka akaun CDS pun boleh buka Online je sekarang.
Belum ada akaun CDS, anda boleh daftar sekarang Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mula dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.
Semoga bermanfaat.