Log In Ke Akaun Mplus
|

Cara Request 5 Level Market Depth, Exclude Intraday & Reset Password Mplus

Ada beberapa perkara teknikal yang perlu diberi perhatian dalam menggunakan platform Mplus Online.

Market Depth

Pertama adalah 5 Level Market Depth.

Secara default, anda hanya boleh melihat 3 Level Market Depth dalam platform Mplus.

Sekiranya nak request 5 Level Market Depth anda perlu sekurang-kurangnya membuat satu transaksi dalam bulan tersebut.

Penerangan lebih lanjut boleh baca disini : Market Depth Cara Mudah Faham

Exclude Intraday & Averaging Price

Kenapa perlu exclude intraday? Kenapa perlu exclude Averaging Price?

Fahamkan dalam artikel-artikel ini :

Beza Kos Intraday & Swing, Kenapa Perlu Exclude Intraday?

Average Price- Bagaimana ia Berlaku?

Reset Password Mplus

Sekiranya anda mengalami kegagalan untuk log in platform Mplus online disebabkan kesalahan memasukkan password sebanyak 3 kali, anda boleh request untuk reset password.

Activation Code

Pilihan ini hanya untuk client yang baru buka akaun CDS dan belum pernah dapat log in ke Platform Mplus Online.

Cara Request:

Bagi client yang buka akaun CDS Mplus dibawah Mahersaham, anda boleh follow step by step dibawah ini :

  1. PM Mahersaham Support Bot: t.me/Mahersaham_support_bot
  2. Pilih / request
  3. Klik link google form yang diberikan
  4. Anda akan dibawa ke google form
  5. Masukkan maklumat yang diminta
  6. Buat pilihan samada nak Exclude Intraday, 5 Level Market Depth atau Reset Password Mplus
  7. Tekan butang Submit

Request anda akan diproses. Sekiranya request anda tidak berjaya, anda boleh maklumkan kepada Mahersaham_Platform.

Baca Artikel Lain Berkaitan di Mahersaham

Cara Jual Saham Di Mplus

Cara Beli Saham Di Mplus

Cara Withdraw Daripada Akaun Mplus

Simbol Dan Warna Dalam Platform Trading

Similar Posts