cara pengiraan asb financing

Cara Pengiraan ASB Financing dengan 2 Teknik

Cara Pengiraan ASB Financing

Cara pengiraan ASB Financing penting untuk diambil perhatian.

Sebelum apply ASB Financing perlu tahu selok-beloknya dan teknik mana yang sesuai dengan kita.

Jika tidak ibarat membabi buta sahaja kita bayar bulan-bulan pada bank.

Dengan mengetahui cara pengiraan ASB Financing akan memudahkan kita mencapai target dan kemahuan pada masa hadapan.

ASB Financing boleh menjadi game plan sebagai tabung simpanan kepada seseorang.

Bagi yang mengahadapi masalah dan alasan untuk menyimpan, sebenarnya ada caranya.

Sebagai contoh ada yang kata “susahnya nak menyimpan, tak sempat nak simpan duit dah habis belanja”.

Kepada yang mempunyai kesedaran perancangan kewangan tetapi asyik gagal menyimpan, ASB Financing adalah jawapannya.

Ini adalah kerana salah satu kebaikan ASB Financing membantu menyimpan secara paksa. Dengan cara paksa sebegini mendisplinkan seseorang supaya menyimpan setiap bulan. 

Namun, perlu juga tahu apa beza ASB Financing dengan loan-loan yang lain. Kenapa ASB Financing lebih diberi keutamaan berbanding loan lain. 

Situasi

Plan 50k selama 35 tahun dengan minimum 5 tahun untuk terminate. Bulanan sekitar RM245 (mengikut kadar interest bank. Setiap bank menawarkan kadar yang berbeza-beza).

Contoh jadual ASB Financing Hong Leong Islamic Bank (Julai, 2019)

Merujuk pada rajah diatas, bagi ASB Financing Hong Leong Islamic Bank RM50K selama tempoh 35 tahun:

Effective Rate: 4.75% (kadar mengikut ekonomi semasa)

Modal setahun: RM245 x 12 bulan = RM2,940

Sebagai contoh dividen ASB umumkan 7%, maka 7% x 50k (nilai sijil) = RM3,500 (dividen setahun)

Untung setahun = dividen – modal

                               = RM3,500 – RM2,940

                               = RM560

Teknik 1: Rolling

Dengan game plan selama 5 tahun, teknik rolling bermaksud bayar bulanan untuk setahun sahaja.

Biasanya teknik ini menghasilkan keuntungan yang minimum berbanding teknik compounding.

Dividen diperoleh setiap tahun = Dividen setiap tahun – modal setahun

Tahun Pertama: RM560

Kedua: RM560

Ketiga: RM560

Keempat: RM560

Kelima: RM3,500

Dividen tahun ke-5 RM3,500 kerana tiada rolling untuk tahun berikutnya disebabkan hendak terminate. 

Maka Jumlah Dividen terkumpul = RM560 + RM560 + RM560 + RM560+ RM3,500

= RM 5,740

Selain dividen, kita juga akan dapat Surrender value.

Surrender value ialah nilai bank bayar semula pada kita apabila kita terminate financing.

Surrender Value = Total loan – Baki loan (guna financial calculator)

= RM50,000 – RM46,856

= RM3,144

cara pengiraan asb financing

Jadual Amortization pada tahun ke-5

Jadi Jumlah Untung yang diperoleh selepas 5 tahun menggunakan teknik rolling adalah sebanyak,

= RM5,740  + RM3,144

= RM 8,884

Teknik 2: Compounding

Teknik Compounding bermaksud bayaran atau simpanan bulanan yang berterusan.

Biasanya teknik ini tidak usik jumlah dividen yang diperoleh setiap tahun. Maka layak untuk dapat dividen penuh setiap tahun.

Dividen terkumpul mengikut tahun:

Tahun pertama : RM3,500

Kedua: RM3,500

Ketiga: RM3,500

Keempat: RM3,500

Kelima: RM3,500

Jumlah Dividen = RM3,500 x 5 tahun

= RM17,500 

Surrender Value = RM3,144 (sama seperti kiraan teknik rolling)

Jadi Jumlah Keseluruhan menggunakan teknik compounding adalah,

= RM17,500 + RM3,144

= RM20,644

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kita dapat lihat perbezaan jumlah yang terkumpul menyimpan cara rolling dan compounding dengan ASB Financing.

Belum ada akaun ASB lagi? Boleh buka akaun ASB Online.

Walaupun begitu, melabur di Bursa saham juga mampu memberikan keutungan tanda had dalam setahun.

Keuntungan saham dapat diperoleh melalui 2 sumber iaitu dengan pemberian dividen dan keuntungan modal.

Nak tahu bagaimana? Jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham . Mahersaham akan bantu daripada zero kepada hero.

Anda masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Artikel ini ditulis oleh Shafiqah.

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.