Cara Nak Tahu Client Code
Apa Itu Client Code?
Anda pernah dengar tentang Client Code? Tak tahu apa itu Client Code? Tak tahu mana nak tengok Client Code? Penting ke nak tahu Client Code ini?
Setiap pelabur yang nak mula melabur saham pertama sekali WAJIB buka Akaun CDS dengan mana-mana Broker sah terlebih dahulu.
Kebiasaannya, permohonan akan diproses dalam tempoh 2 minggu ke sebulan bergantung pada Broker tersebut.
Selepas akaun CDS siap diproses, anda akan menerima emel activation link, username, password dan Client Code anda sendiri.
Setiap pelabur akan mempunyai Client Code mereka masing-masing bagi tujuan pengesahan yang menunjukkan anda sudah ada Akaun CDS dengan Broker yang sah.
Sebarang rujukan dengan Broker atau Remisier anda perlulah kemukakan Client Code ini. Tetapi yang menjadi masalah apabila sesetengah pelabur ada yang tidak tahu pun tentang Client Code mereka.
Jadi dalam artikel ini akan tunjukkan di mana anda boleh semak Client Code anda terutamanya bagi yang buka Akaun CDS dengan Broker Mplus.
Cara Semak Client Code
- Platform Mplus
Sebaik sahaja akaun CDS anda siap diproses, anda perlu login ke Platform Mplus menggunakan Internet Explorer.Untuk first time user, segala maklumat username dan password ada diberikan di emel anda oleh Mplus untuk Login.Apabila berjaya login ke Platform klik pada bahagian My Account > My Profile.Kemudian anda akan nampak paparan seperti dibawah. Ini antara salah satu cara anda boleh semak Client Code anda. - Emel Mplus
Kedua, semak Client Code melalui emel Mplus.Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, apabila akaun anda siap diproses oleh Broker anda akan menerima emel dari Mplus.Jadi dalam emel tersebut ada menyatakan maklumat Client Code, Remisier anda dan maklumat lain-lain. Jika anda buka Akaun CDS dengan Mplus anda akan terima emel seperti berikut untuk semak Client Code anda: - Contract Note
Yang ketiga, Client Code boleh disemak di Contract Note anda sendiri.Baca tentang Contract Note bagi yang tak tahu.Jika anda pernah beli atau jual saham, anda akan terima Contract Note ini dari Broker yang menyatakan segala maklumat transaksi beli atau jual saham yang anda lakukan.Biasanya Contract Note ini akan dihantar di emel anda dan juga akan update di App Mplus bahagian Contract Note (bagi yang menggunakan Broker Mplus).Sila rujuk gambar dibawah untuk semak Client Code di Contract Note.
- App Mplus
Cara terakhir anda boleh semak Client Code adalah di App Mplus (bagi yang menggunakan Broker Mplus).App Mplus ini anda boleh Download terus di Playstore atau Apple Store.Cara login ke App sama seperti cara login di Platform jika menggunakan PC atau Laptop seperti penerangan di nombor 1 tadi. Masukkan Username dan Password anda.Jadi selepas login boleh terus rujuk pada bahagian atas kiri di App Mplus anda.
Kesimpulan
Selepas ini anda sudah boleh semak Client Code dengan 4 cara ini selepas Akaun CDS siap diproses oleh Broker.
Client Code ini WAJIB anda tahu untuk sebarang urusan berkaitan Akaun CDS anda nanti. Terutamanya bagi yang buka Akaun CDS Bersama Remisier Maher Alias, anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah lumayan setiap bulan dan anda perlu tahu dan kemukakan Client Code ini untuk tujuan pengesahan.
Jika masih belum ada Akaun CDS boleh terus buka Akaun CDS Online Mplus ini .
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disediakan oleh Shafiqah