account summary
| |

Cara Mudah Baca Account Summary

Ada beberapa perkara yang anda wajib tahu dalam Account Summary agar mudah bagi anda untuk membacanya.

Sebelum itu, artikel kali ini hanya berfokus kepada Account Summary untuk Broker Mplus sahaja. Untuk broker lain seperti Maybank, Cimb, Hong leong mungkin akan ada sedikit perbezaan di account summary.

Cara Pergi Ke Account Summary

Ada dua cara yang berbeza mengikut platform yang anda gunakan untuk jual beli saham, sama ada PC atau pun apps Mplus.

Untuk di PC, selepas anda login, pada bahagian menu di atas, My Account, kemudian pergi ke sub menu Account Summary.

Untuk di apps Mplus, tekan menu pada bahagian atas kiri, kemudian pilih Account Summary.

Berikut adalah paparan account summary :

account summary

1. Trust Account

Dalam trust account ni adalah nilai duit yang anda ada pada masa itu.

Mungkin Trust account ni ada lambat sikit update sebab dalam Bursa adanya rule of settlement T+1 dan T+2 untuk sistem update penolakan caj brokerage.

Kalau hari tersebut baru melakukan deposit, trust account akan updated pada keesokan hari bekerja.

2. Available Trading Limit

Dalam bahasa mudah, ia adalah nilai atau duit yang anda boleh guna untuk berdagang di Bursa Malaysia. Ia akan ada sedikit beza dengan nilai pada Trust account.

Contohnya, di Available Trading Limit ada RM5000. Maka di trust account sepatutnya lebih lagi disebabkan T+1 dan T+2 tadi dan juga sistem update brokerage untuk transaksi sebelum ni.

Jadi untuk trade saham kita hanya fokus kepada Available Trading Limit sahaja. Itu nilai yang kita  boleh beli saham.

Mengikut rumus, Available Trading Limit = 99.5% x Trust – RM40. Duit yang diketepikan itu bertujuan untuk ‘cover’ kos transaksi sekiranya tidak mencukupi. Duit tersebut masih lagi termasuk dalam Trust yang anda boleh request untuk withdraw.

3. Due to Forced Selling (T+2)

Bagi yang buka dengan Mahersaham untuk muslim kita akan buka Islamic cash account iaitu direct akaun dan konvensional direct account untuk non-muslim.

Jadi kita tidak ada Contra atau nominee. Untuk yang ni, bagi cash account Islamic dan Konvensional boleh abaikan terus sebab setiap masa nilainya akan kosong sahaja.

Untuk Forced Selling ni hanya untuk yang buka akaun jenis Contra iaitu berhutang dengan broker sahaja.

Disini untuk fahamkan berapa hutang yang perlu trader tersebut settlekan. Jadi bagi yang buka cash account boleh abaikan terus.

4. Remaining Purchase Contracts

Bahasa mudahnya, untuk Remaining Purchase Contract adalah berapa nilai yang kita beli sesuatu kaunter tu. Contoh kaunter X kita beli dengan nilai RM5000 pada hari Isnin.

Jadi nilai RM5000 akan ada di bahagian Remaining Purchase Contract ni iaitu T+1 pada hari Selasa. Waktu T+1 adalah 1 hari selepas kita beli kaunter tersebut.

Bila ada nilai di bahagian ini bermaksud nilai yang broker kena bayar kepada Broker Malaysia untuk lengkapkan transaksi pembelian kita tadi.

Jadi selagi nilai RM5000 tadi ada di Remaining Purchase Contract bermaksud urusan Broker untuk bayar kepada Bursa Malaysia masih belum selesai.

Selepas selesai nilai kat sini akan jadi kosong di mana dah settle.

5. Due for Settlement

Due for settlement ni konsepnya sama sahaja dengan Remaining Purchase Contract.

Bezanya nilai yang wujud di column ni adalah T+2. Maksudnya 2 hari lepas kita buat pembelian saham. Beli hari Isnin, hari Rabu akan nampak amount tersebut dekat sini.

Kalau di Remaining Purchase Contract tadi, nilai tersebut akan wujud hari pertama lepas kita beli iaitu T+1. Due for settlement pula adalah T+2. Itu sahaja bezanya.

6. Remaining sales Contracts (T+1)

Selepas kita jual, berapa nilai yang kita jual itu akan tunjuk disini di Sales Contract ini pada keesokan harinya.

Apa yang kita kena faham adalah ia berkaitan dengan sales iaitu penjualan dimana Bursa Malaysia akan bayar kepada Broker semula untuk lengkapkan penjualan kita.

Pada hari kedua selepas kita jual saham barulah kita akan pergi kepada bahagian Sales Proceed Due.

7. Sales Proceed due (T+2)

Ia hampir sama dengan Remaining sales contracts tadi T+1. Bezanya sales proceed due pula T+2.

Maksudnya berapa nilai yang kita jual saham akan wujud disini selepas 2 hari. Nilai ini akan jadi kosong lepas semuanya sudah selesai.

Amount dalam trust akan bertambah samaada pada hari ini jika kita ada jual saham pada dua hari yang lepas, atau amount trust akan ditolak pada hari ini sekiranya kita ada beli saham pada dua hari yang lepas.

8. Contra Gain/Lose

Disini adalah nilai kita untung atau rugi untuk transaksi jual dan beli pada hari yang sama.

Maksudnya Contra Gain/lose ni lebih kepada intraday trader sahaja dimana ia beli pagi dan jual petang atau beli pagi dan jual pagi.

Jadi selepas tambah tolak semua nilai untung rugi ni akan tunjuk di sini. Dan ianya hanya untuk trader intraday sahaja.

Video di Youtube Berkaitan Account Summary

Kesimpulan

Sekiranya anda tidak memahami term yang ada di dalam account summary dengan baik, maka anda berkemungkinan besar menghadapi kesukaran untuk membacanya.

Belajar Saham Melalui 5 Fasa

Kami telah menulis beberapa siri artikel yang bertujuan memberikan ilmu saham secara penuh kepada pembaca. Pembelajaran dibahagikan kepada Lima Fasa Utama :

  1. Memahami Asas Saham, CDS Untuk Jual Beli Saham dan Platform Mplus
  2. Belajar Analisis Teknikal
  3. Belajar Analisis Fundamental
  4. Belajar Saham IPO
  5. Kajian Kes atau Case Studies

Disarankan untuk anda membaca artikel-artikel tersebut mengikut turutan. Jangan lupa bookmark page tersebut!

Similar Posts