Cara Mohon IPO MITI Untuk Bumiputra
Pada 6 Disember 2021, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah melancarkan sistem baru permohonan Initial Public Offering (IPO) peruntukan khas bagi bumiputera sahaja yang telah dinaiktaraf dari sistem sebelum ini dimana pelabur bumiputera boleh memohon melalui dalam talian secara menyeluruh.
Sebelum ini, pelabur bumiputera yang ingin mohon IPO MITI ini harus menghantar permohonan secara talian beserta dokumen yang perlu diserahkan ke pejabat MITI.
Cara Mohon IPO MITI
Pertama anda perlu ada akaun cds
Kedua pergi ke website MITI
Lihat apa makluman terbaru seperti contoh gambar di bawah makluman tentang syarikat SIAB HOLDINGS BERHAD di buka untuk di MOHON di MITI

Ketiga tekan log masuk dan masukkan id dan password anda dan akan terpapar IPO terkini

Keempat klik simbol lampu di nama syarikat tersebut untuk membaca prospectus exposure dan maklumat lain


Kelima klik mohon jika anda ingin mohon IPO tersebut

Keenam masukkan modal yang ingin mohon untuk IPO ini. Sila kira mengikut peruntukkan modal anda sendiri dan sila penyata bank terkini

Boleh juga attach penyata ASB/ASN/ASD/ASW atau Penyata Tabung Haji

Boleh juga upload Penyata deposit tetap dan pembiayaan kewangan

Wajib upload salah satu. Jika tiada yang lain mesti upload penyata bank anda. Ini diperlukan oleh pihak MITI
Ketujuh masukkan unit yang ingin di mohon. Mesti sama dengan nilai modal anda isi diatas tadi, masukkan no akaun cds dan upload penyata akaun cds. Untuk penyata akaun cds boleh dapatkan di Bursa Anywhere
Selain itu sila klik tick di pengakuan dan tekan hantar selepas sudah yakin semuanya diisi dengan betul
P/S: untuk penyata cds biasanya akan ada password. Untuk upload yang tiada password buka dulu penyata tersebut dalam bentuk pdf di PC anda. Kemudian klik print. Bahagian printer pilih MICROSOFT PRINT TO PDF dan page mesti all. Kemudian klik print. Dia akan keluar satu popup untuk kita save PDF baru. Save di dekstop sahaja. Dah save jadi upload yang di save tersebut.

Contoh Penyata CDS

Nombor Akaun CDS Mplus
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

Selesai.
MySaham – Disini anda boleh lihat IPO-IPO yang anda mohon dan lihat seperti status, jumlah unit, jumlah lulus, jumlah terima, baki lulus dan tindakan

Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO MITI?
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Belajar IPO Dari A Sampai Z
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.