Cara Mendapatkan Penyata Bank Maybank
Assalamualaikum dan Hai kepada semua yang terus setia bersama Mahersaham. Untuk artikel kali ni saya nak share dengan anda semua macam mana cara untuk mendapatkan bank statement Maybank.
Bagi mereka yang menggunakan akaun CIMB bank boleh rujuk artikel Cara Mendapatkan Penyata Bank-Cimb Bank.
Saya pastiiii..mesti ramai lagi yang tak tahu cara nak dapatkan bank statement atau penyata bank ni.
Penyata bank ni penting dan perlu untuk anda masukkan dalam permohonan online akaun CDS anda
Tanpa penyata bank tersangkutlah permohonan akaun CDS anda nanti.
Jadi jom kita belajar!
Pengenalan Maybank
Sebelum tuu.. untuk pengetahuan korang Malayan Banking Berhad ni atau nama singkatannya Maybank adalah merupakan antara bank yang terbesar di Malaysia.
Maybank mempunyai market capital sebanyak 92.682b.
Wow!! Banyakkan.
Maybank juga merupakan bank ke-4 yang teratas di negara Asean.
Terdapat beberapa negara juga yang memiliki dan menempatkan Maybank. Antaranya ialah Indonesia, India, Filipina, Singapura dan beberapa negara Asean yang lain juga.
Korang juga boleh search MalaysiaStock.Biz dan boleh cari maklumat mengenai bank ni.

Maklumat Untuk Penyata Bank
Okey, sebelum kita proceed untuk download penyata bank, korang kena tahu ada beberapa maklumat yang wajib ada dalam penyata bank korang tuu..
Antara maklumat itu ialah:
1. Nama bank
2. Logo bank
3. Nama penuh anda mengikut IC
4. No acc bank
Korang boleh download penyata bank jika ia mematuhi maklumat yang diperlukan di atas.
Namun…
Kalau korang tidak ada online banking korang boleh pergi dekat bank yang terdekat dan minta penyata bank di sana.
Tetapi…
Ada beberapa maklumat yang perlu ada.
Antaranya ialah:
1. Nama bank
2. Logo bank
3. Nama pegawai dan tandatangan pegawai tersebut
4. Cop bank
5. Nama anda seperti dalam IC
6. No acc
Haa…korang wajib ada 6 perkara ni.
Untuk mendapatkan penyata bank Maybank, korang boleh ikut cara-cara di bawah:
1. Login ke Maybank2u
Pertama sekali, anda boleh search dekat Goggle untuk carian Maybank2u

Maybank2u
Ini merupakan layout yang anda akan lihat untuk Maybank2u
Layout nie akan berubah-ubah ye mengikut setup yang Maybank akan buat.
Di sini anda perlu masukkan username dan juga password.
2. Butiran Akaun Maybank2u
Seterusnya, yang kedua pula ialah selepas anda dah masukkan username dan password anda akan pergi ke butiran akaun

Jadi anda akan dibawa ke dashboard yang ini pula.
Anda klik 3 titik yang macam saya tunjuk di atas.

Anda boleh pilih sama ada nak view details atau view statements
Jika anda view statements ia akan bawa anda terus ke penyata bank tetapi kalau anda tekan view details anda akan di bawa ke dashboard seperti gambar di bawah.

Selepas dah tekan view details anda akan dibawa ke dashboard akaun bank dengan senarai akaun di bawah anda.
Kebiasaannya akaun yang ada ingin tekan adalah akaun harian atau akaun savings.

Anda perlu scroll ke bawah untuk download bank statement.

Scroll bawah untuk melihat butiran akaun anda. Di sini anda cuma perlu klik button view statements.
Tekan button nie dan anda akan dipaparkan dengan penyata bank 3 bulan terkini.
3. Lihat Penyata Maybank

Okey last but not least, dekat sini korang boleh download penyata bank korang dan boleh pilih penyata untuk bulan berapa yang korang nak download.
Kalau korang nak lihat penyata bank yang lalu, korang boleh klik pada ruangan pilih penyata yang macam saya bagi gambar di atas
Dah siappp!
Info Penting: Maybank hanya mengeluarkan penyata bank untuk 3 bulan terkini pada setiap penghujung suku tahunan iaitu penghujung Mac, Jun, September dan Disember.
Moga artikel ni bermanfaat untuk anda.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.