Cara Memohon IPO melalui Online Banking PUBLIC BANK
Apa itu IPO
Initial Public Offering merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia atau lebih dikenali dengan PRIMARY MARKET.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel Apa itu IPO atau saham terbitan awam.
IPO ini boleh di mohon melalui online banking seperti Maybank2u , CIMB Clicks dan lain-lain lagi.
Duit tolak terus dari akaun simpanan anda.
Cara Memohon IPO melalui Online Banking PUBLIC BANK
Panduan ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah menggunakan Public Bank.
- Layari laman web PBEBANK dan login -https://www.pbebank.com/ . Kemudian klik investment
- Klik eIPO
public bank - Klik Apply IPO
- Akan terpapar IPO terbaru disitu. Klik sahaja nama IPO tersebut
- Klik Accept sahaja
- Jika anda tidak pernah letak lagi CDS ACC anda di PUBLIC BANK, hanya klik here berwarna biru itu
- Isi CDS ACC NO anda dan nama penuh anda seperti di dalam IC
- Untuk dapatkan no acc cds anda, layari sahaja website mplus iaitu Malacca Securities Sdn Bhd (mplusonline.com.my) dan klik bahagian profile . Akan ada no acc cds anda
- Dah isi anda akan terima TAC. Check sms dan masukkan
- Dah berjaya linkkan cds anda dengan public bank. Baru boleh mohon IPO
- Pergi balik ke APPLY IPO dan klik nama IPO tersebut
- Klik Accept
- Kemudian isi berapa lot anda ingin pohon serta masukkan bangsa anda. Ingat 1 lot = 100 unit. Harga dalam bentuk unit.
- Kemudian check permohonan anda dan klik confirm.
Duit akan ditolak terlebih dahulu mengikut unit yang kita pohon. Keputusan dapat tahu pada balloting date ataupun listing date. Jika tidak berjaya pihak bank akan refund kembali ke acc bank kita 3-7 hari bekerja.
Tak tahu apa itu IPO? Jangan risau tonton video disediakan disini —> Apa itu IPO
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.