Cara Memohon IPO Melalui MITI
Dalam artikel kali ini saya akan menceritakan cara hendak memohon IPO melalui MITI.
Jika anda tidak tahu apa itu IPO, jemput baca artikel Apa Itu IPO Atau Saham Terbitan Awam.
Artikel kali ini adalah kesinambungan kepada artikel sebelum ini di mana saya ada menceritakan tentang IPO QSR BRANDS dan cara-cara memohon IPO melalui CIMB.
Sekarang dibuka dahulu tawaran awal untuk BUMIPUTERA SPECIAL SHARES melalui Ministry of International Trade and Industry (MITI)
IPO MITI Terkini
Untuk mendapatkan senarai IPO terkini yang berkelayakan untuk dipohon melalui MITI, anda boleh pergi ke laman web miti.gov.my .
Pada bahagian OUR SERVICES, pilih Bumiputera dan kemudian Bumiputera Special Shares.
Setelah page tersebut selesai load, anda akan dapat melihat senarai IPO yang boleh dipohon di bawah tajuk Tawaran Saham.
Permohonan Saham Khas Bumiputera Miti
Hakikatnya, permohonan saham khas bumiputera MITI ini adalah kelebihan atau keistimewaan yang diberikan kepada bumiputera yang ramai tidak sedar.
Isu ini ada ditekankan dalam artikel Zuraida Mohd Zakaria yang juga dikenali dengan nama Cikgu Saham dalam artikel beliau yang bertajuk “Keistimewaan bumiputera dalam pelaburan saham yang tidak disedari”
Permohonan IPO MITI berpeluang lebih tinggi untuk memperoleh saham IPO berbanding cabutan awam kerana cabutan akan dimulakan untuk permohonan MITI dahulu barulah kemudiannya cabutan awam.
Untuk memohon MITI juga anda seharusnya sudah pun memiliki akaun CDS.
Akaun CDS pula haruslah jenis Direct CDS. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis-jenis akaun CDS anda boleh rujuk artikel kami berkaitan Jenis Akaun CDS .
Sekiranya anda belum memiliki akaun CDS, atau akaun CDS hanyalah jenis nominee, jangan risau, anda boleh membuka akaun CDS Mplus melalui kami.
Kelebihan Lain Saham MITI
Ujar Cikgu Saham lagi,
“Anda juga tidak perlu membayar terlebih dahulu semasa proses permohonan saham ini kerana permohonan yang berjaya dinilaikan daripada penyata kewangan yang diberikan semasa anda menghantar borang permohonan kepada pihak MITI. Ini amat berbeza dengan permohonan saham IPO melalui terbitan awam kerana anda perlu membuat pembayaran terlebih dahulu semasa memohon dan sekiranya permohonan anda tidak berjaya, duit anda akan dipulangkan semula.”
Cara Memohon IPO Melalui MITI
Dalam tutorial ini kita akan menjadikan IPO QSR sebagai contoh.
Pertama sekali, login ke https://sahamonline.miti.gov.my/ .
Bagi yang belum pernah daftar pilih jenis pelabur dan klik daftar. Ikut sahaja yang di nyatakan dalam website.
Selepas login, anda akan di bawa ke HOMEPAGE website.
Akan tertera Nama syarikat QSR BRANDS berserta jumlah saham khas yang diperuntukkan di MITI ini dan harga tawaran iaitu RM1.44 seunit. Jadi klik pohon (butang warna hijau ) dan akan tertera seperti dalam gambar di bawah ini. Masukkan jumlah unit anda inginkan dan klik hantar.
Selepas klik hantar anda akan dapat seperti gambar di bawah. Klik cetak.
Bila klik cetak, anda akan terima borang dari MITI ada 3 muka surat.
Muka surat pertama berkaitan senarai semak apa yang diperlukan untuk POS ke MITI sebelum 9 NOVEMBER 2018.
Muka surat kedua pula Borang permohonan kita. Check adakah betul apa yang telah kita isi.
Muka surat ketiga atau terakhir ialah pengakuan tentang terma dan syarat.
Semua dokumen ini hendaklah di hantar ke MITI sebelum 9 NOVEMBER 2018 jam 4.30 petang. Selepas itu jika anda berjaya anda akan dihubungi untuk membuat pembayaran.
Selepas dah cetak jadi anda boleh lihat di halaman utama seperti anda login tadi yang SAHAM tersebut anda telah pohon.
Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon :
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Kenapa penyata kewangan sangat penting? Kalau tiada duit dalam akaun, adakah permohonan akan ditolak?
Permohonan akan ditolak sekiranya pemohon tidak dapat membuktikan penyata/sumber
kewangan yang mencukupi untuk melanggan saham yang dipohon.
Nombor Akaun CDS Mplus
Ini adalah soalan yang ramai client tanya.
Hal ini disebabkan dalam account summary atau detail hanya menunjukkan 9 angka terakhir sahaja.
Kesimpulan
Jika anda mempunyai modal yang lebihan anda boleh mohon MITI ini. Prosedur ia agak rumit sedikit tetapi berdasarkan pengalaman peluang untuk dapat lebih tinggi berbanding mohon di perbankan online.
Selepas habis saham khas ini, ia akan buka pula PUBLIC SHARE yang di tawarkan di perbankan online.
https://uploads.disquscdn.com/images/870ccdaf41b760a7e46e49d7b400701bedad0e55e283f41387fd1196fcf2d53f.png Tuan, kenapa saya punya tidak ada harga per unit ya? Adakah ini akan ganggu atau menyebabkan permohonan ditolak?
Terima kasih.
bagus ini bah..hahaha