Cara Memohon IPO melalui Online Banking CIMB
7 Langkah Mudah Memohon IPO Guna CIMB
Initial Public Offering merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia atau lebih dikenali dengan PRIMARY MARKET.
IPO ini boleh di mohon melalui online banking seperti Maybank2u , CIMB Clicks dan lain-lain lagi.
Duit tolak terus dari akaun simpanan anda.
Jadi, panduan ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah menggunakan CIMB Clicks.
- Layari laman web cimb clicks – https://www.cimbclicks.com.my/
2. Login menggunakan id dan password anda, kemudian pergi Myinvestment dan cari eIPO. Klik eIPO dan akan keluar seperti di bawah ini
3. Tekan tanda sebelah nama IPO tersebut dan kemudian klik apply.
4. Akan keluar declaration dan pertanyaan kita setuju dengan syarat di tetapkan. Klik yes dan kemudian klik “AGREE & APPLY”.
5. Masukkan jumlah unit yang ingin dipohon kemudian check jumlah yang perlu di bayar.
6. Baca notes dan klik submit.
7. Selepas itu akan keluar detail semua transaksi kita dan jika confirm klik request tac dan masukkan no tac , akhir sekali submit.
Duit akan ditolak terlebih dahulu mengikut unit yang kita pohon. Keputusan dapat tahu pada balloting date ataupun listing date. Jika tidak berjaya pihak bank akan refund kembali ke acc bank kita 3-7 hari bekerja.
Belum ada akaun CDS?
Jangan risau, sekarang boleh buka ONLINE je
Sebelum tu jom baca apa itu AKAUN CDS ???
4.5