CARA MELABUR EMAS WAHED INVEST
Pelaburan Emas
Pelaburan Emas telah lama wujud sejak dahulu lagi. Namun hari ini semakin teknologi berkembang pesat, pelaburan bentuk digital wujud membolehkan pelabur melabur hanya menggunakan telefon pintar sahaja.
Mana tidaknya, sekarang nak melabur dalam saham pun boleh akses di laptop atau handphone, tidak perlu lagi hantar order kepada Remisier atau Broker.
Begitu juga dengan pelaburan emas. Pelaburan emas secara digital turut diperkenalkan oleh Wahed Invest. Iaitu suatu bentuk pelaburan yang sah diperkenalkan di Malaysia.
Pelabur hari ini bukan sahaja dapat melabur dalam saham syarikat, tetapi juga boleh memilih untuk melabur di dalam emas.
Wahed Invest telah memperkenalan portfolio terbarunya iaitu Portfolio Emas.
Ciri-ciri Pelaburan Emas Wahed Invest:
Dengan memilih pelaburan emas wahed Invest, simpanan anda akan diperuntukkan 97.5% dalam TradePlus Syariah Gold Tracker (ETF) dan 2.5% lagi adalah tunai.
Selain itu, anda tidak akan dikenakan sebarang caj bagi simpanan emas Wahed Invest ini.
Jadi bagi yang mencari pelaburan emas, anda boleh merancang untuk memperuntukkan sedikit simpanan anda ke dalam emas wahed invest secara bulanan atau mingguan mengikut perancangan kewangan anda.
Kenapa perlu melabur dalam Emas Wahed Invest?
Pelaburan Emas Wahed Invest melabur dalam ETF yang patuh syariah dan dikawal selia oleh penasihat Syariah. Anda tidak perlu risau berkenaan logistik, insurans atau keselamatan emas anda!
Sebenarnya anda juga boleh memantau prestasi harga emas ini dalam platform trading anda. Anda boleh mencari kaunter saham GOLDETF melalui platform trading.
Dana ini disenaraikan di Bursa Malaysia Securities yang boleh diakses melalui platform trading dalam talian bagi yang sudah mempunyai akaun cds.
Menariknya lagi, 95% aset Dana emas ini disimpan dalam bentuk emas fizikal. Ianya dibeli dari kilang emas yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA).
Jongkong emas ini disimpan dengan selamat di dalam peti besi di Singapura.
Melabur Emas melalui Platform Trading:
Selain wahed invest, jika anda melabur dalam saham syarikat, anda juga sememangnya boleh melabur dalam emas GOLDETF yang menunjukkan harga emas semasa di platform trading.
Anda boleh pantau prestasi emas dengan melihat kepada teknikal analisis saham GOLDETF ini.
Jika anda belajar teknikal analisis di dalam kelas Mahersaham, anda akan tahu cara baca chart, cara menggunakan indikator dan teknik yang mudah dan berkesan untuk melabur dalam saham.
Macam mana nak tukar ke portfolio emas Wahed Invest?
Dalam keadaan pergerakan pasaran yang tidak menentu ini, anda boleh memilih portfolio yang lebih sesuai mengikut tahap risiko anda.
Bagi yang sudah mempunyai akaun Wahed Invest ini dan mahu bertukar ke portfolio yang lain, anda boleh menukarnya dengan cara:
1. Log masuk ke Wahed Invest dan pilih menu
2. Kllik bahagian ‘Account Details’
3. Pergi ke ‘My Investment Account’
4. Klik ‘Change My portfolio’ di bahagian bawah.
5. Kemudian anda perlu menjawab semula soalan untuk tentukan portfolio anda yang baru. Jika mahu bertukar ke portfolio emas, dibahagian portfolio emas kllik ‘PIlih Portfolio Ini’ dan sahkan dengan menekan butang ‘YA’
Proses bertukaran portfolio anda akan mengambil masa 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Anda hanya boleh menukar sekali sahaja dalam masa 3 bulan dan tiada caj dikenakan untuk penukaran portfolio ini.
Kesimpulan
Namun anda di ingatkan bahawa pelaburan emas sesuai melabur unutk jangka masa panjang. Bukan jangka masa pendek ataupun intraday.
Semoga dengan melabur dalam emas dapat membantu anda mempelbagaikan (diversify) simpanan dan pelaburan anda dengan baik.
Anda boleh memulakan pelaburan emas Wahed Invest ini dengan mudah sahaja. Muat turun aplikasi Wahed Invest dan dapatkan bonus permulaan sebanyak RM20 dengan menggunakan kod ‘MOHMDZ2’ sewaktu pendaftaran.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
Jika anda nak belajar teknik ‘copy & trade’ menggunakan platform Bursa Marketplace, boleh ke sini.