cyclical stock
|

Cyclical Stock dan Cara win Invest Saham ini

Apa itu Cyclical Stock?

Cyclical Stock adalah saham yang harganya terkesan dengan turun naik mengikut kitaran atau pasaran ekonomi.

Harga bagi saham ini cenderung dan sejajar dengan pasaran ekonomi.

Ini bermaksud, harga saham akan naik jika ekonomi sedang baik, manakala jatuh apabila ekonomi tidak elok.

Risiko melabur dalam Cyclical Stock

  • Harga saham cyclical stock boleh rugi dengan lebih laju berbanding defensive stock apabila keadaan ekonomi yang teruk.
  • Dalam kemelesetan yang berpanjangan, harga saham yang jatuh dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan tekanan kepada syarikat dan pelabur.
  • Syarikat akan menghadapi cabaran kewangan dalam tempoh masa yang panjang.
  • Oleh itu, pelabur yang bijak perlu berhemah dan berhati-hati memilih saham syarikat bagi kategori cyclical stock ini. Kalau boleh pilihlah syarikat yang mampu bertahan jika berlaku kemelesetan yang berpanjangan dan waktu-waktu yang sukar.

Ganjaran dan kelebihan melabur dalam Cyclical Stock

  • Harga saham cyclical stock boleh naik lebih cepat berbanding defensive stock jika ekonomi baik.
  • Maka, syarikat boleh meningkatkan pendapatan dan keuntungan untuk mencapai harga saham yang tinggi dalam pasaran ekonomi yang pesat.

Strategi melabur dalam Cyclical Stock

Cara Membeli:

Ramai orang biasa kata beli pada harga rendah, jual bila harga tinggi.

Tetapi bukan semudah itu. Ini adalah kerana pelabur sukar untuk meramal harga yang berada pada paras rendah (support).

Oleh itu, antara strategi terbaik yang boleh diguna pakai adalah seperti dibawah:

  • Jangan menjangkakan atau meramal harga support kerana anda tidak tahu serendah mana dan sampai bila harga sesuatu saham itu akan jatuh. Melainkan jika syarikat itu mempunyai fundamental yang teguh. Bergantung pada potensi syarikat berkemungkinan untuk terus berkembang.
  • Sebaliknya, perhatikan kitaran ekonomi terlebih dahulu samada uptrend, downtrend atau swing.
  • Jika ekonomi telah mencapai paras support, biarkan dahulu sehingga 3 ke 6 bulan untuk pastikan ekonomi rebound dan benar-benar telah uptrend dan berkembang (grow).
  • Kemudian, anda boleh cari dan beli saham yang mungkin memberi keuntungan pada pasaran yang sedang meningkat ini.
  • Ukur prestasi saham syarikat juga untuk pastikan ianya menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan.
  • Kenal pasti saham syarikat-syarikat ini samada berpotensi memberikan pulangan yang terbaik. Kemudian belilah saham tersebut.

Cara Menjual:

Untuk trade, tetapkan target harga untuk take profit, TP.

  • Ketika uptrend, anda mempunyai banyak target harga yang boleh ditetapkan bergantung pada tahap risiko masing-masing. Contohnya target untuk dapatkan 30%, 50% atau 100% keuntungan berdasarkan harga sahamĀ  yang dibeli.
  • Jual sedikit demi sedikit pegangan saham dari semasa ke semasa. Contohnya anda beli saham yang berpotensi dalam portion yang besar dan membolehkan anda hold. Maka anda boleh TP pada tahap harga yang berbeza dan lebih tinggi berdasarkan peningkatan harga.
  • Pada masa yang sama, anda juga perlu pantau prestasi suku tahunan dan jual mengikut kekuatan saham.

Manakala jika hold untuk jangka panjang, lanjutkan tempoh pegangan saham jika prestasi syarikat berada atas jangkaan pasaran (outperformed).

  • Ia memerlukan anda memantau prestasi suku tahunan syarikat dan data-data secara konsisten.
  • Hanya jual sekiranya terdapat tanda-tanda awal kejatuhan pertumbuhan saham atau kemelesetan ekonomi. Atau jika pelabur telah mencapai sasaran keuntungan yang ditetapkan pada awalnya tadi.

Similar Posts