Artikel kali ini akan ajar korang cara lukis support resistance dan cara tentukan support resistance.

Pastikan  korang dah faham teori  yang kita belajar sebelum ini iaitu konsep Support dan Resistance dengan menggunakan konsep rumah.

Baling bola pecah syiling. Selepas pecah syiling, ia menjadi RBS (Resistance become Support) kemudian pergi ke syiling ke-2 dan seterusnya.

Konsep Support Dan Resistance

Admin akan tunjukkan cara buat kajian teknikal analisis dengan melukis chart menggunakan Support dan Resistance ataupun SNR.

SNR ini adalah paling basic dalam teknikal analisis. Walaupun anda guna teknik apa sekali pun, ia akan tetap berbalik pada SNR semula.

Hebat mana pun teknik yang anda guna, SNR ini tetap diperlukan untuk menentukan Support Resistance. SNR ni paling basic tapi ia akan jaga trading plan anda.

Cara Lukis Support Resistance

Dalam artikel ini akan tunjukkan cara lukis support  dan resistance menggunakan Trading View kerana ianya paling mudah digunakan dan user friendly.

Jadi anda fahamkan dulu tools yang akan digunakan.

Pertama sekali kita akan gunakan Horizontal Line atau Garisan Mendatar pada pilihan no 2 dari atas.

Kemudian tengok atau cari berapa kali low kena pada paras yang anda nak tandakan guna tool garisan mendatar tadi. Itu adalah Support.

Kemudian anda tengok dari kanan ke kiri berapa banyak candle yang kena pada garisan tersebut. Ni contoh garisan yang dibuat pada paras 0.68.

Kemudian anda kira berapa banyak candle yang pernah kena pada garisan tu. Berapa kali pun tak kesah. Paling minima 3 kali, kalau lebih banyak lebih baik.

Jadi dari garisan tadi, ada 5 kali yang kena bermaksud dia test pada harga 0.680. Jadi anda terus buat Support pada harga 0.680.

Kesimpulan

Untuk belajar lukis SNR ini perlu praktis berulang-ulang kali untuk mahirkan.

Dan biasa dalam Group Premium, Admin selalu pesan pada student Mahersaham untuk buat SNR ni 50 kali sekurang-kurangnya.

Maksudnya buat SNR untuk 1 chart, dikira 1 kali. Kemudian tengok pergerakan harga saham tersebut, naik ke turun ke dah capai TP1 ke TP2 ke.

Kemudian praktis lagi untuk chart yang lain yang seterusnya pula sehingga 50 kali ulang buat perkara yang sama.

Bila dah biasa buat SNR ni, maka anda akan mampu profit kerana anda mampu kawal emosi dan tahu jaga Trading Plan anda.

Semoga Bermanfaat!


Sertai Group Telegram PERCUMA kami.

(https://t.me/mahersaham)

Kongsi Artikel Ini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham

Follow Kami