Cara Letak Nama Waris Untuk Simpanan KWSP
APA JADI PADA HARTA PENINGGALAN DAN WARISNYA?
Sesetengah masyarakat dalam kalangan kita masih ramai lagi tidak tahu berkaitan urusan menguruskan harta peninggalan ahli keluarga yang meninggal dunia.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa selepas ahli keluarga meninggal, harta si mati akan terus diberikan kepada waris terdekat seperti suami, isteri atau anak-anak.
Namun bukan semudah itu kerana pengurusan harta peninggalan si mati adalah tanggungjawab PENAMA atau PENTADBIR sebagai pemegang amanah.
Untuk pengetahuan, Penama atau Pentatdbir penting dalam menguruskan harta kerana mereka diberi kebenaran untuk menuntut harta peninggalan si mati. Contohnya seperti KWSP, simpanan Tabung Haji atau pampasan Takaful.
Hal ini bagi memendekkan proses pengeluaran harta peninggalan si mati tanpa perlu lagi menunggu Sijil Faraid.
Perkara ini penting diambil tahu bagi mengelakkan konflik perselihan antara keluarga sendiri. Sebagai contoh, baru-baru ini kes yang melibatkan keluarga arwah Abam dengan ahli keluarganya Ali Puteh iaitu adik arwah, isteri arwah sehingga melibatkan salah faham orang ketiga iaitu usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri.
Sebaiknya hal sebegini diselesaikan dengan cara yang baik tanpa boleh mencetuskan pergaduhan.
CARA MENGURUSKAN WANG KWSP
Artikel kali ini mahu kongsikan cara letak nama waris untuk simpanan KWSP supaya harta kita terjaga dan diagihkan dengan selamat kepada waris dan yang memerlukan.
Sebagai makluman, KWSP tidak boleh dihibahkan selagi mana wang tersebut tidak dikeluarkan oleh ahli selepas mencapai umur 55 tahun seperti yang tertera pada Akta KWSP berkaitan sekatan pegeluaran wang KWSP.
Namun setelah wang dikeluarkan tiada lagi halangan untuk menghibahkan wang KWSP tersebut.
Selagi mana wang tidak dikeluarkan maka wajib difaraidkan. Oleh itu, ambil tahu cara letak nama waris untuk simpanan KWSP dan buat penama sementara kita masih sihat.
Ingat PENAMA TIDAK BOLEH DIWAKILKAN! Mestilah AHLI SENDIRI yang membuat penamaan ini.
CARA LETAK NAMA WARIS UNTUK SIMPANAN KWSP
LANGKAH 1:
Ahli mestilah cukup syarat iaitu WARGANEGARA MALAYSIA dan telah mencapai umur 18 TAHUN KEATAS.
Jika BUKAN WARGANEGARA, mestilah sudah menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 ATAU mendapat Taraf Peduduk Tetap (PR).
LANGKAH 2:
Lengkapkan borang KWSP 4. Boleh dapatkan secara Online di Borang Online KWSP 4 ini.
LANGKAH 3:
Penama boleh dibuat atas mana-mana individu yang dipercayai atau institusi Amanah Raya Berhad (ARB).
LANGKAH 4:
Hantarkan borang penamaan KWSP 4 tersebut kepada pegawai KWSP di cawangan yang berdekatan. Setelah diterima oleh pihak KWSP, maka penama atau nama waris akan terus berkuat kuasa.
LANGKAH 5:
Antara salinan dan dokumen sokongan yang perlu disediakan:
- Kad Pengenalan/Kad Pengenalan Tentera
- Salinan Passport (BAGI BUKAN WARGANEGARA)
- Kad Pengenalan bagi setiap waris atau penama yang didaftarkan
CARA SEMAK MAKLUMAT WARIS
Jika terlupa waris yang didaftarkan boleh semak di Portal KWSP melalui iAkaun KWSP bagi yang mempunyai akaun shariah. Boleh juga ke cawangan kwsp yang berdekatan.
APA JADI JIKA TIADA WARIS SETELAH MENINGGAL?
Waris si mati boleh mengisi borang Pengeluaran Kematian dengan pergi mana-mana pejabat KWSP. Boleh juga rujuk pada Borang Permohonan Online Pengeluaran Kematian ini.
KESIMPULAN
Nama waris untuk simpanan KWSP ini penting untuk diberi perhatian terutamanya kepada umat Islam kerana setiap harta yang ditinggalkan perlu dibuat faraid keatasnya.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !