Untung dengan Warrant : Cara Kira Premium

Artikel ini sesuai untuk dibaca oleh pembaca yang sudah pun mengetahui apa itu warrant. Jika masih tidak faham berkaitan warrant, boleh rujuk artikel Apa Itu Waran di sini.

Apa Itu Premium untuk Warrant?

Kupasan tajuk kali ini berkisar mengenai warrant yang telah matang iaitu INARI-WA dimana tarikh luput adalah pada 04 Jun 2018. Mengapa saya memilih INARI-WA sebagai contoh? Ini kerana rata-rata pelabur yang berdagang pada harga RM1.800 mendapat keuntungan sebanyak 26% pada 04 June 2018 jika harga saham INARI berharga RM2.38 pada sesi penutupan. Keuntungan yang diambil ini berdasarkan keuntungan pada harga muka(face Value).

Sebelum itu kita bercerita sedikit mengenai syarikat Inari Amerton Berhad. Syarikat ini berkait rapat dengan pembuatan Iphone. Syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembuatan Iphone ialah APPLE.INC (USA) sebagai klien dan FOXCON Technology Group (Taiwan) sebagai pembuat atau kontraktor.

Manakala Inari terlibat dalam pembuatan Chip kepada Broadcom Ltd dan hasil akhir daripada pembuatan cip ini akan dipasarkan kepada foxcon untuk dipasang kepada APPLE Iphone. Dalam masa yang sama, Inari juga terlibat juga dalam pembuatan mesin pengujian kepada OSRAM dimana kebergantungan mereka tidak semata kepada FOXCON semata-mata.

Kita berbalik semula kepada INARI-WA. Mengapa saya berkata INARI-WA membawa keuntungan kepada pelabur saat-saat akhir. Kita boleh melihat kaunter tersebut mempunyai Premium yang negatif dan juga penukaran kepada saham emak melibatkan ratio 1:1. Harga paling tinggi untuk kaunter tersebut adalah pada harga RM3.60 Seunit dan harga terakhir pada RM 1.80. Harga penukaran kepada Saham Emak(Mother Share) adalah sebanyak RM 0.088. Disini kita dapat melihat premium warrant tersebut adalah sebanyak -20.34%. jika dikira keuntungan dalam terms warrant dipanggil ‘In the money’ yang bermaksud anda memperoleh keuntungan dalam saham warrant jika ditukar kepada saham emak.

Pengiraan Keuntungan warrant

Jika anda membuat pelaburan pada harga RM 1.800 anda perlu tambah RM0.088 untuk penukaran kepada harga emak.

RM1.800 + RM0.088 = RM1.888 *adalah harga penukaran kepada harga emak.

Harga Saham INARI emak pada 04 Jun 2018 adalah RM 2.38

Keuntungan anda adalah RM2.380 – RM1.888 = RM0.492

Keuntungan ditukar kepada peratus adalah sebanyak RM0.492/RM1.888 *100= 26%

Saya mensasarkan harga sesaham INARI akan melonjak naik pada masa akan datang memandangkan faktor fundamental yang agak stabil dan juga permintaan untuk pembuatan chip di luar negara.

FAKTA INARI-WA /0166WA

Instrument Category: Securities of PLC
Instrument Type: Warrants
Mode of Satisfaction of Exercise/Conversion Price : Cash
Exercise/ Strike/ Conversion Price : MYR 0.0880
Exercise/ Conversion Ratio : 1
Settlement Type/ Convertible into : Cash and/or Physical (Shares)
Last Date & Time for Trading : 16/05/2018 05:00 PM
Date & Time of Suspension : 17/05/2018 09:00 AM
Last Date & Time for Transfer into Depositor’s CDS a/c : 25/05/2018 04:00 PM
Date & Time of Expiry : 04/06/2018 05:00 PMc
Date & Time of Delisting : 05/06/2018 09:00 AM

Rujukan
http://www.inariberhad.com/
http://www.theedgemarkets.com/article/warrants-update-inari-wa-cheaper-proxy-tap-upside

Bacaan lanjut

Dalam siri warrant kita sudah hasilkan beberapa artikel lain dalam usaha untuk menjelaskan kekeliruan ramai orang dalam pengiraan ataupun risiko yang terlibat dalam jual beli warrant.

Antara artikel yang tuan puan boleh baca :

    1. Apa Itu Warrant?
    2. Belajar Cara Convert Warrant
    3. Risiko-risiko Warrant
    4. 5 Perkara Berkaitan Warrant Wajib Tahu Sebelum Beli Warrant

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

.

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.