cara kira averaging price

Cara Kira Averaging Price

Apa Itu Averaging Price

Averaging Price adalah harga purata saham belian dimana ia digunakan dalam pengiraan apabila anda mahu menjual sesuatu saham.

Kebiasaannya jika beli saham sekali dan jual sekali dengan kuantiti yang sama tidak menjadi masalah. Namun ia menjadi persoalan sesetengah pelabur jika terdapat beberapa jumlah transaksi dan kuantiti unit saham yang berbeza.

Jadi dalam artikel ini akan tunjukkan cara pengiraan Averaging Price yang betul mengikut 3 situasi yang berbeza.

Contoh Cara Kira Averaging Price 1: Beli Sekali, Jual Sekali

Sebagai contoh, Ali beli Saham ABC pada harga RM0.51 sebanyak 10,000 unit saham.

Maka Averaging Price saham ABC adalah:

(10,000 x RM0.51) / 10,000 = RM 0.51

Jika Ali jual kesemua 10,000 unit saham pada harga RM0.515, maka keuntungan Ali ialah (0.515-0.51) X 10,000 = RM50

cara kira averaging price

Contoh Cara Kira Averaging Price 2: Beli 2 kali, Jual Sekali

Abu beli saham ABC harga RM0.51 sebanyak 10,000 unit saham.

Kemudian Abu beli sekali lagi 5,000 unit saham ABC pada harga RM0.33

Maka di Portfolio Abu Averaging Price saham ABC adalah:

(10,000 x RM0.51) + (5,000 x RM0.33) / 15,000 = RM 0.45

Jika Abu jual saham ABC pada harga RM0.50, maka Abu untung sebanyak (0.50-0.45) X 15,000 = RM750

cara kira averaging price

Contoh Cara Kira Averaging Price 3: Beli sekali, Jual 2 kali

Lim beli saham ABC pada harga RM0.45 sebanyak 10,000 unit saham.

Maka Averaging Price saham ABC adalah:

(10,000 x RM0.45) / 10,000 = RM 0.45

Kemudian Lim jual sebahagian saham 5,000 unit pada harga RM0.435. Jadi sekarang Lim rugi (0.435-0.45) X 5,000 = RM75

Sekarang tinggal baki 5,000 unit saham ABC di Portfolio Lim.

Selepas beberapa hari Lim jual kesemua saham ABC 5,000 unit tersebut dengan harga RM0.47

Jadi Lim untung sekarang (0.47-0.45) X 5,000 = RM100

cara kira averaging price

Kesimpulan

Pentingnya tahu Averaging Price ini untuk anda tahu berapa purata harga saham yang anda beli dan berapa perlu target TP supaya dapat mengelakkan kerugian.

Jika belum ada akaun CDS boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.

Nak belajar asas saham boleh mulakan dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Similar Posts