Log In Ke Akaun Mplus

Cara Jual Saham Di Mplus

Apabila sudah membeli saham, anda sudah pasti ingin melepaskan pegangan saham yang anda miliki selepas sampai masanya. Jadi didalam artikel kali ini saya akan tunjukkan cara jual saham di MPlus.

Cara jual saham di platform Mplus mungkin sama dengan platform lain diluar sana. Cuma mungkin akan ada sedikit perbezaan dari segi interface platform sahaja.

Anda akan menjual saham apabila tiba masa untuk take profit atau cut loss mengikut trading plan yang telah dibuat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang trading plan, anda boleh baca artikel “Trading Plan : 3 Perkara Wajib Tahu”

Untuk peringatan, artikel ini ditulis untuk tujuan pembelajaran sahaja. Tiada sebarang buycall. Sebarang keputusan membeli dan menjual saham adalah atas penilaian risiko oleh anda sendiri.

Cara Jual Saham

  1. Buka Platform Mplus Online sama ada di telefon atau website
  2. Pilih saham yang telah dibeli

3. Klik butang sell (berwarna merah)

4. Masukkan kuantiti saham

5. Masukkan harga yang anda ingin jual (bergantung kepada kajian anda untuk TP atau CL)

6. Pilih Validity sama ada day atau GTD. Jika anda memilih GTD, set tarikh semaksima mungkin. (order ini akan kekal sehingga tarikh yang ditetapkan selagi tidak dapat jual saham pada harga tersebut)

7. Pilih Send Now (untuk paparan website) atau Order Preview (untuk paparan mobile)

8. Masukkan trading pin dan pilih Confirm

Jualan saham akan berlaku apabila ada pembeli yang membeli saham tersebut pada harga yang anda jual.

Tips & nasihat ringkas daripada saya :

  • Perlu sentiasa monitor saham kerana kita tak pasti sama ada harga akan naik atau turun
  • Review performance sama ada untung atau rugi melalui “Portfolio” di trading platform
  • Jika saham jatuh melebihi paras CutLoss, tunggu sehingga jam 4.00 atau 4.30 petang dan keatas untuk menjual kepada ready buyer.
  • Dikhuatiri jika anda tunggu lebih lama, harga akan jatuh lebih teruk esok atau lusa.

Nak beli atau jual saham perlukan juga pengetahuan tentang analisa teknikal dan fundamental. Untuk pembacaan lanjut anda baca artikel-artikel yang ada disini.

Anda juga boleh dapatkan ilmu ini di dalam Kelas Platform dan Tradingview yang saya berikan PERCUMA kepada semua client CDS saya.

Dapatkan link Kelas Platform dan Tradingview di Mahersaham Support Bot


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan semua kelebihan sebagai client saya secara PERCUMA.

Anda juga boleh ikuti Youtube MahersahamChannel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Similar Posts