|

Cara Jual Saham Bursa Malaysia (Aplikasi Mplus Global)

1. Paparan Hadapan

Selepas login akaun Mplus Global, tekan ‘trade‘ dibawah sekali yang merupakan salah satu daripada enam tab yang ada di paparan ini.

2. Trade

Selepas masuk ke paparan Trade, langkah seterusnya ialah tekan ‘Trade‘ seperti yang ditanda kotak merah dalam gambar diatas.

3. Mencari Kaunter

Untuk mencari kaunter, tekan bahagian search yang menunjukkan ‘Name/Symbol’. Perlu diingat, kita hanya boleh menjual kaunter yang kita sedang miliki sahaja.

Cari kaunter atau syarikat milik anda yang ingin dijual. Sebagai contoh untuk tujuan pembelajaran, dalam gambar kita cari kaunter KGB.

Tekan nama kaunter tersebut.

4. Cara Jual Saham

Cara untuk menjual lebih kurang sama dengan cara untuk membeli saham. Namun ada beberapa perbezaan. Perkara pertama yang perlu dibuat adalah tukar ‘Side’ daripada ‘Buy’ ke ‘Sell’.

Jika anda ingin memilih harga jualan berdasarkan market depth (kotak atas), anda boleh terus tekan ke harga tersebut, maka bahagian ‘price’ (kotak bawah) akan bertukar mengikut harga yang anda tekan.

Kita hanya dibenarkan menjual bilangan saham yang kita miliki sahaja

Sebagai contoh, jika anda hanya mempunyai pegangan saham sebanyak 10 lot (bersamaan 1000 unit), tapi dibahagian ‘quantity’ anda letak 1000 lot (bersamaan 100,000 unit), maka akan keluar popup memberitahu kita kekurangan saham untuk dijual (seperti gambar dibawah).

Betulkan kembali bilangan saham yang ingin dijual mengikut bilangan saham yang kita miliki.

Terdapat pilihan untuk mengubah ‘order validity’. Fungsi validity ini adalah sekiranya anda ingin membuat order tersebut masih valid sehingga ke tarikh yang anda tetapkan.

Sebagai contoh, jika anda letak sehingga sebulan, maka order anda akan valid sehingga sebulan sebelum expired dan hanya sekiranya order anda tidak berjaya ‘filled’ dalam tempoh masa tersebut.

Selepas yakin dengan harga yang ingin dijual, jenis order, bilangan lot dan validity, seterusnya boleh tekan ‘Sell’ yang berada dalam kotak merah untuk teruskan penjualan.

Selepas anda tekan butang sell, maka akan muncul pop-up menunjukkan ‘Order has been submitted‘.

Tunggu sehingga status bertukar kepada ‘filled‘ barulah confimed bahawa kita sudah berjaya menjual pegangan terhadap saham tersebut.

Belajar Saham Melalui 5 Fasa

Kami telah menulis beberapa siri artikel yang bertujuan memberikan ilmu saham secara penuh kepada pembaca. Pembelajaran dibahagikan kepada Lima Fasa Utama :

  1. Memahami Asas Saham, CDS Untuk Jual Beli Saham dan Platform Mplus
  2. Belajar Analisis Teknikal
  3. Belajar Analisis Fundamental
  4. Belajar Saham IPO
  5. Kajian Kes atau Case Studies

Disarankan untuk anda membaca artikel-artikel tersebut mengikut turutan. Jangan lupa bookmark page tersebut!

Anda masih belum ada akaun cds? Buka akaun cds di akauncds.com

Similar Posts