Apa Itu M+ Wiz Lite?

Dalam saham terdapat banyak cara dan teknik untuk buat kajian saham.

Contohnya ada orang buat kajian guna indicator Support Resistance, Moving Average, Stochastic RSI dan banyak lagi. Biasanya Mahersaham akan ajar guna Trading View.

Dan salah satu kelebihan yang disediakan dalam platform Mplus adalah M+ Wiz Lite.

M+ Wiz Lite membantu pelabur membuat kajian berdasarkan pilihan indicator pelabur itu sendiri mengikut tahap risiko masing-masing.

Anda berpeluang untuk trade daripada senarai alert kaunter-kaunter yang telah ditetapkan indicator/rules nya dalam M+ Wiz Lite anda.

Untuk pengetahuan, setiap senarai alert kaunter yang keluar ini adalah secara live market.

Jadi Wiz Lite ini boleh dijadikan sebagai salah satu real-time screener anda juga.

 

Cara run M+ Wiz Lite

Login ke platform mplus anda. Kemudian right klik sahaja pada mana-mana saham.

 

Klik pada M+ Wiz Lite, kemudian akan keluar popup window.

 

Klik pada ‘maximize’ button untuk paparan penuh M+ Wiz Lite.

 

Secara Default, anda akan nampak ‘comment chart’ dan ‘support resistance’ pada paparan. Anda boleh tutup atau on kan features ini bergantung pada keselesaan anda.

 

 

Favourite List

Klik pada ‘Alerts’ tab untuk lihat Tading Alert

 

Pada pilihan KLSE menunjukkan kesemua senarai kaunter saham dalam pasaran KLSE Bursa Malaysia.

 

Klik pada dropdown KLSE untuk lihat kesemua favourite list. Dalam M+ Wiz Lite, favourite list yang pertama adalah available untuk digunakan.

 

 

Cara Masukkan Kaunter dalam Favourite List

Klik pada ‘Add to Watchlist’ untuk masukkan saham-saham pilihan anda ke dalam Favourite List.

 

Klik pada favourite list yang pertama untuk tambahkan saham pilihan anda ke ‘watchlist’.

 

Selepas masukkan pilihan saham ke dalam favourite list, pastikan anda pilih nama favourite list yang betul yang telah dimasukan tadi pada bahagian trading Alert seperti contoh dibawah.

Kemudian jika saham yang dimasukkan tadi tiada sebarang signal buy pada hari trading, ia akan menunjukkan tanda dash ‘-‘ pada ruangan ‘Time’ dan ‘Rule’.

 

Sebaliknya jika saham tersebut menunjukkan Signal/Alert, ia akan terpapar pada bahagian ‘Time’ dan ‘Rule’ seperti pada contoh berikut.

Sebagai info tambahan, alert yang berwarna HIJAU menunjukkan BULLISH SIGNAL. Manakala alert berwarna MERAH menunjukkan BEARISH SIGNAL.

 

 

Cara Edit Favourite List

Untuk mengubah atau edit favourite list anda, klik pada simbol watchlist button seperti pada rajah.

 

Pada pop up yang keluar, anda boleh lakukan seperti berikut:

1. Namakan semula favourite list.
2. Cari kaunter dan tambah saham dalam favourite list.
3. Tick dan buang mana-mana senarai kaunter daripada favourite list.

 

 

Rules & Indicator

Untuk filter senarai kaunter yang keluar pada trading alert, klik pada button ‘Option’ seperti pada rajah dibawah.

 

Kemudian anda boleh memilih untuk filter harga kaunter saham seperti pada paparan berikut.

Sebagai contoh, target anda hanyalah mahu monitor kaunter yang sekitar harga RM0.50 hingga RM1 katakan.

Jadi masukkan range harga yang anda mahukan pada ruangan harga minimum dan maksimum. Kemudian klik ‘Apply’.

1. Min. Price – Harga minima saham yang akan keluar pada trading alert jika terdapat signal/alert
2. Max. Price – Harga maksimum saham yang akan keluar pada trading alert jika terdapat signal/alert

 

Skrol ke bawah untuk filter bahagian Rules. Semua available Rules ada disenaraikan seperti dalam gambar.

Anda hanya perlu tick atau untick mana-mana rules atau indicator yang anda mahukan.

Default sistem bagi indicator untuk timeframe daily (harian) adalah seprti berikut:

1. Resistance – Breakout dengan Volume besar
2. Support – Pecah Support dengan Volume yang Besar
3. Bullish MACD Crossover
4. Bullish MACD Centerline Crossover
5. Bearish MACD Crossover
6. Bearish MACD Centerline Crossover

 

Bagi M+ Wiz 30 minit pula adalah seperti berikut, tetapi tidak terhad kepada:

1. [Non-Trend] Bottom_Fishing
2. [Non-Trend] Into_Uptrend
3. [Trend] Buyers_Intact
4. [Trend] Pullback_Rebound
5. [Trend] Support_Rebound

 

Anda juga boleh memilih untuk paparan 30 minit, Daily atau kedua-duanya sekali dengan tick/untick pada timeframe yang disediakan.

 

 

Kesimpulan Cara Guna M+ Wiz Lite

 

Anda boleh memilih mana-mana cara untuk guna M+ Wiz ini sama ada pilihan 1 atau 2.

Pilihan 1: Gabungkan Favourite List + Rules Alert

Langkah 1: Masukkan saham pilihan anda ke dalam favourite list – Watchlist

Langkah 2: Klik pada signal/Bullish Alert yang terpapar pada trading Alert sama ada bersetuju untuk beli kaunter tersebut atau sebaliknya.

 

Pilihan 2: Gabungan Filter Harga + Rules Alert ([Trend] Buyers_Intact)

Langkah 1: Klik pada ‘Option’

Langkah 2: Pilih range harga saham yang mahu anda monitor dan klik ‘Apply’

Langkah 3: Tick pada timeframe 30-min, Rules Alert ([Trend] Buyers_Intact) Sahaja dan Untick pada daily

Langkah 4: Kemudian klik pada signal/Bullish Alert yang terpapar pada trading Alert sama ada bersetuju untuk beli kaunter tersebut atau sebaliknya.

Perlu ingat! Features M+ Wiz Lite ini hanya untuk pengguna Mplus sahaja. Maksudnya hanya boleh di akses kepada pelanggan yang buka CDS dengan Broker Mplus sahaja.

Jika anda buka CDS dengan Broker lain, Maaf. Tidak ada M+ Wiz Lite ini di platform trading anda.

Masih belum ada akaun CDS? Buka CDS sekarang dengan Mahersaham secara Percuma Sahaja!

 

Kongsi Artikel Ini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham

Follow Kami

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Video Saham Percuma

Video Saham Percuma

Daftar NEWSLETTER kami sekarang dan anda akan menerima :

- link video-video asas saham

- tips-tips saham percuma

You have Successfully Subscribed!

Screener Saham "Real Time" Berpotensi Tinggi

Screener Saham "Real Time" Berpotensi Tinggi

Kunci kepada kejayaan pelaburan saham anda. Berminat untuk ketahui potensi sebenar Screener ini?

Tinggalkan maklumat anda di sini

You have Successfully Subscribed!

Tonton Video-video Saham Eksklusif!

Tonton Video-video Saham Eksklusif!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Share This