Cara Guna Volume Price Analysis Dalam Kajian Saham

A Complete Guide to Volume Price Analysis merupakan buku yang dicadangkan oleh Tuan Maher (Pengasas Mahersaham dan Remisier Mplus) untuk dibaca agar mendalami ilmu volume price analysis.

A Complete Guide to Volume Price Analysis by ANNA COULLING

Bagi Tuan Maher buku ini telah banyak mengubah persepsi beliau tentang volume dalam saham. Mengulas lanjut mengenai buku ini, beliau kata akan sentiasa menggunakan volume dalam setiap analisis yang dilakukan.

Setiap kali Tuan Maher buka mana-mana chart saham beliau tidak akan lupa untuk melihat bahgian volume.

Dalam buku ini juga ada menceritakan bagaimana Charles Dow (pencipta Dow theory), Jesse Livermore (American stock trader) , and Richard Ney (investment counselor) menggunakan volume price analysis.

Ketiga-tiga mereka ini menggunakan volume dan price untuk menjangkakan ke mana market akan pergi. Melalui cara itu mereka telah membina kekayaan yang sangat banyak.

Pada waktu itu mereka menggunakan ticker tape untuk melihat price volume analysis. Namun pada masa sekarang kita menggunakan trading screen.

Jika diasingkan antara volume dan price kemudian hanya melihat dalam masa sehari maka ia tidak memberi apa-apa makna dan tidak ada pattern yang terhasil.

Tetapi sekiranya digabungkan antara volume dan price serta dilihat dalam masa beberapa hari atau minggu maka akan terbentuk pattern.

Yang mana pattern ini kita boleh guna untuk menjangka ke mana market akan pergi.

Adakah market naik atau jatuh.

3 Elemen Utama Pasaran Saham

Dalam apa-apa bentuk pelaburan akan ada elemen penting. Dalam pasaran saham elemen penting tersebut adalah:

  • 1.Price
  • 2.Volume
  • 3.Pace/ momentum ( Boleh di lihat dengan menggunakan indicator-indicator.)

Golongan Dalam Dunia Pelaburan

Ada dua golongan yang masuk dalam dunia pelaburan. Yang pertama golongan minoriti dan yang kedua adalah golongan majoriti.

Golongan Minoriti

  1. Large fund
  2. Institutional fund
  3. Smart money
  4. Jerung
  5. Sindiket
  6. Operator market maker

Golongan Majoriti

  • Golongan retailers yang terperangkap
  • Mereka yang masih kabur dengan analisis-analisis mereka
  • Golongan yang masih terdedah dengan emosi ‘fear & greed’

Tapi tahukah anda, golongan yang berjaya meraih untung secara konsisten adalah golongan minoriti.

Tak lain dan tak bukan kerana golongan minoriti ini melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh golongan majoriti.

Tentu anda tertanya-tanyakan, apa sebenarnya yang dilakukan oleh golongan minoriti ini sehingga berjaya meraih untung secara konsisten.

Itulah salah satu sebab kenapa kita nak belajar mengenai volume price analysis.

Kita nak tahu apa yang dilakukan oleh golongan minoriti ini.

3 Basics Laws of Wyckoff

Di dalam buku Price Volume Analysis, kita akan didedahkan dengan 3 basics laws of Wyckoff (Supply & Demand, Cause & Effect, Effort vs Result) sebagai asas pemahaman berkaitan volume price analysis.

Siapa Wyckoff ni? Richard Wyckoff merupakan seorang yang dikenali sebagai Supertrader and Educator awal tahun 1900 dan dia juga menekankan tentang wujudnya satu market structure.

1.Supply & Demand

Yang menggerakkan harga pasaran adalah supply (pembekal) dan demand (permintaan).

Apabila supply kurang maka demand akan tinggi. Oleh itu harga saham akan menaik kerana ramai nak membeli.

Perasan tak kalau supply kurang, ia akan jadi rare dan orang ramai nak berebut dan sanggup bayar mahal untuk dapatkan benda yang rare.

Bila supply tinggi dan demand kurang, maka harga saham tersebut akan jatuh sebab ramai tak nak beli.

Dan orang yang membeli dengan niat untuk membuat keuntungan akan mula rasa give up kemudian orang tersebut akan jual dengan harga yang lebih rendah. Kerana pada awalnya dia menganggap harga saham akan naik.

Tetapi apabila dia sudah beli saham tersebut dan tiada orang lain lagi nak beli maka dia akan terdesak (desperate) untuk menjual sebab mereka dah laburkan sejumlah modal dalam pembelian tersebut.

Disebabkan itu, mereka sanggup menjual dengan harga yang lebih rendah lagi. Dan semua orang pun decide untuk jual pada harga rendah agar dapat jual. Maka itulah yang menyebabkan harga saham jatuh.

2.Cause & Effect

Dalam pasaran saham, cause (penyebab) dan effect (kesan) beritahu kita, untuk menghasilkan kesan yang besar maka kita mesti ada reason (sebab) yang besar.

Jadi, untuk sesuatu harga itu menaik atau jatuh dengan banyak maka kita memerlukan volume yang banyak atau berkadaran dengan apa yang berlaku terhadap harga itu.

Kalau dilihat dari sudut teknikal, mustahil harga saham boleh naik tinggi kalau tak berlaku sesuatu yang besar sebelum itu.

Sesuatu yang besar itu boleh jadi pengumuman projek atau syarikat tersebut memang baik dari segi fundamental analisis.

Dalam volume price analysis apa yang dimaksudkan dengan cause adalah wujud sesuatu usaha berterusan yang telah berjalan dalam satu jangka masa yang lama.

Apabila perkara itu sudah settle maka harga saham pun akan naik mendadak.

Setelah harga saham naik mendadak maka orang ramai akan hairan kenapa ia boleh berlaku sebegitu.

Namun apa yang kita tidak perasan adalah perkara tersebut sudah start lama dimana Smart Money sudah collect saham tersebut untuk jangka masa yang lama (ada yang tunggu sehingga 6 bulan ke 2 tahun).

Jika dibandingkan dengan penantian mereka maka wajarlah kenaikan harga saham itu mereka dapat untung.

3.Effort vs Result

Untuk sesuatu itu menghasilkan perubahan harga yang ketara maka ia memerlukan usaha yang berterusan.

Bak kata pepatah Melayu ‘usaha tangga kejayaan’.

5 Konsep Volume Price Analysis

Fasa-fasa ini merupakan process berterusan yang dijalankan oleh sama ada Sindiket ataupun Smart Money.

  • 1. Accumulation (Pengumpulan)
  • 2. Distribution (Pengedaran)
  • 3. Testing
  • 4. Selling climax (Pembelian klimaks berlaku di pasaran tertinggi)
  • 5. Buying climax (Penjualan Klimaks berlaku pada tahap terendah)

Fasa Accumulation

Accumulation

Fasa accumulation adalah fasa sideway di mana pada ketika ini golongan Smart Money atau Sindiket tengah mengumpul saham-saham tersebut.

Dan mereka akan kumpul sebanyak yang boleh.

Apabila mereka dah kumpul sebanyak yang mungkin maka mereka inilah yang akan menentukan harga turun naik saham.

Apa yang mereka akan buat adalah mereka akan breakout dan release supply tersebut sedikit demi sedikit kepada market. (Rujuk gambar rajah di atas)

Sehingga satu tahap mereka rasa nak take profit, mereka rasa dah cukup untung dan campaign dah berakhir maka akan berlaku fasa yang seterusnya iaitu fasa distribution.

Fasa Distribution

Dalam fasa ini juga berlakunya sideway,market tak pasti lagi direction waktu ini.

Di mana pada fasa sideway ini buyer dengan seller sedang ‘berlawan’ antara satu sama lain.

Siapa yang menang akan menentukan direction market.

Kalau seller yang menang, seller yang akan distribute. Jadi apabila seller dah distribute dekat retailers ( pelabur runcit biasa seperti kita) dan retailers dah pegang semua saham dan tak ada lagi Large Fund, Sindiket atau Smart Money yang pegang saham tu(mereka dah tak kisah dengan saham tu), maka apa yang berlaku dengan harga saham tersebut?

Sudah semestinya harga saham tersebut jatuh. Sebab retailer tak mampu untuk tentukan turun naik harga saham.

Kerana retailer atau pelabur runcit biasa macam kita ni akan terdedah dengan emosi yang pertama.

Kedua, retailers akan beli saham dalam kuantiti yang sedikit kerana tiada sebab retailers nak beli dalam kuantiti yang banyak.

Normal vs Anomaly Dalam Volume & Price

Normal

  1. Single Candle
Candlestick and volume

Secara normalnya, apabila candlestick kecil maka volume akan kecil dan apabila candlestick besar maka volume akan besar.

2. Multiple Candle

Kenaikan atau penurunan harga saham sepatutnya di sokong oleh volume.

Sekiranya harga semakin naik maka volume juga semakin naik. Dan jika harga saham semakin turun maka volume juga sepatutnya semakin turun.

Anomaly

Dalam volume price analysis kita sebenarnya mencari benda yang tak normal atau yang kita panggil sebagai anomaly.

Di mana anomaly ini berlaku apabila candlestick kecil tetapi volume besar dan sebaliknya apabila candlestick besar tetapi volume kecil.

Dan anormaly ini wujud dalam fasa accumulation dan fasa distribution.

Anda boleh rujuk gambar rajah di bawah ini.

Jom rujuk langkah analysis ini.

1.Analyse each price candle: look for validation or anomaly using volume

Anomaly
Narrow spread anomaly

3.Analyse complete chart. Where is the price in terms of any longer term trend.

Setelah kita detect anomaly dalam single candle dan multiple candle, seterusnya kita perlu tengok gambaran chart untuk keseluruhan.

Sebagai contoh, sekarang ni telah banyak anomaly berlaku sama ada single candle atau multiple candle.

Kemudian kita kena tengok a bigger picture, sekarang saham berada di mana? Atas atau bawah?

Kebiasaannya kalau saham berada kat bawah maka tengah berlaku proses accumulation.

Jika saham berada kat atas maka tengah berlaku proses distribution.

Semoga bermanfaat!

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untukĀ buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untukĀ buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts