Tools TradingView-Bentuk Geometri & Alat Anotasi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang.
Korang dah baca artikel Cara Guna Tools TradingView- Alat Fibonacci?
kalau belum saya cadangkan korang baca artikel itu dahulu baru lah korang sambung baca artikel kali ini.
Kalau artikel sebelum ini fokus kepada alat fibonacci, kali ini saya nak fokus pula kepada bentuk geometri & alat anotasi.
Hah apa tu?
Bunyi pelik sedikitkan sebab kita biasa menggunakan bahasa Inggeris tapi hari ini kita akan guna bahasa Malaysia.
Macam biasa jom kita buka dahulu akaun tradingview.
Pastikan korang dah daftar tau.
Pertama korang layari my.tradingview.com dan klik chart.
Kemudian klik icon dalam kotak merah seperti di bawah.
Tools Tradingview- Bentuk Geometri (Geometric Shape)

Berus (Brush)
Baik, pertama kita akan kupas mengenai berus (brush), kegunaannya untuk korang tanda kawasan yang korang noted kan.
Contohnya korang nak tanda point low dan high.

Bulatan biru itulah hasil menggunakan berus.
Bentuk yang terhasil mengikut pergerakkan mouse korang.
Penyerlah (Highlighter)
Kedua mengenai penyerlah (highlighter) sama juga kegunaannya seperti berus cuma bentuk bulatan tu lebih cantik.

Bagi mereka yang details, betul-betul nak tanda point support dan resistance kat ekor bolehlah gunakan tool ini.
Laluan (Path)
Kita guna tool laluan (path) ini untuk kita lihat pergerakan sesuatu saham.

Segi Empat Tepat (Rectangle)
Tool segi empat tepat (rectangle) antara yang paling penting untuk kita ketahui.

Kita jadikan kawasan segi empat tepat ini sebagai zone support mahupun zone resistance.
Di mana kalau pergerakan saham lalu kawasan tersebut ia akan pantul semula ataupun ia akan pecah support/resistance.
Elips (Ellipse)
Elips (ellipse) kegunaannya lebih kurang seperti penyerlah (higlighter).

Cara guna mudah sahaja, korang pilih point dah kemudian tarik, lepas tu berbentuklah seperti dalam gambar di atas.
Macam mana, okay tak setakat ini?
Hari ni kita belajar lukis-lukis.
Baik seterusnya kita masuk pula kepada cara guna alat anotasi (annotation tools)
Tools Tradingview- Alat Anotasi (Annotation tools)
Kegunaannya adalah untuk label dan menulis pada carta anda.
Korang klik pada kotak merah seperti dalam gambar.

Teks
Alat untuk menulis.
Korang hanya perlu klik mana-mana kawasan dan tulis.

Korang boleh edit tau tulisan ni, nak tukar saiz dan warna pun boleh.
Nota
Korang boleh buat nota dalam carta.
Klik sahaja nota kemudian korang tulis nota mengikut idea korang dalam carta tersebut.
Apa yang menarik adalah korang tak akan dapat baca nota tu selagi mana korang tak klik pada icon nota tu.

Signpost
Nota korang nanti ibarat signboard di jalan raya

Petak Bual (Callout) & Balloon
Bagi mereka yang suka buat text tapi nak ada corak-corak seperti mesej boleh gunakan alat petak bual (callout) dan belon (balloon) .

Label Harga (Price Label)
Korang hanya klik pada kawasan yang korang nak tahu harga kemudian harga akan automatik keluar.

Anak Panah (Arrow)
Terdapat beberapa jenis anak panah (arrow) antaranya:
- 1.Arrow Maker
- 2.Arrow Mark Left
- 3.Arrow Mark Right
- 4.Arrow Mark Up
- 5.Arrow Mark Down
Kegunaannya sama juga untuk label pada carta anda.

Mungkin ada antara traders dia suka menggunakan anak panah berbanding label yang lain.
Kesimpulan
Banyak bentuk geometri dan alat anotasi yang di sediakan dalam tradingview.
Korang boleh pilih mana-mana yang sesuai untuk diletakkan dalam carta yang sedang di kaji.
Macam biasa, korang tak perlu guna semua, guna ikut keselesaan jiwa korang janji korang faham label yang korang letak.
Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untukĀ buka akaun CDS dengan Mahersaham.