Cara Guna Tools TradingView- Alat Fibonacci
Assalamualaikum semua, semoga sihat sentiasa dan ceria-ceria selalu.
Baik, kalau artikel sebelum ini menceritakan tentang cara daftar akaun trading view dan buat template sendiri, kali ini saya nak berkongsi pula cara nak guna tools dalam tradingview.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya terlalu banyak tools dalam tradingview ni.
Kalau nak cerita satu persatu confirm jari korang cramp nak scroll sebab terlalu panjang.
Jadinya kali ini saya nak fokus kepada alat fibonacci.
Kat mana tools ini?
Jom kita rujuk akaun tradingview, pastikan korang dah daftar tau.
Pertama korang layari my.tradingview.com dan klik chart.
Kemudian klik icon dalam kotak merah seperti di bawah.

Hari ini kita akan belajar 4perkara iaitu:
- Fibonacci retracement
- Trend-Based Fib Extension
- Fib Time Zone
- Fib Channel
Fibonacci Rertracement.
Apa kegunaan fibonacci retracement?
Kita nak cari support, kita nak cari level yang berpotensi bila saham tu jatuh, dia akan stop kat situ.
Korang buka mana-mana kaunter yang korang nak kaji.
Cari dan tentukan low dan high dalam chart korang.
Kemudian korang klik Fib Retracement.
Dalam fibonacci rertracement ada nilai 0 sehingga 1.
Pastikan nilai 1 berada di bawah bagi saham yang tengah menaik.
Jadinya kita klik daripada high kepada low.
Rujuk gambar rajah di bawah.

Korang boleh tengok saham ni dia menaik dan menurun dan seperti yang saya katakan di atas, kita nak estimate pada level berapa ia akan jatuh.
Kebiasaaannya saham-saham akan jatuh maksimum pada level 0.618.
Di mana 0.168 merupakan level fibonacci.
Sekiranya saham tersebut jatuh lebih daripada 0.618, kita boleh anggap bahawa saham tersebut menghampiri kepada permulaan low.
Jadi kita boleh abaikan.
Support boleh berlaku pada level 0.618, 0.5 dan 0.382.
Ia boleh memantul pada kawasan di situ.
Bagaimana pula bagi saham yang tengah downtrend?
Sama juga seperti tadi, kita tentukan high dan low dalam chart kita.
Cuma kali ini pastikan nilai 0 berada di bawah bagi saham yang tengah menaik.
Jadinya kita klik daripada low kepada high.
Rujuk gambar rajah di bawah.

Kita tahu bahawa pergerakan saham bukan straight sebaliknya ia akan berbentuk wave.
Walaupun telah jatuh ia akan buat pullback ke atas.
Bila ia telah buat pullback, kita nak tahu harga saham tersebut boleh naik sampai level mana.
Kita boleh perhatikan pada level 0.618, 0.5 dan 0.382 pantulan juga berlaku pada level tersebut.
Pada kes ini, awalnya harga saham telah naik pada level 0.618 dan kemudian jatuh semula.
Seterusnya ia naik pula sehingga menghampiri level 0.5 dan jatuh semula meneruskan kejatuhan.
Trend-Based Fib Extension
Kegunaannya untuk kita estimate harga saham boleh pergi sampai mana.
Kat mana kita nak letak target price (TP).
Pertama korang masih lagi kena tentukan low dan high.
kemudian klik pada ikon Trend-Based Fib Extension.
Kita akan tarik daripada low kepada high dan kemudian pada low satu lagi.
Kemudian korang akan lihat level yang kita boleh jadikan TP.
Jom kita rujuk contoh di bawah.

Berdasarkan gambar rajah di atas, antara level yang boleh dijadikan TP adalah level 0.618, level 1.0 dan level 1.618.
Fibonacci Time Zone
Biasanya kita akan rujuk paksi harga kalau menggunakan fibonacci.
Namun kali ini kita akan merujuk pada paksi masa pula.
Hahhhhhh itulah perbezaan sekiranmya kita menggunakan Fibonacci Time Zone.
Bagi yang tidak tahu, mungkin ini adalah satu ilmu baru bagi anda.
Di mana sebenarnya pergerakan harga saham mempunyai cycle.
Untuk dapatkan angka fibonacci, kita perlu untuk mencari low dan high.
Penggunaan fibonacci time zone adalah kita hendak predict next cycle berdasarkan low dan high sebelumnya.
Cuma hendak diingatkan bahawa ia tidak semestinya akan tepat kerana ia melibatkan faktor masa.

Andai kata jadi maka, ia jadi, kalau tak jadi maka ia tak jadi.
Jadinya kita kena try and error semasa buat analisa teknikal, ia tak semestinya terus jadi.
Setiap garisan yang menegak mewakili kawasan berpotensi di mana high, low atau reversal boleh berlaku.
Fibonacci Channel
Tools ini kita gunakan untuk estimate support and resistance level menggunakan nombor fibonacci.
Macam mana nak lukis?
Baik pertama kita akan lukis trendlines kat bawah (low) kemudian kita kana tarik ke atas untuk dapatkan upper trendlines.
Setelah siap kita akan ada dua channel lah lower channel sebagai support dan upper channel sebagai resistance.

Dengan mengunakan fibonacci channel, garisan yang terhasil berbentuk diagonal dan ianya selari dengan high dan low.
Setelah lukis fibonacci channel kita boleh predict support dan resistance untuk akan datang.
Berdasarkan kes study di atas, kita boleh predict support berada pada paras 0 dan resistance pada paras 1.
Pada paras 1.618 juga merupakan kawasan resistance.
Kesimpulan
Banyak tools yang melibatkan fibonacci dalam tradingview dan kita tidak perlu tahu semua.
Korang tahu menggunakan satu atau dua tools fibonacci pun dah cukup.
Apa yang penting adalah korang tahu konsep tools tersebut.
Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.