Cara Guna Oscillator On Balance Volume di Tradingview
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog Mahersaham.
Korang apa khabar? Semoga sihat-sihat sahaja di samping keluarga tercinta.
Korang dah baca artikel mengenai Cara Daftar Akaun Trading View Dan Buat Template?
Lepas baca tu terus buat akaun tradingview tau.
Barulah boleh praktikkan analisa teknikal yang Mahersaham ajar secara live di FB dan juga Youtube Mahersaham.
Bagi yang dah ada akaun tradingview,
boleh la buka akaun korang , jom kita belajar cara guna oscillator On Balance Volume dalam tradingview.

Apa Itu Oscillator On Balance Volume (OBV)
On balance Volume merupakan satu teknik analisa teknikal yang menggunakan pergerakkan volume untuk menjangkakan perubahan harga saham.
Teknik ini diperkenalkan oleh Joseph Granville pada tahun 1963.
Beliau juga menghasilkan buku yang bertajuk Granville’s New Key to Stock Market Profits.
Apa yang dikatakan oleh beliau adalah;
Volume memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan harga di pasaran saham.
Sekiranya volume besar maka harga saham juga berpotensi untuk jadi lebih besar.
OBV digunakan untuk mengesan pergerakan volume yang besar-besaran.
Kenapa kita nak kesan pergerakan volume yang besar?
Volume umpama spring yang di tekan, apa yang berlaku apabila dilepaskan?
Sudah pasti ia akan melantun dengan laju.
Beliau percaya bahawa apabila volume meningkat secara mendadak tanpa perubahan ketara pada harga saham, akhirnya harga saham akan melonjak ke atas atau jatuh ke bawah.
Kalau volume tersebut adalah volume buy dan kemudian kita lepas maka ia akan laju untuk melonjak ke atas.
Sebaliknya kalau volume tersebut adalah volume menjual dan kemudian kita lepas maka ia akan laju untuk menjunam ke bawah.
Kenapa kita menggunakan oscillator On balance Volume?
Ada dua tujuan utama.
- Untuk kenal pasti (confirm) trend. Sama ada uptrend atau downtrend.
- Kenal pasti reversal.

Gambar di atas adalah formula menunjukkan macam mana OBV ini berfungsi.
Jangan risau korang tak perlu hafal formula pun.
Oscillator On Balance Volume di Tradingview
Macam biasa, log in dalam tradingview.
Setelah log in, klik bahagian carta (chart).
Lepas tu akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.
- 1. Masukkan nama kaunter yang hendak di kaji.
- 2. Klik button indicator
- 3. Taip indicator yang hendak diguna (On Balance Volume buat kali ini)
- 4. Klik indicator tersebut
Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Macam mana nak baca?
Korang rujuk gambar kat bawah ni.

Gambar rajah berbentuk candlestick di atas merupakan pergerakan harga saham dan gambar rajah berbentuk garisan di bawah merupakan oscilator OBV.
Pandangan mata kasar kita boleh tahu bahawa harga saham tengah menaik atau tengah uptrend (fokus pada garis berwarna biru pada gambar rajah candlestick).
Jadi untuk pastikan perkara tersebut, kita lihat pada OBV.
Kalau OBV pun naik, maka itu petanja bahawa kaunter tersebut betul-betul tengah membuat kenaikan.
Simple.
Itulah cara untuk confirm kan trend.
Bagaimana pula nak kenal pasti reversal trend?
Bila OBV clash dengan uptrend, itulah petanda permulaan reversal trend.
Korang boleh lihat contoh di bawah.

Jika ikut case study di atas, garisan hitam adalah garisan yang tengah uptrend.
Kemudian OBV telah clash dengan garisan tersebut di kawasan yang dibulatkan.
Maka apa yang berlaku selepas itu?
Korang boleh lihat downtrend berlaku selepas itu.
Ia telah reverse dari uptrend kepada downtrend.
Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Kesimpulan
Melalui oscillator On Balance Volume kita boleh kenal pasti (confirm) trend. Sama ada uptrend atau downtrend dan juga kenal pasti reversal trend.
Saya akhiri artikel ini dengan video pembelajaran cara guna Oscillator On Balance Volume.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.