Cara Guna Oscillator ADX DMI di TradingView
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang.
Hari ini kita akan belajar Cara Guna Oscillator ADX DMI di TradingView.
Dah bersedia untuk tambah ilmu baru hari ini?
Tenangkan fikiran.
Jom mula.
Bismillah
Apa itu Oscilator?
Dalam bahasa Malaysia, oscillator bermaksud pengayun atau satu pergerakan turun naik.
Secara ringkasnya, oscillator ini merupakan satu pergerakan seperti wave yang ada turun dan naik untuk certain range.

Apa Itu ADX DMI?
ADX adalah singkatan untuk average directional index.
Manakala DMI pula singkatan untuk directional movement index.
Apa kegunaannya?
ADX DMI digunakan sebagai secondary indicator untuk kukuhkan kajian kita.
Apa kelebihannya?
Kita boleh tahu sama ada market tengah trending atau tengah ranging.
Trending ni bermaksud sama ada market tengah uptrend (harga saham tengah menaik) atau downtrend (harga saham tengah menurun).
Ranging pula bermaksud market tengah sideway (harga saham tidak naik dan tidak turun tetapi lebih kepada mendatar).
Faham setakat ni?
Baik, jom teruskan.
Oscillator ADX DMI di Tradingview
Korang sign in dalam akaun tradingview.
Kalau belum ada akaun tradingview korang boleh rujuk artikel Cara Daftar Akaun Trading View Dan Buat Template.
Lepas korang dah log in di tradingview, klik bahagian carta (chart).
Kemudian akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.
- 1. Masukkan nama kaunter yang hendak di kaji.
- 2. Klik button indicator
- 3. Taip indicator yang hendak diguna (DMI buat kali ini)
- 4. Klik indicator tersebut
Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Korang akan lihat ada 3 lines yang terlibat.
- ADX berwarna merah
- +DI berwarna biru
- -DI berwarna kuning
Macam mana nak tahu siganl bullish atau bearish?
Mudah sahaja.
Syarat akan jadi bullish apabila garisan +DI (biru) di atas garisan -DI (kuning) dan kedua ADX berada atas paras 20.
Paras 20 yang mana satu?
Korang rujuk gambar di bawah ni.

Bearish pula akan terjadi apabila garisan -DI (kuning) di atas garisan +DI (biru) dan kedua ADX berada atas paras 20.
Kena ingat, sama ada bullish atau bearish kedua-syarat syarat perlu dipatuhi.
Kesimpulan
ADX DMI digunakan sebagai secondary indicator untuk kukuhkan kajian kita
Perlukah kita belajar semua indicator/oscillator? Contohnya
- Penggunaan Indicator Average True Range Di Tradingview
- Indicator Zig Zag & Cara Guna Di Tradingview
- Cara Guna Indicator Pivot Point Di Tradingview
- Indicator VWAP & Cara Penggunaan Di Tradingview
- Cara Guna Indicator Donchian Channel Di Tradingview
- Cara Guna Indicator Ichimoku Cloud Di Tradingview
- Indicator Bollinger Band & Cara Guna di Tradingview
Tidak tuan-tuan dan puan-puan.
Apa yang penting adalah korang menuntut ilmu saham yang betul.
Lagi banyak korang study mengenai indicator/oscillator, lagi banyak ilmu yang korang ada.
Kami di Mahersaham menyediakan platform untuk korang belajar saham daripada zero kepada hero
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Semoga bermanfaat!
Saya akhiri artikel ini dengan video pembelajaran cara guna Oscillator ADX DMI.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.