Cara Guna Orderflow Analysis Dalam Saham
Apa itu Orderflow Analysis?
Ia merupakan analisis yang berkaitan dengan bid. Macam mana orang buy queue dan sell queue.
Untuk pengetahuan korang, buy queue dan sell queue dikenali sebagai market depth.
Bahasa mudahnya adalah analisis ini untuk membaca , menganalisis dan meramal pergerakan harga saham berdasarkan dinamika order buy atau order sell pelabur-pelabur.
Di mana perkara ini berlaku secara real-time.
Akan lebih kompleks sekiranya lebih banyak jenis order terlibat :
- Stop order
- Limit order
- Market order.
Dalam pasaran saham, setiap transaksi yang berlaku terdiri daripada buy dan sell.
Mesti ada orang yang beli dan ada orang yang jual supaya match dan berlakunya transaksi.
Kepentingan Orderflow Analysis
1. Analisis pertama sekali sebelum terbentuknya chart atau proses jual beli.
Seperti yang saya terangkan tadi di mana proses jual beli berlaku secara real-time.
2. Game orang lama.
Zaman dulu chart belum wujud lagi, jadi apa yang mereka lakukan adalah melihat kepada pergerakan harga saham.
Orang lama, mereka hanya melihat kepada transaksi dan mereka boleh tahu sama ada saham nak gerak ke atas atau ke bawah.
Lebih kepada tape reader.
3.Berkait dengan faktor psikologi dan juga permainan jerung
Bila sentuh perkataan permainan jerung, ia akan berkait dengan bagaimana kita nak tafsir daripada order ada orang tahan, ada orang tadah ataupun ada berlakunya fake queue.
Semuanya merupakan manipulasi atau permainan daripada jerung-jerung atau sindiket-sindiket bagi memastikan meraka dapat mengumpul saham sekiranya mereka hendak sesuatu saham itu pergi lebih jauh.
Ataupun permainan untuk mereka distribute sesuatu saham itu sekiranya mereka merasakan bahawa sampai di situ sahaja level mereka hendak dapatkan profit.
Komponen Dalam Orderflow
- – Market depth / DOM – Level 1 dan Level 2
- – Transactions / Time and Sales / Print
- – Volume distribution chart
- – VWAP
- – Tick Chart
Market depth / DOM – Level 1 dan Level 2
Ia merujuk kepada order buy atau order sell yang ada dalam platform.

Merujuk gambar di atas, ruangan sebelah kanan adalah sell queue dan sebelah kiri adalah buy queue.
Sekarang korang fokus pada warna-warna nombor.
Nombor yang berwarna putih adalah jumlah orang / pelabur yang sedang beratur untuk membeli.
Manakala nombor yang berwarna kuning adalah jumlah lot saham yang didagangkan.
Waran hijau/merah pula adalah harga bagi seunit saham yang didagangkan.
Faham ehh setakat ni.
Baik, sekarang ni korang fokus pula pada level market depth, kalau ikutkan gambar di atas, ada 3 level.
Korang fokus ruangan buy queue pada level pertama yang atas sekali.

Fokus tau, saya nak ajar cara baca dan fahami level tersebut.
Pada level 1 terdapat 108 orang/pelabur sedang beratur untuk membeli saham XYZ pada harga 0.115 sen dan total kesemua order buy mereka adalah sebanyak 115 560 lot.
Begitu juga bacaan untuk level 2 dan 3.
Bagaimana pulak dengan sell queue?

Pada level 1 terdapat 51 orang/pelabur sedang beratur untuk menjual saham XYZ pada harga 0.120 sen dan total kesemua order sell mereka adalah sebanyak 36 774 lot.
Pun sama cara bacaan untuk level 2 dan 3.
Oh ya, korang kena ingat tau, tak semestinya bila korang letak order dah confirm dapat beli atau jual.
Untuk satu transaksi itu berlaku di bursa Malaysia, kena ada willing buyer dan juga willing seller.
Contohnya sebelum ini korang ada beli saham XYZ, kemudian korang nak jual pada harga 0.150 sen, kalau tak ada orang nak beli pada harga tersebut maka saham tersebut tak dapat di jual.
Buy UP
Contohnya korang nak beli saham XYZ urgent sebanyak 100 lot.
Jadinya korang akan letak harga pembelian mengikut harga tawaran jualan si penjual atau willing seller (rujuk sell queue).
Ikut gambar rajah di atas korang terus ja letak harga sebanyak 0.120 sen, tak perlu queue pada buy queue.
Sebabnya korang urgent nak beli.
Sell Down
Korang bercadang untuk jual saham XYZ dengan segera kerana berdasarkan teknikal analisis yang korang kaji harga saham akan jatuh.
Untuk menggelakkan kerugian dan dalam trading plan korang harga saham tersebut sudah sampai tahap untuk korang cut loss.
Maka korang terpaksa jual walaupun harga tersebut lebih rendah. Ia lebih baik daripada harga jatuh lagi teruk menyebabkan emosi korang lagi terganggu.
Jadinya korang akan letak harga jualan mengikut harga tawaran pembelian si pembeli atau willing buyer (rujuk buy queue).
Ikut gambar rajah di atas korang terus ja letak harga sebanyak 0.115 sen, tak perlu queue pada sell queue.
Sebabnya korang urgent nak jual.
Soalan-soalan berkaitan Orderflow Analysis
1. Kenapa wujudnya Gap Up / Apa yang berlaku pada awal pagi ?
Contohlah kaunter ABC tutup hari semalam dengan harga saham sebanyak 60 sen.
Kemudian malam tu ada berita di mana syarikat ABC ini merupakan antara syarikat yang mempunyai keuntungan yang tinggi setiap tahun dan baru sahaja dapat projek baru bernilai juta-juta.
Wowwwww.
Sebelum market buka esok pagi, memang akan ada pelabur-pelabur key in order untuk queue beli saham tersebut.
Dengan berita baik yang berlaku malam tu, korang rasa ramai tak pelabur nak beli saham syarikat tersebut?
Mestilah ramaikan sebab syarikat ABC dapat projek berjuta-juta.
Jika ramai nak beli saham maka kemungkinan besar harga saham akan menaik.
Korang rasa berapakah nilai pelabur sanggup letak (buy queue) untuk beli saham tersebut?
Okay contoh macam ni, ada pelabur nak beli dengan harga 60 sen ataupun 65 sen. Ada pulak yang sanggup nak beli dengan harga 70 sen atau 75 sen.
Bayangkan sebanyak 40% pelabur yang sanggup beli dengan harga sebanyak 70 sen.
30% pelabur nak beli dengan harga 60 sen.
20% lagi nak beli dengan harga 65 sen.
Manakala 10% lagi nak beli dengan harga 75 sen.
Korang agak-agak pagi itu apabila market buka, saham Syarikat ABC didagangkan pada harga berapa??
Sudah tentulah harga akan ke arah mengikut majoriti.
Dan sesiapa yang order sebelum 9 pagi (sebelum market buka) harga order lebih tinggi daripada harga market maka pelabur tersebut confirm dapat beli pada harga market semasa.
Contoh situasi
Puan Taichy key in order sebelum market buka pada harga 75 sen dan sebaik sahaja market buka, saham tersebut didagangkan pada harga 65 sen.
Apa yang berlaku ??
Bermakna Puan Taichy dapat beli saham tersebut pada harga 65 sen berbanding harga yang di key in iaitu 75 sen.
2. Apa itu potong Queue ?
Contoh korang nak beli saham XYZ dengan segera tanpa beratur dan terus match. Waktu ni lah korang akan potong queue.
Macam mana tu?
Mudah ja caranya, korang hanya perlu letak harga yang tinggi berbanding harga semasa saham tersebut.
Contohnya harga saham XYZ bernilai 50 sen. Bila korang beli atas harga 50 sen seperti 51 sen atau 52 sen, confirm terus match.
Tak perlu beratur lagi.
3. Kenapa pulak ada warna purple ?

Warna purple menunjukkan bahwa pada waktu itu tak wujud buy up dengan sell down.
Tetapi adalah matching antara order-order yang telah di key in dalam sistem pada sebelum 9 pagi (sebelum market buka).
Perkara ini jugak akan berulang pada waktu 2.30 petang (sebelum market buka) selepas rehat pada 12.30 tengah hari dan pada 4.50 petang sebab market akan berehat sebentar sebelum finalize closing price pada jam 5 petang.
4. Penerangan tentang kurungan (+) dan juga tolak (-)

Sign tolak [-] bermakna ada pelabur yang tengah cancel queue atau pun ada transaksi yang tengah match .
Manakala sign tambah [+] bermakna ada pelabur yang tengah join queue.
Market Trade Monitor
Kalau nak tengok part ini korang kena buka platform menggunakan laptop atau PC.
Korang boleh buka guna web browser chrome ataupun internet explorer.
Tetapi korang kena ingat kalau buka platform Mplus (M+) menggunakan internet explorer lebih baik kena tak semua features dapat support pada google chrome.
Sekiranya korang buka platform Mplus (M+) menggunakan chrome:
- Layari www.mplusonline.com
- Log in
- Cari menu market
- Klik trade monitor

Sekiranya korang buka platform Mplus (M+) menggunakan internet explorer:
- Layari www.mplusonline.com
- Log in
- Pergi simbol spana
- Tekan switch
- Market trade monitor

Kalau korang nak tau, market trade monitor ini menunjukkan harga saham yang diniagakan secara real-time.
Setiap transaksi ditunjukkan.
Ini merupakakn salah satu tools yang digunakan oleh mereka yang mengamalkan orderflow analysis dan juga orang dahulu yang lebih di kenali sebagai tape reader.
Tape ni apa?
Segala transaksi yang keluar itu adalah tape. Dengan membaca transaksi mereka dapat mengagak ke mana market akan pergi.
Tak ramai yang mempunyai skill ini. Ia memerlukan satu latihan dan pengalaman yang berterusan.
Ini adalah skill yang paling berharga jika korang target untuk menjadi intraday.
Perkara Yang Perlu Tengok Pada Market Trade Monitor
- 1.Large Order
- 2.Frequency
- 3.Buy or sell
Transactions / Time and Sales / Print
Antara perkara yang kita perlu take note adalah:
- 1.Berapa banyak transaksi yang berlaku dalam satu-satu syarikat/kaunter.
- 2.Buy rate
- 3.Di mana nak tengok untuk setiap stock
Nak tengok stock mudah saja, korang buka platform, kemudian double klik sahaja pada kaunter yang korang nak kaji.
Kalau di screen korang tak keluar seperti gambar rajah di bawah, korang klik pada icon kedua. (saya ada letak anak panah dalam gambar di bawah).

Korang perhatikan gambar rajah di atas, pada bahagian remarks dalam kotak merah, perasan tak kat situ ada tulis continuous transaction.
Kalau sesuatu kaunter itu nak bullish, continuous buy transaction kena banyak.
Apa maknanya tu?
Pembelian berlaku serentak pada masa yang sama, boleh jadi orang atau organisasi yang sama. Mereka ini membeli secara pukal ataupun secara banyak.
Boleh jadi juga pembelian itu bukan orang atau organisasi yang sama tetapi pembelian itu berterusan.
Pembelian yang berterusan dan disokong dengan kenaikan harga walaupun sedikit, ia merupakan momentum yang memberi petunjuk bahawa saham tersebut boleh pergi lebih jauh.
Berdasarkan gambar rajah di atas, kita akan lihat beberapa column, antaranya:
- Number (No)
- Time
- Price
- Change
- Volume (Vol)
- Accumulated volume (Acc Vol)
- Value (Val)
- Accumulated Value (Acc Val)
- Indicator
Paling penting dalam orderflow analysis adalah value.

Korang perhatikan dalam kotak merah, value sangat tinggi jika dibandingkan dengan yang lain.
Sekali beli nilainya sebanyak RM 1 189 500.00 dengan lot sebanyak 30 500 lot.
Wowww sejuta ringgit tu.
Daripada situ wujudnya screener intraday jerung.
Kita mengesan kemasukan volume yang banyak melebihi RM 100 000.00.
Baik, harapnya korang faham sehingga kini.
Kalau tadi korang klik ikon kedua sekarang ini korang klik pula ikon keempat (kotak merah dalam gambar di bawah).
Lepas klik akan keluar screen seperti di bawah.
Screen di bawah boleh membantu kita dalam mengenal support dan resistance dalam pasaran.

Kita pergi satu persatu, saya akan zoom gambar di atas.
Pertama kita akan pergi part price.

Ini adalah harga yang diniagakan pada hari itu. Melalui gambar ini kita boleh lihat buy rate (B%) dan volume (Vol%).
Pada price berapakah volume paling banyak ‘berkumpul’?
Berdasarkan data, kita boleh katakan bahawa 57.51% diniagakan atau bertukar tangan pada harga 0.560 sen.
Volume paling banyak biasanya berlaku pada area support ataupun resistance.
Kemudian kita lihat pula pada buy rate, pada volume terbanyak (57.51%) buy rate adalah sebanyak 60%.
Buy rate ini adalah lebih baik jika nilainya atas 60%.
Apa signifikannya? Jika atas 60% bermakna ramai pelabur yang buy up pada harga tersebut, dalam contoh kali ini 0.560 sen.
Kalau kombinasi ini (volume terbanyak dan buy rate atas 60%) terjadi, kita akan katakan bahawa pada paras harga 0.560 sen wujudnya satu support yang kuat.
Jadi mereka yang ingin entry pada satu keadaan yang strategik maka boleh entry pada 0.560 sen.
Seterusnya kita akan pergi part volume.

Kalau nak tengok jerung, korang fokus pada kotak hijau.
Apa makna 1000+ tu?
Bermakna sekali pelabur tu masuk, maka dia masuk 1000+ lot.
Nak tahu berapa ramai yang masuk 1000+ lot?
Korang rujuk pada transaction (Trans).
Sebanyak 25 transaction yang masuk lebih daripada 1000 lot.
Dalam 25 transaction tu, ada yang menjual ada juga yang membeli.
Cara Nak Setup Column Buy Rate
Bila sentuh tentang buy rate, ada cara sebenarnya untuk kita tengok secara kasar untuk kesemua saham yang ada.
Caranya adalah kita letakkan buy rate column dalam view kita.
Cara Pertama:
- 1.Right click
- 2. Insert new column
- 3. Transaction info
- 4.Buy rate
Cara Kedua:
- 1.Tekan simbol gear
- 2. Window customise column
- 3. Transaction info
- 4. Buy rate.

Gambar di atas tiada buy rate (B%)
Gambar di bawah setelah tambah buy rate.
Sumber Rujukan Orderflow Analysis
korang buka ja mana-mana search engine dan taip orderflow analysis atau tape reader.
Akan keluar banyak sumber-sumber ilmu yang korang boleh peroleh secara mudah.
Di bawah ini salah satu sumber yang saya sediakn link, korang bolehlah klik link tersebut dan sambung belajar.
https://www.slideshare.net/jcastellon2/tape-reading-101
https://optimusfutures.com/tradeblog/archives/best-order-flow-indicators
Semoga bermanfaat!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Ebook setebal 100 muka surat yang bernilai RM299 Mahersaham berikan secara percuma!
Bagi yang serius mahu belajar download sekarang juga!