Cara Guna Moving Average Di Tradingview
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang.
Hari ini kita akan belajar Cara Guna Moving Average Di Tradingview.

Korang dah ada akaun tradingview?
Jika belum boleh baca artikel ni Cara Daftar Akaun Trading View Dan Buat Template.
Jangan risau, ianya percuma.
Apa Itu Moving Average?
Moving average atau MA adalah purata pergerakan hari yang lepas dan MA ini terdapat pelbagai jenis.
Bagaimana pula cara pengiraan moving average (MA) ni?
Mudah sahaja.
Bayangkan korang nak guna MA9.
Bermakna korang kena jumlahkan harga close saham 9 hari lepas (9 candlestick) kemudian bahagi dengan 9.
Simple bukan?
Kalau korang nak guna MA200 bagaimana pula pengiraannya?
Masih sama.
Jumlahkan harga close saham 200 hari lepas (200 candlestick) kemudian bahagi dengan 200.
Jangan risau, korang tak perlu pun mencari dan mengira setiap candlestick yang ada.
Pengiraan tersebut adalah info,
agar korang faham bagaimana konsep indicator Moving average ini.
Dalam tradingview nanti korang hanya perlu pilih indicator MA dan terus gunakan.
Indicator Moving Average di TradingView
Lepas korang dah log in di tradingview, klik bahagian carta (chart).
Lepas tu akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.
- 1. Masukkan nama kaunter yang hendak di kaji.
- 2. Klik button indicator
- 3. Taip indicator yang hendak diguna (moving average buat kali ini)
- 4. Klik indicator tersebut
Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Garisan biru itulah indicator moving average.
Terpulang kepada korang nak gunakan MA berapa.
Kalau korang first time guna MA,
default setting adalah MA9.
Apa kegunaan indicator moving average ni?
Ada dua kegunaan indicator ini:
- Menentukan support dan resistance
- Melihat trend
Apabila line tersebut berada di bawah candlestick, kebiasaannya trader akan katakan ia sebagai support untuk candlestick tersebut.
Sebaliknya jika line tersebut berada di atas candlestick, kebiasaannya trader akan katakan ia sebagai resistance untuk candlestick tersebut.
Kebiasaan juga, trader akan menggunakan lebih daripada satu MA.
Contohnya MA10 dan MA 200.
Terpulang kepada anda.
Apa yang penting adalah anda faham analisa anda.
Alang-alang sebut MA200 ni, korang boleh baca artikel Teknik MA 200 Untuk Trading.
Kesimpulan
Korang boleh rujuk gambar di bawah ini untuk ringkasan bagi artikel kali ini.

Jom tengok video macam mana cara guna Moving Average ini.
Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.