MACD atau nama penuhnya Moving Average Convergence Divergence telah dihasilkan oleh Gerald Appel.
Ia merupakan gabungan oscillator dan dual moving average crossover.
Secara ringkasnya, oscillator ini merupakan satu pergerakan seperti wave yang ada turun dan naik untuk certain range.
Wave
Kredit gambar: Google
Moving average atau MA adalah purata pergerakan hari yang lepas dan MA ini terdapat pelbagai jenis.
Komponen Penting Dalam MACD
Moving average yang digunakan dalam MACD Indicator adalah exponential MA 12 dan exponential MA 26.
1.Fast line
Perbezaan antara MA 12 dan MA 26 juga dikenali sebagai MACD line.
2.Slow line
Exponential MA 9 juga dikenali sebagai signal line.
Untuk memudahkan korang semua mudah faham, kita akan rujuk satu gambar di bawah ini.
tradingview HEVEA
Hahh gambar ni ambil kat mana? Ehh relax, gambar ni anda boleh view dekat trading view.
Pertama anda layari https://my.tradingview.com/gopro/?share_your_love=MahersahamOfficial
Kemudian masukkan ID dan password anda, setelah itu klik chart dan tukar indicator (fx) kepada MACD, contoh kaunter yang kita guna dalam artikel kali ini adalah HEVEA.
Seperti yang korang lihat dalam gambar tradingview HEVEA, ada beberapa perkara korang kena hafal, antaranya:
-Garisan berwarna oren = Signal line
-Garisan berwarna biru = MACD line
-Bar hijau = value bar histogram
Apabila anda telah tukar indicator (fx) kepada MACD, default setting untuk untuk indicator ini adalah 12,26 dan 9.
Jika anda ubah signal tersebut pada skala yang lebih kecil, ia akan membawa kepada signal yang lebih cepat.
Walau bagaimanapun, skala yang kecil akan menyebabkan banyak ‘false signal’ berlaku.
Bila kita mengkaji menggunakan indicator, sebenarnya kita nak tahu signal buy dan signal sell ataupun indicator tersebut ada tunjukkan sebarang strong price action ataupun weak price action.
Signal Buy
1.MACD Line cross atas Signal Line
Bermakna apabila garisan berwarna biru cross atas garisan berwarna oren.
2.MACD Line dan Signal Line Cross 0
Bermaksud apabila kedua-dua garisan biru dan oren cross pada 0 (garis di antara bar histogram hijau dan merah).
Senang cerita signal buy untuk MACD indicator ada dua jenis.
Kepada sesiapa yang memang menggunakan indicator ini,
anda kena take noted pada dua jenis signal buy ini.
**ILMU BONUS**
Apabila MACD line cross atas signal line dan pada waktu itu berlaku di bawah paras 0 (garis di antara bar histogram hijau dan merah).
Perkara tersebut dinamakan sebagai MACDGolden Crossover.
MACDGolden Crossover dikatakan sebagai antara satu entry point yang sangat strategik.
Signal SELL
1. Signal Line cross atas MACD Line
2. Line cross bawah 0
3. Histogram merah atau hijau berkurang (WEAKNESS)
Korang juga boleh baca artikel tentang teknik MA 200 untuk trading agar lebih mendalami ilmu teknikal analisis .
Anda boleh nonton video yang kami telah sediakan untuk ketahui cara mengunakan MACD indicator.
Semoga bermanfaat!
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !
Assalamualaikum semua, semoga sihat sentiasa dan ceria-ceria selalu. Baik, kalau artikel sebelum ini menceritakan tentang cara daftar akaun trading view dan buat template sendiri, kali ini saya nak berkongsi pula…
Dalam trading atau pelaburan, salah satu teknik atau strategi yang perlu dikuasai adalah bagaimana hendak membahagikan modal pelaburan anda dengan efektif. Walaupun dibekalkan dengan strategi atau teknik yang padu, jika…
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang. Korang dah baca artikel Cara Guna Tools TradingView- Alat Fibonacci? kalau belum saya cadangkan korang baca artikel…
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog Mahersaham. Korang apa khabar? Semoga sihat-sihat sahaja di samping keluarga tercinta. Kalau sebelum ini saya bercerita mengenai Konsep Supply…
Sejarah dan Asal Usul Fibonacci atau di kenali sebagai Leonardo Bonacci merupakan warga Itali yang dilahirkan pada tahun 1170. Dia merupakan salah seorang yang paling berbakat dalam bidang matematik pada…
Apa Itu Analisis Teknikal Analisis teknikal merupakan salah satu method kajian dalam dunia kewangan untuk menjangkakan pergerakan harga saham. Sama ada harga saham naik ataupun turun. Di Mahersaham, terdapat 4…