Cara Guna MACD di Tradingview
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang.
Apa itu MACD?
MACD merupakan indicator bagi menentukan momentum harga dan short-term trend.

Maksudnya ia adalah untuk short term.
Short term ni biasanya dalam masa 1 hingga 14 hari.
Ia juga merupakan gabungan oscillator dan dual moving average crossover.
Secara ringkasnya, oscillator ini merupakan satu pergerakan seperti wave yang ada turun dan naik untuk certain range.
Korang dah baca artikel MACD Indicator- Cara Guna Dalam Kajian Saham ?
kalau belum saya cadangkan korang baca artikel itu dahulu, baru lah korang sambung baca artikel kali ini.
Kalau artikel sebelum ini fokus kepada menerangkan sejarah disebalik MACD dan komponen penting di dalam MACD.
Kali ini saya nak fokus pula kepada cara guna di platform Tradingview.
Jom kita buka tradingview.
Bagi mereka yang belum mempunyai akaun tradingview, korang boleh daftar secara percuma dan boleh rujuk artikel Cara Daftar Akaun Trading View Dan Buat Template .
Indicator MACD di TradingView
Lepas korang dah log in di tradingview, klik bahagian carta (chart).
Lepas tu akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.
- 1. Masukkan nama kaunter yang hendak di kaji.
- 2. Klik button indicator
- 3. Taip indicator yang hendak diguna (MACD buat kali ini)
- 4. Klik indicator tersebut
Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Ermmm…
Macam mana cara nak baca??
Jangan risau MACD merupakan indicator yang paling mudah untuk digunakan.
Dalam tradingview, kita kan nampak beberapa perkara iaitu:
1. Garisan (Line)
- MACD Line (warna biru)
- Signal Line (warna kuning)
** korang boleh tukar warna tersebut
MACD line slow signal
Signal line fast signal
2. Histogram
Ia menunjukkan perbezaan antara MACD line dan juga Signal line.
Macam mana tu?
Kalau MACD line berada di atas signal line ia menunjukkan bullish.
Manakala kalau MACD line berada di bawah signal line ia menunjukkan bearish.
Faham tak setakat ni?
Kenapa Guna MACD ?
Apabila kita menggunakan oscillator indicator seperti MACD,
kita sebenarnya ingin melihat sesuatu saham sama ada
berada dalam keadaan overbought atau oversold.

Kedua, untuk mencari divergence.
Sebelum itu, kita boleh cari divergence di bahagian histogram.
Apabila berlaku divergence, akan menyebabkan perubahan trend.
Daripada uptrend kepada sideway atau downtrend.
Atau sebaliknya.
Apa itu divergence?
Secara mudah divergence adalah satu konsep di dalam analisa teknikal di mana harga saham bergerak bertentangan dengan indicator (pergerakan data dalam histogram.)
Contoh seperti ini:

Itu adalah tanda divergence.
Seperti yang saya nyatakan tadi,
divergence akan menyebabkan perubahan trend.
Berdasarkan gambar di atas,
daripada uptrend kepada downtrend.

Terdapat dua jenis divergence iaitu :
- Bearish divergence
- Bullish divergence
Apa makna warna cair dan pekat pada histogram?
Hijau pekat bermakna momentum kenaikan masih kuat.
Apabila warna hijau semakin cair, bermakna momentum kenaikan semakin pancit (berkurangan).
Maka histogram berwarna hijau pun semakin landai.

Sama juga dengan warna merah.
Merah pekat bermaksud momentum kejatuhan tengah kuat.
Momentum itu semakin berkurangan ketika warna merah pekat berubah kepada warna merah cair.
Kesimpulan
Korang boleh rujuk gambar di bawah ini untuk ringkasan bagi artikel kali ini.

Jom tengok video macam mana cara guna MACD ini.
Jom ikuti kami di FB dan Youtube Mahersaham
Semoga bermanfaat!
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.