Cara Guna KLSE Screener

Cara Guna KLSE Screener

Apa itu KLSE Screener

KLSE Screener adalah suatu screener saham untuk membantu pelabur mencari saham yang berkualiti sama ada dari sudut Fundamnetal atau Teknikal Analisis.

Screener ini boleh digunakan terus melalui website https://www.klsescreener.com/ atau boleh juga download di Playstore / Apple Store di smartphone anda.

Sebagai contoh, jika anda ke website KLSE Screener terdapat banyak features Screener yang tersedia seperti Screener Stock, Warrant, Corporate Entitlement, Stock Quarter Reports, New dan banyak lagi.

Cara Guna KLSE Screener

Yang menariknya kesemua Screener ini anda dapat gunakan secara Percuma sahaja. Jadi dalam artikel ini akan tunjukkan beberapa strategi anda boleh guna sebagai idea kajian saham anda.

Teknik Magic Formula Investing – Guna KLSE Screener

Antara salah satu kajian saham yang anda boleh lakukan adalah menggunakan Teknik Magic Formula Investing. Teknik ini menggunakan nilai PE dan ROE.

Sebelum itu anda perlu tahu 2 perkara ini:

  • Semakin rendah nilai PE sesebuah syarikat semakin baik untuk kita sebagai pelabur.

PE Ratio menunjukkan berapa nilai yang pelabur sanggup bayar untuk memperoleh pendapatan dalam syarikat tersebut.

PE Ratio yang baik apabila PE kurang dari 15. Formula untuk kira PE Ratio adalah:

P/E Ratio = Price per Share/Earning Per Share

Semakin rendah nilai PE bermakna pelabur dapat memiliki saham tersebut pada harga yang lebih murah dan berbaloi (undervalue).

  • Semakin tinggi nilai ROE sesebuah syarikat semakin bagus kepada pelabur.

Return On Equity, ROE digunakan untuk pelabur kenal pasti tahap pulangan yang bakal diperoleh dalam syarikat tersebut.

Formula untuk kira ROE adalah:

Return on Equity = (Net Income/Shareholder’s Equity) x 100%

Pertama: Pergi ke https://www.klsescreener.com/

Kedua: Masukkan nilai PE Max = 15

Ketiga: Masukkan nilai ROE Min = 10

Keempat: Tandakan pada kotak Shariah Compliant untuk mendapatkan kesemua senarai yang patuh Syariah sahaja. Klik Screen.

Cara Guna KLSE Screener

Inilah senarai saham yang menepati PE < 15 dan ROE > 10

Untuk mudahkan analisis anda boleh copy paste ke excel untuk lebih mudah membuat kajian selanjutnya.

Cara Guna KLSE Screener

Kelima: Susun nilai PE dari TERENDAH ke nilai TERTINGGI dan berikan markah.

Keenam: Susun nilai ROE dari TERTINGGI ke nilai TERENDAH dan berikan markah.

Ketujuh: Campurkan markah  PE + ROE

Kelapan: Pilih top 10 saham dengan markah terendah. Lebih rendah jumlah mereka lebih bagus dan sesuai untuk diperhatikan.

Kesimpulan

Ada banyak features lain-lain lagi anda boleh cuba lihat di KLSE Screener ini dan sesuai juga untuk newbie mula membuat Analisa.

Bagi yang masih belum ada akaun CDS boleh mulakan pelaburan saham dengan buka akaun CDS secara Online. Boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.

Nak belajar asas saham boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Similar Posts