Cara Guna Indikator MACD – Teknikal Analisis
Apa Itu MACD
MACD merupakan indikator bagi menentukan momentum harga dan short-term trend. Maksudnya ia adalah untuk short term. Short term ni biasanya dalam maa 1-14 hari. Perkataan MACD ni adalah stand for
M – Moving
A – Average
C – Convergence
D – Divergence
Elemen MACD
Elemen dalam MACD terdiri daripada:
1. Line MACD (biru)
2. Line Signal (merah)
3. MACD Histogram
Kegunaan MACD
1. Penunjuk Arah Trend
Indikator MACD digunakan untuk mengukur kekuatan trend semasa.
Maksudnya ada buy dan sell signal. Jika trend harga menaik (uptrend), area MACD berada di zon positif atau atas level 0.
Manakala ketika trend sedang menurun (downtrend), area MACD berada di zon negatif atau bawah level 0. Maksudnya pada masa ini adalah permulaan untuk buat trend baru.
Itu dinamakan sebagai buy signal atau nak buat trend baru.
Dan bila ia berada di atas negatif maksudnya ia berada di puncak dan buat perubahan trend iaitu downtrend.
2. Penunjuk Entry
Penunjuk Entry digunakan untuk menentukan posisi open sewaktu buy dan sell kaunter. Maksudnya kita boleh buy atau dah boleh sedia untuk sell kaunter tu berdasarkan signal yang keluar.
Penunjuk arah trend ada 2, iaitu Buy dan Sell Signal.
Buy Signal apabila Line MACD (biru) buat crossing di atas Line Signal (merah) ketika berada dibawah harga kosong. Ini dinamakan sebagai ‘golden crossover’.
Sell Signal apabila Line MACD (biru) buat crossing memintas Line Signal (merah) kebawah ketika berada di atas harga kosong.
Contoh seperti dibawah:
3. Pengukur Momentum
MACD juga digunakan untuk mengukur momentum semasa. Maksudnya momentum tu masih kuat atau dah kurang dan tak boleh hold lama.
Momentum dapat diketahui dari pembentukan batang-batang yang ada dalam histogram.
Jika ia semakin menebal bermaksud momentum menguat, jika semakin menipis/kecil momentum sudah lemah.
4. Oscillator
Untuk mengetahui keadaan Overbought atau Oversold.
Maksudnya overbought dah boleh standby untuk jual, oversold standby untuk beli.
Apabila puncak area MACD di area positif itu adalah sebagai overbought dimana kita dah boleh jual untuk TP.
Apabila puncak area MACD di area negatif itu adalah oversold iaitu tempat kita standby untuk beli, EP
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, apa-apa pun indikator yang anda gunakan wajib ada Trading Plan sebelum beli mana-mana saham.
MACD ini antara salah satu indikator yang boleh digunakan untuk kajian saham anda.
Tonton video yang telah kami sediakan ini. Semoga Bermanfaat!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Download Ebook Saham PERCUMA