Cara Guna Indicator Pivot Point di Tradingview

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog Mahersaham.

Korang apa khabar?

Semoga sihat-sihat sahaja di samping keluarga tercinta.

Korang pernah dengar mengenai indicator pivot point?

Tak pernah?

Seriuslah?

Hahhh, sebab tu lah hari ni saya nak share sedikit sebanyak mengenai indicator ini.

InshaAllah kita akan belajar ilmu baru.

Macam biasa sebelum kita mula belajar ilmu saham, kita perlukan fikiran yang tenang.

Pastikan korang berada di kawasan yang kondusif.

Sedia?

Jom mula.

Bismillah.

Apa itu Indicator Pivot Point?

Pivot point merupakan salah satu indicator yang digunakan secara meluas dalam dunia saham.

Indicator ini menyediakan support dan resistance yang special.

Di mana ia menggunakan harga low, harga high dan harga close sebelumnya untuk menentukan support dan resistance akan datang.

Sebab itu jugaklah indicator pivot point ini dikenali sebagai leading indicator.

Bagaimana pengiraan itu berlaku?

Jangan risau, korang tak perlu pun hafal formula ni.

Saya share untuk pengetahuan.

Indicator Pivot Point Dalam Tradingview

Korang sign in dalam akaun tradingview.

Kalau belum ada akaun tradingview korang boleh rujuk artikel Cara Daftar Akaun Trading View Dan Buat Template.

Lepas korang dah log in di tradingview, klik bahagian carta (chart).

Kemudian akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.

  • 1. Masukkan nama kaunter yang hendak di kaji.
  • 2. Klik button indicator
  • 3. Taip indicator yang hendak diguna (Pivot points standard buat kali ini)
  • 4. Klik indicator tersebut

Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Pening tak?

Terlalu banyak garisan kan?

Apa patut korang buat?

Korang klik icon bentuk gear macam gambar di bawah dan ubah nombor pivot kepada nilai yang lebih kecil.

Dalam artikel kali ini kita akan menggunakan nombor pivot sebanyak 2 sahaja.

Kemudian klik OK.

Chart korang pun akan kelihatan lebih kemas.

Korang perasan tak ada banyak garis-garis?

saya zoom sikit gambar tersebut

Garisan yang di tengah merupakan pivot point.

Diikuti dengan 5 garisan ke atas (R1,R2,R3,R4,R5 atau dikenali sebagai resistance ) juga 5 garisan ke bawah (S1,S2,S3,S4,S5 atau dikenali sebagai support).

Pivot point kat atas merupakan jangkaan untuk masa sebulan.

Korang lihat kat gambar di atas, ada garisan di kiri dan kanan.

Garisan kiri untuk bulan Januari manakal garisan kanan untuk bulan Febuari.

Setiap garisan untuk setiap bulan, tidak kisah sama ada Pivot point, resistance mahupun support, ia tidak akan berubah sampai bila-bila.

Cumanya timeframe yang berbeza pivot point yang berbeza.

Macam mana nak baca?

Okay sekarang ni pivot point sebagai penengah ( in the middle).

Sekiranya harga berada di bawah garisan pivot point maka kita boleh katakan kaunter tengah bearish dalam bulan tersebut.

Dan sebaliknya sekiranya harga berada di atas garisan pivot point maka kita boleh katakan kaunter tengah bulish dalam bulan tersebut.

Selain itu, kita juga boleh jadikan setiap resistance sebagai take profit (TP) dan setiap support sebagai cut loss (CL).

Sekiranya TP korang di R1 maka CL korang pada S1 dan seterusnya sehinggalah R5 dan S5.

Kenapa nak buat TP yang banyak?

Kerana setiap orang ada strategi yang telah di kaji.

Contohnya Puan Taichy beli saham XYZ sebanyak 100 lot.

Apabila harga saham kena pada TP1 iaitu pada R1 beliau bercadang untuk jual suku iaitu 25 lot.

Kemudian apabila harga saham kena pada TP2 beliau bercadang untuk jual suku lagi dan seterusnya.

Itu adalah salah satu strategi yang beliau gunakan.

Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal

Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.

Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.

Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.

Kesimpulan

Perlukah kita belajar semua indicator?

Atau kita boleh pilih indicator yang sesuai dengan citarasa diri?

Bahasa mudahnya begini tuan-tuan dan puan-puan.

Lagi banyak kita belajar, lagi banyak kajian yang kita boleh lakukan.

Maka lagi banyak konklusi yang kita boleh dapat.

Analoginya ibarat menjawab soalan matematik, kita boleh sediakan pelbagai jenis solusi dan formula.

Lagi banyak formula yang kita tahu, maka pelbagai solusi kita boleh sediakan.

Terpulang kepada anda mau guna yang mana satu.

Ada orang hanya guna satu indicator untuk membuat keuntungan yang konsisten.

Ada juga yang menggabungan beberapa indicator untuk membuat keuntungan yang konsisten.

Apa yang penting adalah korang menuntut ilmu saham yang betul.

Lagi banyak korang study lagi banyak ilmu yang korang ada.

Saya akhiri artikel ini dengan video pembelajaran cara guna indicator pivot point.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts