| |

Cara Guna Indicator Money Flow Index di Tradingview

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai!!

Apa khabar semua?

Bagaimana prestasi korang dalam dunia saham sehingga hari ini?

Harapnya semakin banyak ilmu saham yang korang telah pelajari baik dengan Mahersaham mahupun dengan institusi lain.

Hari ini kita akan belajar mengenai indicator.

Satu indikator yang lebih kurang dengan Indicator Oscillator Stochastic & RSI Di Tradingview.

Beza indicator ini dengan RSI adalah adalah pengiraan sahaja.

Indicator apa tu?

Macam yang korang baca kat tajuk artikel ni, Indicator Money Flow Index.

Jom kita belajar.

Money Flow Index

Merupakan satu indicator yang digunakan untuk menentukan momentum.

Bagaimana nak tentukan momentum ni?

Sudah tentu melalui pengiraan.

Pengiraan tersebut di ambil melalui harga saham (price) dan juga volume.

Price dan volume merupakan peranan yang penting dalam indicator ini.

Kegunaan Money Flow Index

Seperti yang saya jelaskan di atas, money flow index dan RSI indicator yang lebih kurang sama maka kegunaannya pun sama seperti RSI.

Nak guna untuk apa tu?

  • Tahu overbought
  • Tahu oversold
  • Cari divergence

Money Flow Index di Tradingview

Macam biasa, log in dalam tradingview.

Setelah log in,  klik bahagian carta (chart).

Lepas tu akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.

  • 1. Masukkan nama kaunter yang hendak di kaji.
  • 2. Klik button indicator
  • 3. Taip indicator yang hendak diguna (Money flow index buat kali ini)
  • 4. Klik indicator tersebut

Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.


Macam mana nak baca chart ni?

Kat atas tadi saya ada nyatakan bahawa indicator ini adalah untuk tahu overbought dan oversold.

Apa itu oversold dan overbought?

Oversold = Berlaku banyak penjualan menyebabkan harga menjadi terlalu murah (underprice).

Overbought = Berlaku banyak pembelian menyebabkan harga jadi terlalu tinggi (overprice).

Macam mana nak tahu bila overbought atau oversold?

Korang boleh rujuk gambar rajah di bawah.

Overbought adalah apabila angka di atas paras 80.

Manakala oversold adalah apabila angka di bawah paras 40.

Pentingkah nak tahu bila oversold atau overbought?

Of course penting!

Korang rasa kenapa?

Kerana kedua term tadi merupakan signal buy dan juga signal sell.

Bolehkah kita terus jual apabila sudah ada sell signal?

atau terus beli apabila ada buy signal?

Macam biasa,pastikan korang sudah ada trading plan sebelum membuat sebarang keputusan untuk beli dan jual saham.

Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal

Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.

Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.

Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.

Kesimpulan

Indicator membantu pelabur untuk membuat perancangan dalam menilai sesuatu saham dengan teknikal analisa.

Setiap analisa yang korang lakukan pastikan ada 3 perkara ni.

Ingat 3 perkara yang ditekankan

  1. Ada trading plan
  2. Tahu di mana Support dan resistance korang
  3. Ada risk reward ratio.

Barulah pelabur yang bijak.

Semoga setiap perancangan membuahkan hasil.

Saya akhiri artikel kali ini dengan video pembelajaran indicator money flow index.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untukĀ buka akaun CDS dengan Mahersaham.




Similar Posts