|

Cara Guna Indicator Ichimoku Cloud di Tradingview

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang.

Korang dah ready tambah ilmu saham hari ni?

Tarik nafas dalam-dalam dahulu.

Hembus…

Semoga anda peroleh ketenangan.

Baik, hari ini kita akan belajar Indicator Ichimoku Cloud

Macam biasa kita masih lagi belajar menggunakan tradingview.

Apa itu Indicator Ichimoku Cloud

Ichimoku Cloud adalah sejenis indicator yang digunakan dalam teknikal analisis.

Apa kelebihan indicator ini?

Indicator ini boleh menunjukkan beberapa perkara dalam satu masa. Antaranya:

  1. Support dan resistance
  2. Momentum
  3. Trend

Ada beberapa istilah yang korang kena ambil tahu.

Kenapa?

Agar mudah bagi korang buat analisa dalam tradingview nanti.

Apa istilah tu?

4 Istilah Dalam Indicator Ichimoku Cloud

  • Tenkan (macam 9 hari moving average).
  • Kijun (macam 26 hari moving average).
  • Chikou (Price 26 hari ke belakang)
  • Awan Kumo (Support dan Resistance)

Indicator Ichimoku Cloud Dalam Tradingview

Lepas korang dah log in di tradingview, klik bahagian carta (chart).

Lepas tu akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.

  • 1. Masukkan nama kaunter yang hendak di kaji.
  • 2. Klik button indicator
  • 3. Taip indicator yang hendak diguna (Ichimoku Cloud buat kali ini)
  • 4. Klik indicator tersebut

Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Nampak pening kan.

Relax.

Ada step yang kena follow.

Perkara pertama korang kena tahu apabila guna Ichimoku Cloud adalah 4 istilah yang saya terangkan di atas tadi.

Jadi korang kena noted lah perkara tersebut.

Setelah itu barulah korang boleh baca dan kaji kaunter korang.

  1. Tenkan (macam 9 hari moving average)
  • -Signal paling laju
  • -Sekiranya Tenkan atas kijun maka itu adalah petunjuk bullish

2. Kijun (macam 26 hari moving average)

  • -Boleh diguna sebagai trailing stop
  • -Boleh dijadikan sebagai moving support.
  • -Sekiranya price atas Kijun maka itu adalah petunjuk bullish
  • -Sekiranya price bawah Kijun maka itu adalah petunjuk bearish.

3. Chikou (Price 26 hari ke belakang)

  • -Sekiranya Chikou atas price maka itu adalah petunjuk bullish
  • -Sekiranya Chikou bawah price maka itu adalah petunjuk bearish.

4. Awan Kumo (Support dan Resistance)

  • -Sekiranya price atas Awan Kumo maka itu adalah petunjuk bullish
  • -Jika price bawah Awan Kumo maka itu adalah petunjuk bearish.
  • -Sekiranya price dalam Awan Kumo maka itu adalah petunjuk ketidakpastian.

Senang bukan?

Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal

Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.

Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.

Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.

Kesimpulan

Pelbagai indicator yang wujud dalam dunia saham.

Dalam blog Mahersaham pun kami dah sediakan artikel pelbagai jenis indicator.

Korang boleh baca dan fahami indicator tersebut.

Mahersaham dah sediakan bahan untuk belajar.

Tinggal korang nak ambil peluang atau tidak.

Kalau korang jenis yang lebih kepada nonton video,

boleh ikuti Youtube Mahersaham, dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap hari.

Jom tonton video yang kami sediakan.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts